Showing posts with label KES CERAI SELEBRITI. Show all posts
Showing posts with label KES CERAI SELEBRITI. Show all posts

Jan 12, 2017

AWIE SENANG2 NIKAH SIAM SENANG2 DAPAT GELARAN DATUK

Inside the yard, this morning.

Tengahari tadi, penulis sudah meminta pertolongan pelari (baca runner) untuk mengirimkan uang bibik pembantu rumah ke Indon melalui Western Union. Dengan rela hati, pelari itu pun berlarian mula-mula ke pejabat pos Permas Jaya tetapi tiada perkhidmatan Western Union. Kemudian beliau ke BSN Bukit Dahlia, namun sistem atas talian tersangat siput sedut. Beliau dinasihatkan ke kantor Western Union di Today's Market pula, tetapi pengirim (penulis lettew) haruslah hadir beserta kad pengenalan untuk urusan disitu. Apa barang? Sungguh kasihan pelari penulis yang itu.

Malam pula, penulis sendiri ke Today's Market. Berbanding siang hari, ketika penulis tiba, cuma ada 2 kaunter sahaja dibuka. Tetapi orangramai pun agak ramai juga. Bila giliran penulis, ahkak kaunter bilang, "kalo wak hantar duit lebih RM3000, kadar tukaran akan berubah menjadi lebih murah." Terkezotlah juga penulis mendengarnya, tetapi urusan pengiriman harus juga dijalankan.

Nota lain lalat. Tahniah untuk Datuk Awie. Harap2 xdela org tuntut nafkah anak juta2 lemon lagi dan lagi pasni. Link: Awie nikah Sharifah Ladyana di Siam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Western Union outlet, Today's Market.

Western Union outlet, Today's Market. At home, I calculated the loss is RM220 (for total RM6610) due to the regulation imposed on the Rupiah money exchange. I shall transfer it twice. Damn.

Add caption

Jul 24, 2015

SOLO ITU LEBIH BAIK



WAH, tajuk entri penulis yang propa kali ini seperti blog budak-budak 'single itu lebih baik dari pacaran' sahaja bunyinya kan.

Dan dengan ini, penulis tidak akan mengemaskini blog ini selama 6 hari 6 malam lamanya. Bukan sebab penulis hendak terbang (baca: travel) kemana-mana secara solo ya. Jumpa kawan-kawan di bulan hadapan, in sha Allah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 9, 2015

MENATE MU AZMAN ALI



TAJUK hanyalah propa penulis. Sila abaikan saja.

PERTAMA kali mata penulis tertancap pada papantanda kedai makan restoran Me'nate Steak Hub di Ampang Jaya itu, yang penulis akan limpas setiap hari pulang selepas tugas memotong rumput, menjadikan penulis terkejut juga. Sebutan nama kedai penuh makian untuk orang yang tahu apa maksud 'menate' itu. Pada mulanya juga penulis menyangka pemilik restoran ialah rakyat jelata orang biasa biasa dari Kelantan. Dan restoran itu menghidangkan nasi tempatan negeri seperti nasi kerabu dan nasi dagang saja. Tapi sungguh tidaklah penulis jangka, buah cempedak pun dah jadi nangka, bahawa kedai Me'nate Steak Hub ini menjual juadah daging panggang (baca: steak) rupanya. Bukan daging panggang biasa biasa ya, tapi daging import berkualiti tinggi dari luar negara. Tapi dek kerana nama itulah penulis telah beberapa kali (adalah 2 kali) menjamah steak yang ada disitu. Salah satu keunikan restoran ini ialah, kiraan harga pada menu ialah setiap sehatus gram ya. Boleh koyak rabak poket seluar ya ketika hendak membayar dikaunter. Dan minuman air adalah free flow, maksudnya boleh ditambah berkali-kali.

Tapi kelmarin penulis dikejutkan juga apabila ada berita sensasi dalam tweeter menjadi viral tentang artis diva Azman Ali (bukan nama sebenar) yang meroyan. Kawan-kawan boleh meng-google saja untuk mendapatkan maklumat gosip sensasi terkini berkenaan. Ayah Arka pun tersangatlah marah dengannya.

