Jul 9, 2015

MENATE MU AZMAN ALI



TAJUK hanyalah propa penulis. Sila abaikan saja.

PERTAMA kali mata penulis tertancap pada papantanda kedai makan restoran Me'nate Steak Hub di Ampang Jaya itu, yang penulis akan limpas setiap hari pulang selepas tugas memotong rumput, menjadikan penulis terkejut juga. Sebutan nama kedai penuh makian untuk orang yang tahu apa maksud 'menate' itu. Pada mulanya juga penulis menyangka pemilik restoran ialah rakyat jelata orang biasa biasa dari Kelantan. Dan restoran itu menghidangkan nasi tempatan negeri seperti nasi kerabu dan nasi dagang saja. Tapi sungguh tidaklah penulis jangka, buah cempedak pun dah jadi nangka, bahawa kedai Me'nate Steak Hub ini menjual juadah daging panggang (baca: steak) rupanya. Bukan daging panggang biasa biasa ya, tapi daging import berkualiti tinggi dari luar negara. Tapi dek kerana nama itulah penulis telah beberapa kali (adalah 2 kali) menjamah steak yang ada disitu. Salah satu keunikan restoran ini ialah, kiraan harga pada menu ialah setiap sehatus gram ya. Boleh koyak rabak poket seluar ya ketika hendak membayar dikaunter. Dan minuman air adalah free flow, maksudnya boleh ditambah berkali-kali.

Tapi kelmarin penulis dikejutkan juga apabila ada berita sensasi dalam tweeter menjadi viral tentang artis diva Azman Ali (bukan nama sebenar) yang meroyan. Kawan-kawan boleh meng-google saja untuk mendapatkan maklumat gosip sensasi terkini berkenaan. Ayah Arka pun tersangatlah marah dengannya.

Berbalik kepada restoran daging panggang Me'nate Steak Hub ini, secara peribadinya penulis masih lebih gemar dengan restoran Ladas (bukan nama sebenar) di KLCC atau midvalley dan Stesen keretapi Victoria (pun bukan nama sebenar) Jalan Ampang kerana suasananya yang lebih nyaman, selesa, selamat, nikmat (baca: cosy, cozy).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.