Plus Highway near Bandar Seri Putera @2024 |
Ahad, 31 Disember 2023.
Ini adalah kali kedua wak tiba di pulau Besar ini. Link 2014.
==========================================
Informasi Pulau Besar.
Pulau Besar terletak di Selat Melaka kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.
Cara ke sana.
Jika anda ingin kesana perjalanan dengan feri (jeti di Anjung Batu) adalah berjadual manakala bot laju (jeti di Umbai) bergantung permintaan bergantung kepada pasang surut laut dan masa yang ditetapkan sendiri oleh penumpang. Kalau anda seorang diri baiklah naik di jeti Anjung Batu. Harga PP rm15 seorang (2023). Kalau di jeti Umbai, harga untuk satu bot adalah rm120 (PP). Harga bayaran parkir di jeti Anjung Batu ialah rm5.
Mitos dan lagenda.
PULAU BESAR merupakan antara lokasi tumpuan di negeri Melaka yang banyak dikaitkan dengan kisah misteri, mistik dan legenda. Tak kurang juga kisah-kisah seram, hantu atau gangguan makhluk halus terhadap segelintir pengunjung yang datang bercuti ke sini. Ada pendapat mengatakan bahawa pengunjung yang diganggu oleh makhluk halus tersebut disebabkan oleh keceluparan mulut, biadap, melanggar pantang dan larang juga tidak menghormati tatasusila kesucian pulau dan lain-lain lagi. Para pelancong dari dalam dan luar negara sering melawati pulau ini atas pelbagai tujuan dan keperluan. Ada yang ingin berehat dan bersiar-siar, ada yang ingin menghabiskan cuti dengan menikmati keindahan deruan ombak dan bermandi-manda bersama keluarga di sini. Dan ada juga pengunjung yang datang ke Pulau Besar ini untuk menunaikan hajat. Tak kurang juga yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti-aktiviti khurafat seperti menurun, meminta nombor ekor, meminta jodoh, mencari makhluk halus untuk dipelihara dan lain-lain lagi.
=========================================
Pagi2 jam 4am sudah berlarian ke Jeti Anjung Batu.
Tiba di Umbai pun baru jam 5.30 beberapa minit sebelum subuh.
Ada juga warung Melayu buka untuk sarapan roti canai.
Solat subuh di masjid Kg Umbai.
Tiba di jeti jam 7am.
Tiket parkir rm5.
Tapi loket (kaunter tiket) belum dibuka lagi.
Feri akan berangkat jam 8am.
Tiket dewasa rm15 (PP - Pergi Pulang).
8am sudah menaiki dan bertolak ke Pulau Besar.
8.29am tiba di jeti Pulau Besar.
9.00am berjalan kaki dan tiba di medan selera.
9.23am tiba di Masjid dan Makam Sultan al-Arifin.
9.48am meninggalkan kompleks masjid dan makam.
10.09am melangkah mencari Batu Belah Batu Bertangkup.
Tapi tiada seorang pun yg dapat membantu tunjuk arah jalan.
10.22am putus asa dan pulang ke kompleks masjid dan makam.
10.37am tiba di tempat berteduh untuk rehat seketika.
11.30am melangkah pulang ke jeti.
12.03pm masuk ke feri.
12.15pm meluncur pulang ke tanah besar.
Nota 1. Ramainya pengunjung dari negara seberang (Sumatera) di makam.
Nota 2. Ramainya pengunjung dari kaum India Muslim.
Nota 3. Susahnya mencari peta dan maklumat untuk mengeksplorasi pulau walaupun sudah bertanya dengan orang tempatan.
Nota Sahabat Merah Silu.
Kebetulan blogger Merah Silu datang ke Pulau Besar seminggu awal. Link.
Wikiloc in Pulau Besar - this is the real trail done by other hiker. I should use this trail map as a guide next time. InsyaAllah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Boarding the ferry at Anjung Batu Melaka @2024 |
Early in the morning @2024 |
Buying ferry ticket at Anjung Batu @2024 |
Arriving Pulau Besar Melaka @2024 |
Makam Sultan Al-Arifin Pulau Besar Melaka @2024 |
Arriving at Pulau Besar @2024 |
Walking to Sultan al Arifin Tomb @2024 |
Around Sultan al Arifin Tomb @2024 Unsuccessful to find way to Batu Belah Batu Bertangkup |
Walking around the island @2024 |
Walking around the island @2024 |
Oh Hi @2024 |
Mandi Bunga event @2024 |
Walking around the island @2024 |
Welcome Home Sweet Home @2024 |
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.