Jul 16, 2015

ANAKANDA SAYANG ABAH!

Anak lanang bocah cilik.

SELALUNYA yang penulis gaduhkan dengan anak lanang bocah cilik ini ialah tentang rancangan televisyen Astro. Sesekali apabila penulis tidak memotong rumput dan berehat-rehat santai dirumah hinggap itu dan ingin menonton wayang menarik di saluran 411 (dan saluran wayang lain), manakala anak lanang ini akan melayan cerita kartun di saluran 616 walaupun beliau sibuk dengan permainan video dan youtubenya.

Kelmarin anak lanang bocah cilik ini mengamuk kerana penulis menukar saluran kartunnya dan merampas alat pengawal jauh dari tangan penulis. Penulis tidaklah marah, tetapi penulis kata padanya yang penulis akan pergi jauh jauh mencari batu belah batu bertangkup. Apabila penulis hendak terlelap didepan televisyen itu, tiba-tiba anak lanang bocah cilik ini membaling alat pengawal jauh itu ke badan penulis sambil teriak, 'anakanda sayang abah!'


Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada mak kan. Kanns ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

With his big brother.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

HOW TO MAKE AN APPOINTMENT TO HAVE DINNER WITH YOUR WORKING SON

  Jumaat, 17 Januari 2025. Petang dari kantor. Berlarian ke Permas Jaya. Anak lanang outstation berdekatan rumah. Tapi lebih selesa tinggal ...