Nov 6, 2021

MEDICALLY FIT FOR UNRESTRICTED OFFSHORE WORK

An approval form that I've been waiting from Naseem doctor @2021

Sabtu.
Doha, Qatar.

Previous link: Blood and Urine Screening Test (2017).

Hari Selasa lepas kan wak dah pergi checkup kat klinik Naseem.
Doc kata dia tak boleh lepaskan wak belayar ke tengah lautan.
Dia kata urine wak dijangkiti virus.
Kencing kotor, gitu.

Jadi dia bagi ubat pil dua jenis.
Satu, Macromax 500 sebanyak 3 biji untuk tiga hari.
Dua, Alka-Ur sebanyak 10 sachet untuk 5 hari.
Dan jumpa dia kembali selepas 3 hari.

Sepatutnya wak jumpa doc lagi semalam.
Tapi ejen kata semalam hari cuti umum.
Dan doc tidak bertugas.

Jadi pagi tadi wak sudah pergi ke klinik Naseem.
Cuma ambil ujian air urine dan tunggu result selepas sejam.

Wak keluar gi cari makanan sebab puasa dari tadi malam.
Dalam klinik itu tiada kantin atau medan selera.
Agak jauh juga wak berjalan.

Jumpa mini market dan beli susu dan cokelat dan biskut saja.

Sejam lepas tu wak kembali semula ke lab urine tadi.
Dapat result yg positif.

Kena tunggu giliran nak jumpa doc pula.
Punyalah lama sebab no token wak sudah terlepas jauh.
Kena merayu2 dengan misi pula.

Alhamdulillah.
Doc kata, "better result and you can go."

Blog bukanlah hakmilik kekal.



No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...