Nov 29, 2021

GOOD NIGHT DOHA

Beef curry, white rice and 2 boiled eggs (QAR17) @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Petang tadi tiba2 wak mahu bersolat jemaah  di mesjid.
Jadi, usai maghrib tadi wak pun berlarian ke mesjid berdekatan  itu.

Nak dijadikan cerita.
Wak terlupa bawa sejadah lah pula.
Wak tengok kat dalam mesjid tiada disediakan sejadah plastik.
Wak nampak ada satu sejadah pink atas kerusi di sinun.
Wak ambil sejadah dan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum masuk Isyak.
Tidak berapa lama, ada tok siak ni datang kat wak minta tukar sejadah.
Dibaginya sejadah hijau.
Diambilnya sejadah pink yg wak sedang guna.
Dan dibawanya sejadah pink itu ke tempat solat pak imam.
Patutlah sejadah pink berbau wangi yg amat.
Tidaklah tok siak itu memaki hamun pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunset view from my apartment window @2021
Lift area @2021
Mesjid akhaleel ibraheem @2021
Mesjid akhaleel ibraheem @2021
Surah an-Naziat showing the correct marking at the beginning of ayat 17 & 18 for correct pronounciation  @2021
Doha City Center @2021

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

NONGKRONG KAT BAKO BAKO RESTO ALONE MATCHAM BIASA

  Bako Bako Resto Marina Island Lumut @2025 Ahad, 30 November 2025. Part III. Malam tadi berlarian ke rukan (rumah makan) Bako Bako Resto....