Sunset above Sumatra @2023 |
Selasa, 7 Maret 2023.
Rencana wak tidak mahu kerja hari ini. Tiba2 malam tadi mgr AYU arahkan wak datang ke kantor potong rumput pula.
Sebab dia pun baru sampai dari KL.
Wak tiba di kantor jam 7.07am.
Tunggu mgr AYU pun telat 2 jam macam biasa.
Ada perbincangan hampir setengah jam.
Wak pulang ke kost jam 9.39am.
Singgah di Indomaret (ie 7-11) beli jajanan Indon untuk dibawa pulang.
Jam 11am sudah pesan Grabcar ke bandara.
Bandara Soetta = Soekarno Hatta International Airport.
Jam 12pm tiba di bandara Terminal 2.
Upah bungkus (wrapping) beg bagasi cuma 50rb berbanding 60rb di Terminal 3.
Urusan periksa masuk (checkin) selesai jam 12.49pm.
Makan di Solaria.
Penerbangan sepatutnya jam 4.10pm. Tapi tergendala disebabkan macet.
Masuk ke dewan perlepasan pun tiada masalah.
Cuma tiba di dewan menunggu F4 agak mengelirukan.
Peliknya pintu F1 - F3 dan F5- F7 ada tertulis.
Mana pintu nombor F4 mbak? 😅
Tapi sebenarnya papan tanda F4 berposisi melawan arah pintu. Huhu.
Dan sebelum ke dewan berlepas tadi ada papan elektronik.
Disitu tertulis pesawat wak seperti ditunda ke jam 6.40pm pula! Aiyahh.
Bila di tanya pada mbak petugas, "ooh emang ada error wak."
"Udah dikasi tau sama petugasnya," kata mbak itu lagi.
Didalam kabin pesawat.
Wak duduk di kerusi 15C, yakni ditepi laluan lalulalang.
Terlupa mahu minta sama cewek di kaunter tiket tadi untuk ditukar ke kerusi tingkap.
Rupanya kesemua barisan kerusi dibelakang kosong!
Kemudian barulah wak pindah ke kerusi dibelakang yg kosong itu.
Sebab penasaran mahu ambil foto gambiran matahari tenggelam sahaja.
Tiba di KLIA pun sudah jam 8 malam.
Solat dan tunggu bagasi pun sudah sejam disitu.
Tren KLIA pun masih rosak.
Terpaksa naik bas pengumpan (feed bus).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Alhamdulillah selamat sampai malaysia. lepas ni sambung kontrak ke mana pulak wak
ReplyDeleteYang penting dah selamat dan sampai ya Wak walaupun menunggu sangat menjemukan
ReplyDeletemasa hantar rombongan cik kiah ke riau 3 minggu lepas..klia sempat blackout dalam few second..lps tu nampak kepulan asap hitam. kurang pasti samada PE terbakar atau asap kenderaan..
ReplyDeletekalau di Malaysia...kalau tiada F4 carilah F3A hehehehe
ReplyDeleteKalau saya, saya suka seat di laluan lalu-lalang senang nak ke toilet.
ReplyDeleteTren KLIA rosak, masih ada pilihan naik bas umpan ye Wak. Tak apalah. Yang penting selamat sampaia destinasi.
ReplyDeleteWak udah di KL lagi yaaa. Di sana sampai lebaran kah Wak? Saya tak sabar nak kesana lagi Juli ini. Dah rindu sangat dengan Malaysia rasanya 😄
ReplyDelete