Berbalik kepada restoran daging panggang Me'nate Steak Hub ini, secara peribadinya penulis masih lebih gemar dengan restoran Ladas (bukan nama sebenar) di KLCC atau midvalley dan Stesen keretapi Victoria (pun bukan nama sebenar) Jalan Ampang kerana suasananya yang lebih nyaman, selesa, selamat, nikmat (baca: cosy, cozy).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 17, 2015

MAIN KOTOR



Nota amaran lalat. Gambiran pokok kayu mati diatas tiada kena mengena dengan tajuk entri dan juga cerita dibawah. Harap maklum.

DULU-DULU penulis pernah menemani rakan penulis menghadiri sessi perbicaraan di mahkamah syariah. Penulis sekadar ingin menceritakan pengalaman mendengar beberapa kes cerai. Dan ini kes cerai yang ditangguhkan oleh hakim kerana beberapa sebab.

Kes cerai 1. Suami (plaintif) diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri (defendan) masih dalam perjalanan. Hakim bersetuju untuk tangguh sebab hakim kata hidup di key Ell ini memang begitu, terkena kesesakan jalanraya adalah normal. Tetapi penulis tidaklah setuju sebab kalau kita sudah tahu trafik jam silalah keluar awal dari rumah. Ada orang duduk tinggal dalam hutan rimba (Ampang) berjuta-juta lemon jarak jauhnya, lepas itu kena melalui Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, lepas itu Jalan Sungai Besi boleh tiba sebelum sessi mahkamah dijalankan. Janji perbicaraan bermula jam 9pagi, ini tunggu sampai pukul 9.33 pun batang hidung hakim tak nampak lagi.

Kes cerai 2. Isteri (defendan, Melayu) dan suami (plaintif, Turki) memohon pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Suami tak tahu berbahasa Melayu, cuma faham bahasa Turki dan Inggeris. Hakim beritahu bahawa mahkamah hanya dijalankan dalam bahasa kebangsaan termaktub dalam perlembagaan. Isteri diminta menterjemah. Tetapi hakim seperti tidak puas hati dengan cara isteri yang tidak sempurna bertudung. Isteri kata, 'rushing'. Hakim kata, 'bukankah awak dah tahu bicara pukul berapa, mahkamah dah beri banyak masa untuk awak memakai tudung'. Hakim menangguhkan kes sementara supaya isteri boleh bertudung menurut hukum syarak. Pendaftar disuruh membantu isteri cara betul pakai tudung.

Kes cerai 3. Suami (defendan) tidak diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri belum tiba. 'Dia kata tengah main kotor, merah, ' kata suami tadi. 'Main ape?', hakim seperti terkejut pula. Penulis pun kabur juga maksud dia. Rupa-rupanya, 'main kotor' tu maksudnya isteri cakap dia dalam haid. Penulis tidaklah pasti samada perempuan yang didatangi haid dilarang masuk mahkamah. Dan suami tadi memberitahu ini adalah kali kedua isteri tidak datang ke mahkamah dengan pelbagai alasan. Hakim pun tangguhkan kes sementara sehingga isteri dia tiba.

Nota lalat. Tiba-tiba penulis teringat juga slanga bahasa kiasan orang-orang di kedai mamak bila memesan minuman, contohnya, air teh tarik 'potong kaki' atau air teh 0 'pengantin malam pertama'. Ketawa saja penulis mendengarnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 24, 2015

PEREMPUAN SOMBONG: PART 1



INI cerita lama. Penulis pernah temankan rakan ke mahkamah syariah uruskan kes perceraian dia. Di mahkamah syariah kita boleh dengar dan tengok kes perceraian yang dibicarakan. Perbicaraan dilakukan didalam mahkamah secara terbuka mengikut giliran kes. Dalam satu sesi perbicaraan tu ada lebih 7 8 lapan lagi kes dibicarakan.

Wanita dan lelaki dipisahkan. Dibarisan tempat duduk kita sama ada defendan, plantif dan yang hanya datang mendengar semua duduk sekali. Peguam-peguam duduk ditempat khas yang disediakan dibahagian perbicaraan. Semasa mendengar perbicaraan tu, ada kes yang buat penulis sedih dan ada kes yang buat penulis tergelak dan macam tak logik sebab mereka nak bercerai, spt isteri buat curang sebab hendak bercerai.

