Jalan Persiaran Seri Alam Masai @2023 Pulang dari beli apam balik Permas Jaya |
Ahad, 3 Disember 2023.
Nota. Tiada gambar apam balik ya.
Tapi dulu wak ada cerita juga di SINI.
Pagi2 sudah terbangun sebelum Subuh.
Buat kerja potong rumput dulu.
Jam 7.30pagi sambung tidur.
Dan bangun jam 10 pagi.
Mandi dan terus berangkat ke pasaraya besar Lotus's.
Beli barang2 dapur bersama mQ (my Queen) dan anak wedok.
Pulang dari berbelanja.
Sambung potong rumput atas talian.
Ada masalah di galangan kapal di Batam.
Agak lama juga untuk menyelesaikan masalah.
Akhirnya berjaya.
Alhamdulillah.
Petang berlarian ke Permas Jaya.
Beli apam balik (murtabak manis).
"Waduh, sekarang sudah lima hinggit sekeping," ngomel wak.
"Baru bulan lepas harga masih bertahan rm3.50 untuk bertahun2 lamanya,"
"gara2 kerajaan madani sekarang ni kann,"
Tapi ada je apam balik masih harga 50 sen sekeping kann. Di SINI.
Malam pula sudah menaiki bas ekspres ke ibukota.
Bagus dah servis sekarang sebab wak dah beli tiket online.
Siap abang kaunter telefon wak setengah jam sebelum bas berangkat.
Tidak perlu tunjuk tiket pon.
Cuma di stesen bas Larkin tudak mudah untuk ke tandas sebab agak jauh.
"Wak nanti leh pakai tandas kat Taman Tun Aminah," kata macha drebar itu.
Tiba di TBS pun sudah hampir jam 2 pagi.
Nak guna tandas yg dekat arrival itu penuh pula.
Dan tandas di kawasan tengah sedang di cuci dgn makcik muka ketat.
Terpaksa guna tandas di hujung sono.
Mula2 tadi wak sudah pesan Grabcar harga rm21 tapi agak jauh dan ambil masa 11 minit.
Drebar suruh wak kensel le tu.
Kalau inDriver pula harga tambang agak lebih mahal, yakni rm27.
Drebar grabcar kedua sudah tiba ketika wak dalam tandas dihujung sono.
Terkejar2 wak ke pintu Gate C.
Movie lalat.
The Roundup 2022 (Korea)
Hostage: Missing Celebrity 2021 (Korea)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
From Masai Bus Terminal to Terminal Bersepadu Selatan TBS @2023 |
Kg Bakar Batu JB @2023 |
Traffic Jam new Hentian Sebelah Nilai @2023 |
Lumayan naik harganya Wak. Saya dah lama tak beli apam balik @ terang bulan. Tak pasti harga masih tetap atau naik juga.
ReplyDeleteWak..kalau SA tau wak duduk dekat dengan Permas Jaya, dah ajak wak kopi2 dah...boleh kenalkan wak dengan husband..hehehe
ReplyDeletemorning wak..
ReplyDeletewah..dr rm 3.50 terus naik ke rm 5 yer, x de sikit2 pun...
emmm....