Nov 27, 2021

MAKAN NASI LEMAK KAT MANA DI DOHA

Nasi lemak ayam goreng at Mama Rozie al Muntazah @2021

Sabtu pagi.
Doha, Qatar.

Sudah lama juga wak merancang mahu makan nasi lemak.
Minggu lepas  kan wak sudah sampai di restoran mami rozie itu.
Dengan rakan2 sekerja dan klien.
Tapi kerana tiba sudah waktu tengahari, maka melepaslah nak menjamah nasi lemak.
Entri lama. + Nasi ayam penyet at Mama Rozie al-Muntazah.

Jadi,  pagi2 tadi wak sudah berlarian ke al-Muntazah.
Alone matcham biasa.
Sebab master Lim tak jadi ikut - dia nak pegi al-Khor, katanya.
Naik LRT dari stesen DEEC, tukar tren di al-Bidda.
Kemudian baru turun dan keluar di al-Mansoura.

Jalan kaki sejauh 1.5km.
Ooh. Wak kan tiada data online dalam henfon cap aiyam ni.
Tapi wak dah download offline Google map semalam.
Dan teringatlah dulu ada kisah pengembara basikal di China.
Masalah komunikasi dan tiada Google di sana.
Dengan adanya teknologi terkini, masalah mencari arah menjadi perkara mudah.
Dan tiada lagi peribahasa, "malu bertanya sesat jalan."

Wak pesan nasi lemak ayam goreng sahaja.
Air mineral juga.

Total damage = 4 riyal (LRT) + 30 riyal (nasi lemak, air)

Dari restoran, wak balik jalan kaki ke stesen metro Msheireb sejauh 2km.
Banyaknya construction rancak disini dimana2, berdosa!
Maka melilau dan  melencong sahajalah.  
Sibbaik tak jauh sangat.

Movie lalat. The Invisible Man 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...