Berikut kes yang penulis masih ingat. Suami dan isteri hadir, tapi isteri guna peguam. Itu yg penulis kurang memahami. Sudah tahu cerai adalah kuasa ditangan suami kenapa harus mengguna peguam? Dan bila perbicaraan berjalan, difahamkan bahawa ini adalah kes cerai persetujuan bersama, maksudnya suami dan isteri sama-sama bersetuju untuk bercerai. Dan penulis nak tergelak juga bila hakim bertanya sebab syak peguam itu baru berkhidmat dan kelam kabut urusannya.

Bila hakim tanya suami, "apa permohonan plaintif harini?"
Suami kata, "tak ada".
Hakim tanya lagi, "tiada permohonan? habis kenapa datang mahkamah?" Garangnya puan hakim itteww.
Suami kata, "nak ceraikan isteri saya".
Hakim pun cakap, "haaa, itulah namanya permohonanla tu"
Tergelak lagi penulis. Penulis faham pasangan muda yg tidak tahu apa-apa tentang urusan cerai di mahkamah. Macamlah penulis selalu turun naik mahkamah kann.

Hakim mengarahkan peguam membacakan permohonan. Fakta kes. Pasangan berkahwin pada 2010, tidak dikurniakan cahayamata. Pasangan juga tinggal berasingan lebih 6 bulan sejak october 2014.

"Plaintif, bila tarikh bernikah?"
"9 jun 2010"
"adakah dari tarikh ini defendan pernikahan pertama?"
"ada tak cerai dan nikah semula?"
"defendan sila dengar ye fakta dari plaintif"
"adakah plaintif pernah melafazkan cerai terhadap defendan secara lisan, secara bertulis, secara sms, emel, whatsapp dan apa apa lain bentuk?"

Hakim tanya lagi suami, "ada usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga ni?"
Suami kata, "dah berbincang, tapi takda persefahaman".
Hakim kata,"dah tak boleh pergi lagi ya?"

Hakim suruh defendan bangun pula, "betul atau tidak perkara yg plaintif cakap tadi?"
"puan ada apa apa tambahan lain?"
"pada hari ini puan berada dalam keadaan suci daripada haid?"
"puan ada suara tak?" "bila tarikh terakhir puan datang haid?"
"dan tarikh habis haid?"
"dari 8 april sehingga hari ni puan ada buat hubungan kelamin tak dengan plaintif ni?"
"dari tarikh bernikah (9 jun 2010) hingga hari ini ada tak puan buat hubungan kelamin dengan plaintif?"
"puan harini dalam keadaan mengandung ataupun tidak?"
"puan masih didatangi haid?"

Hakim akhirnya bersetuju untuk meluluskan permohonan cerai mereka. Hakim sarankan suami isteri tersebut bersalaman dan memohon maaf. Peguam isteri tiba-tiba bangun, "defendan takda apa2 permintaan lagi." Tapi hakim dengan keras berkata dengan sinisnya, "kamu dah 5 tahun berkahwin, janganlah jadi SOMBONG, dlm masa 5 tahun berkahwin mesti ada saat bahagia, ada saat derita, jadi bermaaf-maafanlah. Selepas lafaz cerai nanti kamu akan kembali kepada keadaan sebelum bernikah." Wah, penulis pun kagum jugalah hakim perempuan ini. Dan isteri pun datang ke tempat suami dan memeluk dan mencium didepan dewan disaksikan oleh hakim dan hadirin semua. Tiba-tiba penulis rasa ada kepiluan dalam dewan dan semua orang seperti memotong daun bawang. Dalam hati siapa yang tahu. ;p

Kemudian suami pun melafazkan, "aku (nama suami) ceraikan kau (nama isteri) dengan talak satu bermula hari ini."

Itu sajalah pengalaman penulis masuk dewan bicara mahkamah syariah. Moga-moga menjadi panduan sedikit sebanyak.

Blog bukanlah hakmilik kekals.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...