Nov 5, 2021

UNTUK SEKEPING POSKAD DAN SEBONGKAH PERFUME

Postcard I bought today from Doha Qatar @2021

Petang Khamis malam  Jumaat.
Wak sudah berlarian ke Souq Waqif.
Tujuan wak untuk mencari poskad dan perfume pesanan  kawan dari Masai itu.

Recap.
Dulu wak pernah datang sini.
Jumpa kedai gambar yg jual poskad.
5 riyal sekeping.
Juga dulu wak pernah beli perfume itu.
Tapi terlupa kedai perfume yg mana satu.

Walaupun wak tiba di kedai gambar yg menjual poskad itu sudah agak petang.
Tapi peliknya kedai ditutup.
"Kedai buka jam 4.20pm wak," kata mamat yg repair jam didepan.
"Ah, ada sejam lagi," getus hati wak. 
Jadi wak jalan2 dahulu sekitar pasar lama itu.
Sambil mencari minyak perfume "Oud Couture" - nak sebut pun susah.

Akhirnya berjumpa juga deretan kedai perfume disitu.
Kedai yg wak tanya mula2 memang tiada.
Kedai bersebelahannya baru ada.
Alhamdulillah.

Pulang tadi wak tidak terus ke stesen metro Souq Waqif.
Tapi wak terus ke stesen metro Msheireb yg agak jauh.
Dan terus pulang ke gagang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

HOW TO MAKE AN APPOINTMENT TO HAVE DINNER WITH YOUR WORKING SON

  Jumaat, 17 Januari 2025. Petang dari kantor. Berlarian ke Permas Jaya. Anak lanang outstation berdekatan rumah. Tapi lebih selesa tinggal ...