KLCC this morning @2023 |
Jumaat, 1 Disember 2023.
Pagi tadi sudah antri (beratur) depan kubur P Ramlee.
Wak beli meehoon dgn lauk sardin dan telur mata sapi. rm6
Pak cik berikan kuih yg salut kelapa gratis (percuma ).
"Ni tinggal last kopek wak," katanya.
Tengahari berlarian ke masjid Kg Baru.
Terjumpa rakan sekantor lama, bro ZAL.
Cara tempah tiket bas online.
Wak guna Redbus apps.
Perjalanan pergi dan balik (PP).
Rm76 lebih murah berbanding kalau pandu kereta sendiri dgn duit minyak dan tol.
Petang berlarian ke TBS.
Dari Avenue K mall turun eskalator ke stesen LRT KLCC.
Kemudian tukar tren di Masjid Jamek.
Bila ditanya, boleh makguard itu berkata "wak naik kt sini nanti turun di stesen Hantu,"
"Haa?" terkejut juga wak mendengarnya.
"Stesen Hang Tuah la wak," katanya tersengih.
Pelik, biasa dulu akan tukar di Chan Sow Lin.
Di stesen Hantu kena turun dan naik tangga yg agak tinggi.
Ini adalah kerana tangga eskalator sudah rosak.
Dan kemudian turun ke platform bersebelahan.
Ambil tren aliran Putra heights.
Sampai di TBS pun tepat jam 6.01pm.
Masih banyak masa untuk berangkat.
Tapi wak berantri (beratur) juga untuk dapatkan boarding pass.
Bila dikaunter mamat tu bilang wak dah ada Go pass dlm emel.
Jadi tak perlu dapatkan boarding pass yg baharu.
Jadi wak lepak di kopitiam itu.
Pesan mihun telur mata sapi.
Naik bas jam 7.35pm.
Tak sampai 10 minit wak pun terlelap keletihan.
Wak terjaga bila bas berhenti di hentian sebelah Kg Bemban Melaka.
Ehh, wak tidur 2 jam wehh!
Kemudian bas berhenti di bandar Kulai.
Ramai penumpang turun disini.
Tinggal dua orang budak perempuan yg mahu ke Pasir Gudang.
Boleh pula uncle drebar ini suruh wak turun di Pasir Gudang.
Dia kata tidak masuk pekan koboi Masai.
"Sebab Wak sorang je kann," penjelasannya.
Jadi wak turun di stesen minyak Petronas Taman Rinting.
Berdekatan Mydin.
Itupun sudah jam 1 pagi.
Wak ucap terimakasih lah pada uncle drebar.
Dia pun cakap terimakasih juga sebab tolong dia tak payah masuk pekan koboi Masai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Perkuburan Islam Jalan Ampang @2023 |
Nasi lemak depan kubur P Ramlee and Friday prayer @2023 |
Walking back from Masjid Kampung Baru @2023 |
TBS @2023 |
TBS, in the bus and reaching Masai @2023 |
City Express at Hentian Sebelah, Kampung Bemban Melaka @2023 |
Senang kan beli tiket dgn apps redBUS kan & dpt Go pass tak payah beratur utk boarding pass.
ReplyDelete