Showing posts with label TEBRAU CITY. Show all posts
Showing posts with label TEBRAU CITY. Show all posts
Jan 7, 2016
IP MAN 3 : WING CHUN LEGEND AND BRUCE LEE FORMER TEACHER
MINGGU lepas isteri penulis (yang itu) telah berguling-guling mengajak penulis menonton wayang Dilwale yang dibintangi oleh Sharukh Khan dan Kajol. Walaupun penulis bukanlah peminat tegar filem Hindustan, tapi siapalah tidak sayang bini, tapi ada mak kann, kanns? Tapi belum sempat penulis kata setuju, beliau sudah membuat tempahan untuk pergi dengan rakan sekerja beliau yang masih anak dara belaka. Jadi penulis mengalah sahaja.
Dan kelmarin malam, penulis bersama anak lanang yang baru habis SPM itu pun bergadang menonton wayang Ip Man 3 ditengah malam. Cerita klasik yang biasa, hero lawan gengster ramai-ramai, sorang lawan sebelas orang, nasib baik ada pembantu hero juga. Dan pertarungan Ip Man dengan Mike Tyson selama 3 minit juga tidak kurang hebatnya.
Dan bila penulis membuat sedikit rujukan, penulis baru tahu bahawa Ip Man adalah orang sebenar dan pernah menjadi guru kepada lejen Bruce Lee. Dan penulis pun baru teringat ada aktor yang berlakon sebagai Bruce Lee juga. Secara peribadinya, penulis bagi 4 bintang saja lah dan amatlah berbaloi untuk peminat aksi kungfu yang mantap lagi menghiburkan.
Dan baru semalam, isteri penulis (yang itu) sudah merancang untuk menonton Dilwale sekali lagi katanya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 3, 2015
SUSHI I WANT
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 4/4
KELMARIN anak lanang penulis yang baru berumur 17 tahun itu sudah bilang mahu makan sushi sempena harijadinya. "Takmoh kat Permas bah, kat Tebrau je sudah," 'demand'nya lagi. Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada mak kann. Kanns?
Nota lalat. Kelmarin ada kawan bertanya hukum makan sushi. Dato Ustaz Kazem ada memberitahu, berdasarkan hukum, pada umumnya memakan ikan mentah tidak diharamkan dan darah yang masih tersisa dalam daging itu bukan termasuk darah yang diharamkan, sebagai pengecualian. Dan sekiranya ada logo Halal Jakim, semestinya halal. Wallahualam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
HE IS 17 NOW
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 3/4
29 Oktober, hari Khamis adalah harijadi anak lanang penulis yang
Nota lalat terkini. Tadi malam (Isnin, 2 Nov) penulis telah menelefonnya bertanya tentang peperiksaan Bahasa Malaysia kertas 1 dan kertas 2. "Oke je bah, semua boleh jawab," katanya dengan penuh yakin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 1, 2015
MOVIE REVIEW | MISSION IMPOSSIBLE: ROGUE NATION
MALAM kelmarin anak lanang penulis sudah mengajak menonton filem Tom Cruise yang terbaru. Bebienornya filem 'Mission Impossible: Rogue Nation' atau dipanggil 'Moroccan Pursuit' yang menjadi kotak pejabat (baca: box-office) tersebut sudah lama ditayangkan. Seni efek dengan skrin Imax 2D yang besar dan stunt yang hebat dan menarik tetapi malangnya ditambah dengan efek suara sumbang tidak enak dari selang beberapa kerusi kosong oleh xxxxxx (baca: censored) sekeluarga yang gelak berdeking-deking 'hihihi' dan bunyi makanan jajan cip kentang 'kerup kerap kerup kerap' tidak kehabisan dari awal sampailah akhir filem. Menyampah sahaja bukan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 11, 2015
ANGRY BIRD, TAK3N
AKTIVITI hujung minggu bersama keluarga yang biasa-biasa saja.
Saya bepergian ke Galleria Kotaraya mencari pejabat SSM tetapi tidak berjumpa di UTC tingkat atas itu. Bila saya bertanya kepada abang sekuriti telah berkata ada di Menara Ansar bersebelahan sahaja. Tetapi bila saya ke Menara Ansar, pejabat tutuplah pula sebab hari itu hari Sabtu. Kebetulan di Kotaraya itu saya terus membuat salinan kunci rumah 5 set. Dan melayan tapak permainan kanak-kanak Angry Bird Activity Park mini yang tidaklah sebesar seperti di plaza baru Komtar.
Malamnya pula, saya melayan cerita wayang Tak3n yang saya telah di'pau' untuk menonton cerita berbintang 9/100 (Rotten Tomatoes). Menyesal saya tidak membaca ulasan terlebih dahulu dan terus membeli tiket Imax 2D yang mahal itu juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...