Mar 25, 2023

JALAN-JALAN TANPA TUJUAN KE TAKBAI

Star gazing in the morning @2023
Salor Kota Bharu

 Sabtu, 25 Mac 2023.

Sawadeekap.  Sabai di mai? 

Nota lalat.
Ada 3 checkpoint ke Siam - Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Dari negeri jajahan utara ini.

Ini adalah projek terjah2 membawa diri.
Selama ini tidak pasti ada jambatan melintasi Sungai Golok dari Tumpat ke Takbai.
Kalau masuk ikut Rantau Panjang akan mengambil masa lebih sejam ke Narathiwat

Ada blogger suruh parkir kereta di Pengkalan Kubor.
Dan akan naik sampan ke seberang.

Tapi kan wak suka tantangan dan cabaran. 

Jam 11.04am sudah gerak dan tiba di jeti.
Rupanya ada laluan kereta ke terminal feri.
Mengecop pasport.
Bayar tambang feri utk cikputih. rm6.20.

Lebih setengah jam menunggu diatas feri sebelum bergerak.
Bila bergerak (11.39am) tidak sampai 10 minit pun sudah tiba di kompleks seberang Siam

Ada kekeliruan di pejabat imigresen Takbai.
Harus isi borang putih untuk pasport peribadi.
Untuk bawa kereta masuk harus isi borang yg ditulis oleh penulis bertauliah.
Tapi penulis bertauliah itu jadi kelam kabut sebab wak tidak bawa geran asli.
Disuruhnya wak ke kaunter imigresen diluar sono untuk bertanya pada pegawai. 
Berjalan kaki yg tidak berapa jauh.
Ada 2 orang tentera siam yg mahu periksa beg silang.

Tanya pegawai imigresen untuk bawa cikputih masuk.
Disuruhnya pandu cikputih ke kompleks.
Patah balik untuk isi borang bawa kenderaan dan upah rm4 (duit Malaysia).
Mengecop pasport.
Upah "overtime fee" sebanyak rm4 lagi.

Nota lalat.
Overtime fee = duit kopi.

Bawa cikputih ke kompleks.
Lega bila dibenarkan masuk tanpa geran asli.

"ไปไหน"
"?? I dont understand"
"Where u going?"
"err.. Narathiwat"

12.20pm sudah boleh pandu masuk menuju bandar Narathiwat.

1.00pm tiba di bandar Narathiwat.
Mahu beli kad sim.
4GB berharga 200 baht (rm26).
Tapi kena tukar duit siam dahulu.
Disuruh ke kedai emas bersebelahan 7 eleven yg agak jauh di sinun.
Wak tukar rm100, dapat 702 baht.
Bayar sim kad tadi, tinggal 502 baht.

Nota rujukan lalat.
Nilai duit siam pada tahun 2012 ialah rm100 = rm1000 baht.
Panggilan tempatan ialah "kok" untuk duit baht. Rujukan.
2 riyal = 20 baht (bersamaan nilai rm2 duit lama).

Tidak tahu kemana.
Sebab tiada yg menarik di sini.
Lagipun hari ini kan sudah bulan puasa.
Biasanya akan mencari tempat makan yg sedap2 sangat.
Langsung ke masjid tua yg sudah berusia 300 tahun.

2.02pm tiba di perkarangan masjid tua.
Solat jamak qasar.

2.28pm gerak ke bandar Narathiwat semula.
3.02pm tiba di bandar, langsung ke pantai Narathiwat Beach.
Pusing2 bandar dan masuk beberapa kedai 7 eleven disitu.

4.15pm tiba di param (Ramadan Street Food).
4.57pm tiba di Floating market yg tiada penghuni.
5.25pm meninggalkan bandar Narathiwat menuju Sungai Kolok (Sungai Golok).
6.39pm tiba di Sungai Kolok dan mencari beberapa kedai 7 eleven.

7.03pm lepak2 di taman pancuran Sungai Kolok.
7.23pm waktu berbuka puasa di taman Sungai Kolok.
Tiada yg menarik disini.

7.38pm gerak ke ICQS Rantau Panjang.
Setengah jam urusan di imigresen Thailand.

Ada kekeliruan juga di pintu keluar imigresen Thailand.
Harus kembalikan borang2 putih yg diisi ketika masuk pagi tadi.
Setelah bayar duit "overtime fee" untuk cikputih 25 Baht (RM6).
Penumpang harus turun dan cop pasport di dalam bangunan.

Beratur memasuki imigresen Malaysia.

8.28pm masih beratur di imigresen & kastam Malaysia.
Urusan imigresen (2 kaunter) pantas tapii.
Kastam (sorg makguard) yg terlampau membuang masa. (malas nak komen).

Ringkasan lawatan Thai 2023.

