1 am view from my window this morning @2021 |
Jumaat.
Doha, Qatar.
Pagi2 tadi wak berjalanan ke tefian fantai lagi.
Selepas itu, dalam perjalanan pulang ke gagang.
Wak terjumpa RESH (India Chennai) itu.
Wak pun tunjukkan dia jalan ke fantai.
Wak singgah ke City Center mall yg sudah dibuka.
Wak ingatkan mall dibuka jam 10 atau 11 pagi.
Kali ini wak cuma mahu mencuba kad atm Maybank lagi.
Sebab semalam kan wak sudah activate penggunaan international dalam maybank2u.
Tapi malangnya masih tidak boleh digunakan.
Adalah 3 mesin atm wak try.
Kemudian wak cuba beli sarapan McD dibawah itu.
Nota. McD dibuka 24 jam ya.
Pesanan guna skrin.
Mula2 wak nak bayar cash, tapi terlupa wak cuma bawa 5 riyal dalam spender.
Harga burger muffin with eggs tu ialah 10 riyal.
Wak try guna kad debit Maybank itu.
Kali ini ada mesej pula, "do not honor."
Wak ada terfikir juga.
Kalau tiada pilihan lain.
Mungkin wak akan minta tolong rakan sekerja.
Transfer duit dalam akaun bank dia dan minta tolong dia cashkan kat atm mesin saja.
Buat masa ini, duit cash adalah untuk belanja 2 minggu lagi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.