Nov 15, 2021

PLEASE REMOVE YOUR CARD - THE LAST PART

 Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi tadi kan wak sudah call customer service Maybank di KL.
Mamat operator itu berkata bahawa ATM  oversea sudah berjaya diaktifkan.

Updated: (16/4/22) Utk aktif penggunaan kad debit Maybank di oversea, hanya perlu activate dalam maybank2u (browser).  Better guna laptop, sbb henfon mukin bermasalah.

Jadi tengahari tadi wak pun pergi ke City Center mall lagi.
Dan dengan yakinnya wak pun dapat mengeluarkan duit cash.

Wak pun berasa gumbira.
Wak juga berterimakasih kepada master Lim dan AWI.
Kerana mereka yg bersungguh2 suruh wak call customer service.

Jadi benda pertama yg wak nak beli sangat.
Sekiranya ada duit lebih.
Ialah jajan potato chips ini - Lays.
Dan wak terus masuk Carrefour.
Beli potato chips, kurma murahan dan kuaci.

Ooh, satu lagi masalah ialah problem.
Wak kan tiada data internet.
Hanya bila limpas kedai kafe The Coffeebean & Tea Leaf itu baru dapat wifi.
Memang dalam mall ada wifi tapi semuanya berbayar.
Bila wak keluar dari Carrefour tadi, tak sedar AWI hantar wassap.
"Wak, nak kirim barang boleh? " tanyanya.
"Dekat bahagian hardware, belikan arang size kecil2."
"Diameter kecil,"
"Dengan lighter jenis jet api macam ni," sambil AWI tunjuk gambar dari google .

Jadi wak masuk semula ke dalam Carrefour.
Jumpa barang seperti yg diminta AWI, tapi berlainan jenama.
Nak tanya AWI semula tapi wak tiada data.
Jadi, wak beli sahaja, walaupun harga lighter jet itu agak mahal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...