  • Jalanraya yg luas (2 lorong) walaupun pekan kecil
  • Kurangnya kenderaan
  • Orang tempatan berbahasa Melayu Kelate
  • Pegawai berbahasa Siam
  • Jamban cangkung yg tinggi
  • Minyak petrol kereta yg mahal (spt Indonesia)
  • Harga makanan yg murah
  • Tidak perlu geran kereta yg asli (tertakluk budi bicara pegawai imigresen)
  • Waktu tempatan lambat sejam (spt Indonesia)
  • Penunggang motosikal tanpa helmet
  • Kawasan yg bersih, kurangnya sampah2 
  • Air laut pantai yg jernih dan menghijau
  • Wayar tiang elektrik yg berserabut (spt Indonesia)
  • Orang Kelantan sendiri ramai tidak tahu ada checkpoint dan feri di Pengkalan Kubor kerana selalunya mereka akan masuk ke Siam melalui Rantau Panjang.
Secara peribadi dan pengalaman wak, berikut tahap kebersihan tandas awam mengikut 3 negara:
  1. Indonesia
  2. Thailand
  3. Malaysia
  4. Arab Saudi (bonus)

Khop khun khrap. Terimakasih Thailand. 

Updated. Amaran dan peringatan untuk mengecop pasport semasa keluar Thailand kerana kalau terlupa maka akan didenda RM2,600 bila mahu masuk pada masa akan datang! Yakni, denda 500 Baht sehari dan maksima 20,000 Baht! Juga akan di larang masuk dan disenarai hitam ke siam untuk 3 tahun. Jangan cakap wak tak payung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Google maps of Southern Thailand @2023
At Pengkalan Kubor @2023
Pengkalan Kubor to Takbai Immigration Checkpoints @2023
 Narathiwat Thailand @2023
 Narathiwat Thailand @2023
Masjid 300 Tahun at Narathiwat Thailand @2023
Masjid 300 Tahun at Narathiwat Thailand @2023
Masjid 300 Tahun at Narathiwat Thailand @2023
Jambatan Saphan Predanaratasana (สะพานปรีดานราทัศน์) Narathiwat Thailand @2023
Jambatan Saphan Predanaratasana (สะพานปรีดานราทัศน์) Narathiwat Thailand @2023
Junk food of Thailand at 7-eleven @2023
Around Narathiwat town @2023
Narathiwat Thailand @2023
Sungai Kolok ghost town @2023
Ramadan Street Food Narathiwat @2023
Kompleks Imigresen Sungai Golok & ICQS Rantau Panjang @2023
Sungai Kolok border town @2023
Kompleks ICQS Rantau Panjang @2023


WARNING. Whoever not getting the exit stamp at the Thailand's Immigration will be fined 20,000 Baht (RM2,600 at Baht 7.63:RM1) when they visit the country again in the future! In addition, they will be banned from entering the Kingdom for 3 years.

14 comments:

  1. Hahaha Wak tau banget..kabel listrik sliweran dan serabutan di Indonesia😁

    ReplyDelete
  2. Akhirnya sampai juga di thailand ya Wak...indah sangat langitnya...meski terlihat agak hot udaranya tu

    gorengannya kelihatan kriuk...mantab perjalanan meski agak drama di imigrasi.

    ReplyDelete
  3. Jalan-jalan tanpa tujuan, jangan sampai terlanggar tiang ye Wak.

    ReplyDelete
  4. oh masuk pengkalan kubur keluar kat rantau panjang....duit siam dah tinggi. Dulu time duit dia rendah syiok beli belah. Lah ni huhuhu je lah

    ReplyDelete
  5. kiranya tandas awam kt Indonesia dan Thailand lagi bersih ek wak... ke salah turutan nya tu... sbb arab saudi takkan tandas awam nya kotor kan. Sehari je wak kalau dana macam tak puas pulak sekajap sangat

    ReplyDelete
  6. Rajin Wak bermusafir di bulan ramadhan. Tak ajak isteri Wak sekali ke?

    ReplyDelete
  7. Lengkap laporan Wak. Saya pernah sekali sampai ke Takbai. Ikut pengkalan haram, tak guna passport. Zaman dulu kala. Pergi sana, beli periuk dan meja jepun. Hehe.

    ReplyDelete
  8. ขอให้สิ่งต่าง ๆ เป็นเรื่องง่ายสำหรับคุณ

    ReplyDelete
  9. Rajin Wak jalan ketika bulan puasa.

    ReplyDelete
  10. masjid tu menariklah wak. seakan masjid kg laut kat kelantan tu

    aihhh ada lg rupanya duit kopi niiii

    ReplyDelete
  11. tanda di jalannya saya tak bisa baca

    ReplyDelete
  12. Amboi wak. Sakan dia berjalan ke sana ye. ;)

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

ARE LOSING WEIGHT WITHOUT TRYING DURING RAMADHAN

Pasar Ramadhan at Uniten @2024   Ahad, 17 Mac 2024. Tragedi semalam masih menghantui pemikiran. Petang sebelum asar ke param Uniten . Para...