Showing posts with label AMPANG JAYA. Show all posts
Showing posts with label AMPANG JAYA. Show all posts
Aug 12, 2015
IPHONE 6 VS IPHONE 5C
SELEPAS menzalimi diri sendiri bekerja pagi petang memotong rumput, haruslah penulis menghadiahkan diri sendiri iphone cap aiYam yang terbaru kan. Selepas ini bolehlah penulis menyendiri (baca: selfie) tiap tiap hari selama 365 hari kan.
Rupa-rupanya hendak menyalin semula data dan maklumat dari iphone cap aiYam yang lama amatlah mencabar juga. Mula-mula pastikan itunes mempunyai versi yang terbaru. Begitu juga sistem operasi ios dalam iphone yang baharu juga mestilah versi yang baru juga. Saiz ios 8.4 melebihi 1.8 gigabyte tidak berbaloi dimuatturun dari restoran makanan segera McDonalds Ampang Jaya disebabkan penyelia akan meng'reset' wifi kedai burger itu setiap 1 jam.
Pada hari kedua, penulis mencuba lagi menggunakan wifi di kedai mamak shamaju depan masjid itu. Walaupun sambungan wifi berjaya didapati, tapi hendak memulakan muatturun data pun masih terkial-kial. Selepas itu, penulis terus ke restoran makanan ringan Burger King di Tesco Ampang pula. Penulis berasalah kuchiva juga kerana iphone 6 yang baharu ini tidak boleh pula memasuki wifi setelah mencuba lebih sejam duduk disitu.
Bila pulang dirumah, penulis mencuba sekali lagi menggunakan itunes di laptop untuk mengemaskini ios 8.4 itu dan mengambil masa yang lama sehinggalah keesokkan paginya. Akhirnya iphone 6 penulis yang baharu itu berjaya juga dikemaskini dan dapat semula maklumat dari iphone cap aiYam yang lama. Hati penulis kembali gembira seperti biasa.
iPhone 5c vs iPhone 6: Display
Sebagai perbandingan, satu-satunya kelebihan iPHone 6 berbanding iPHone 5c (4 inci) ialah saiz skrinnya yang lebih besar (4.7 inci). Walaupun saiz skrin yang besar, maka agak payah juga jari jemari penulis untuk menekan skrin dengan hanya sebelah tangan. Lain-lain kelebihan ialah processor performance, storage, battery life, camera, dan software lebih baik seperti touch id fingerprint sensor, tapi penulis sudah mencuba dengan kepayahan dan masih tidak berjaya menggunakan fingerprint itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Gambar dibawah ini ialah perbandingan yang diambil oleh iphone 5c (kiri) dan iphone 6 (kanan) yang tidaklah nampak ketara sangat perbezaannya.
Jul 9, 2015
MENATE MU AZMAN ALI
TAJUK hanyalah propa penulis. Sila abaikan saja.
PERTAMA kali mata penulis tertancap pada papantanda kedai makan restoran Me'nate Steak Hub di Ampang Jaya itu, yang penulis akan limpas setiap hari pulang selepas tugas memotong rumput, menjadikan penulis terkejut juga. Sebutan nama kedai penuh makian untuk orang yang tahu apa maksud 'menate' itu. Pada mulanya juga penulis menyangka pemilik restoran ialah rakyat jelata orang biasa biasa dari Kelantan. Dan restoran itu menghidangkan nasi tempatan negeri seperti nasi kerabu dan nasi dagang saja. Tapi sungguh tidaklah penulis jangka, buah cempedak pun dah jadi nangka, bahawa kedai Me'nate Steak Hub ini menjual juadah daging panggang (baca: steak) rupanya. Bukan daging panggang biasa biasa ya, tapi daging import berkualiti tinggi dari luar negara. Tapi dek kerana nama itulah penulis telah beberapa kali (adalah 2 kali) menjamah steak yang ada disitu. Salah satu keunikan restoran ini ialah, kiraan harga pada menu ialah setiap sehatus gram ya. Boleh koyak rabak poket seluar ya ketika hendak membayar dikaunter. Dan minuman air adalah free flow, maksudnya boleh ditambah berkali-kali.
Tapi kelmarin penulis dikejutkan juga apabila ada berita sensasi dalam tweeter menjadi viral tentang artis diva Azman Ali (bukan nama sebenar) yang meroyan. Kawan-kawan boleh meng-google saja untuk mendapatkan maklumat gosip sensasi terkini berkenaan. Ayah Arka pun tersangatlah marah dengannya.
Berbalik kepada restoran daging panggang Me'nate Steak Hub ini, secara peribadinya penulis masih lebih gemar dengan restoran Ladas (bukan nama sebenar) di KLCC atau midvalley dan Stesen keretapi Victoria (pun bukan nama sebenar) Jalan Ampang kerana suasananya yang lebih nyaman, selesa, selamat, nikmat (baca: cosy, cozy).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 13, 2015
MTB XCO CHALLENGE 2015 SERIES 2
HARI AHAD kelmarin sebelum penulis pergi menemankan anak dara ke pameran Cosplay, penulis sempat lagi singgah ke Taman Bukit itu kerana ada pertandingan lumba basikal gunung (baca: mountain bikes). Pertandingan berlangsung dari pukul 9 pagi yang sepatutnya tamat pada 4 petang, tapi bila penulis kembali di sebelah petang, pertandingan masih belum berakhir sehingga hendak masuk maghrib pula.
Cuma penulis perhatikan (jelingan dari jarak jauh sambil pegang dslr) bahawa penganjur tidak mengutamakan keselamatan pelumba-pelumba basikal kerana jalan utama yang digunakan tidak ditutup dan menyebabkan ada pelumba-pelumba yang nyaris dilanggar kereta kereta yang lalu lalang. Abang-abang urusetia pun terpekik terlolong menjerit pada kereta-kereta saja. Polis trafik juga langsung tidak kelihatan. Penulis tidaklah tahu sekiranya ada berlaku kemalangan sepanjang pertandingan itu dijalankan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 24, 2015
PENGALAMAN MENAIKI BAS DARI AMPANG PARK KE BUKIT BELACAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...