Dec 6, 2023

YANG MANA JANTAN DAN YANG MANA BETINA

Jalan Ampang this morning @2023


Rabu, 6 Disember 2023.

BUNGA CENGKIH REDAKAN BATUK KERING

Semalam wak rasa tidak sihat badan.
Mahu tidur pun masih batuk.
Ada orang suruh rebus air bunga cengkih.
Lepas minum air bunga cengkih baru batuk pun lega.
Dan dapat tidur hingga ke pagi.

DOKTOR MAHU BUAT SWAB TEST COVID TAPI

Tapi bila tiba di kantor potong rumput.
Kepala masih tingtong.
Hidung pun tersumbat rasanya.
Segera wak ke klinik di bawah kantor.

Awek pembantu klinik buat pendaftaran.
Diperiksa tekanan darah wak.
Normal, katanya.

Kemudian doktor muda perempuan India periksa pula.
Tengok kerongkong, anak tekak ada merah sedikit.
Tiba2 mahu di buat ujian covid pula.
Terkejutlah juga wak.
"Is is necessary doc?" wahh speaking wak dengan muka agak ketat.
"Kalau wak taknak, kita tunggu 3 hari lagi," katanya.

Diberinya wak ubat demam, ubat selesema dan ubat batuk (sirap).
Dan ada ubat sembur hidung.
Semuanya rm160.

YANG MANA JANTAN YANG MANA BETINA SOALAN NUJUM PAK BELALANG

Cerita lain.
Pagi tadi juga wak bawa monitor lama ke kantor.
Tujuan untuk jadikan monitor kedua.
Agar kerja potong rumput lebih mudah dan mulus.
Bila tiba di meja.
Tidak boleh pula sambungkan monitor.
Kerana monitor lama guna VGA port dan HDMI (male connector).
Manakala desktop PC pula guna DP port (female connector).
Aiyah.

Nampaknya kenalah wak beli DP port yg baharu.

Jadi malam tadi wak sudah pesan atas talian (shopee).
Murah DP port itu - rm10.90 sahaja.
Harap2 bisa digunakan nanti.

APALAH NASIB HIGHLIGHTER KUNING

Masa wak mula datang bertugas potong rumput.
Kerja2 wak seharusnya diatas kertas lukisan (drawing).
Segala komen2 harus dicatat diatas lukisan2 itu.

Tapi alat2 tulis tidak mencukupi.
Sudah ambil sendiri di almari jabatan Sumber Manusia.
Kecuali highlighter warna kuning tinggal kosong (habis stock).

Jadi keesokkannya wak beli set highlighter di kedai DIY.
Satu set murah sahaja - rm2.90.

Tapi beberapa hari kemudian.
Wak sudah cadangkan pada ketua jabatan.
Tidak perlu conteng2 secara tangan (manual) diatas kertas lukisan.
Sekarang kan zaman digital, haruslah komen2 sahaja di dalam komputer.
Mula2 ketua jabatan agak keberatan.
Dikhuatiri ada petugas2 baru yg tidak mahir.
Tapi dia setuju untuk dibuat percubaan dahulu.


Blog bukanlah hakmilik kekal.


Highlighters of the day @2023
After visiting clinic doctor @2023
 Team Building t-shirt for the Bowling event @2023
Ubat pengering desiccant dalam makanan @2023
DP and HDMI ports for my old VGA monitor @2023

5 comments:

  1. sekarang memang musim tak sihatlah wak...Cuya dah lama batuk tak sihat2

    ReplyDelete
  2. buka dan conteng kat i-pad senang. boleh connect dkt tv lagi..senang nak discuss...bawak laptop atau print drawing leceh...tapi makcik pun termasuk dalam golongan yang lembap IT..well boleh belajar maaa...

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Wak bebas covid lah kan.

    ReplyDelete
  4. Cepat sembuh ya wak 😊. Kenapalah naik lagi covid ini yaa. Tapi bersyukur nya tak ada yg parah sangat, mungkin Krn dah ada kekebalan tubuh juga kan. Saya pun dah tak nak tes covid kalo sakit..mending banyak istirahat, minum obat.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...