Nov 4, 2021

SEDEKAH SUBUH YANG PERTAMA

Metro Station at DECC @2021

Khamis.
Doha, Qatar.

Semalam sudah genap kiraan sedekah subuh 40 hari.
Projek sedekah subuh bermula sejak Doha Quarantine Day 4.

Harus diinfaqkan duit yg terkumpul kepada golongan yg memerlukan.

Mula2 wak nak pergi ke tefian fantai dahulu.
Sambil tunggu sunrise.
Lagipun tren metro akan bermula jam 6.24am.

Sebab niat asal wak nak cari pekerja yg bekerja di tepi taman al Qassar Park.
Ingat tak dulu wak pernah berjalan kaki sejauh 9 kilometer?
Link: Katara Twin Tower sunrise and 9km walking.

Tapi masa perjalanan ke tefian fantai tadi.
Wak ternampak ada sorang pekerja pungut sampah ditepian jalan.
Pakai overall kuning.
Sorang diri sahaja.

Jadi setelah berfikir beberapa detik.
Wak pun bagilah wang sedekah yg tak seberapa itu.

Pakcik tu cakap, "Jazakallah khair" beberapa kali.
Wak jawab "alhamdulillah" je.

Jadi lepas dari fantai.
Wak tak jadi naik tren 
Dan terus balik ke gagang.

Ooh.
Hari ini (Khamis) adalah hari Deepavali.
Wak tengok dalam sosmed meriah sungguh bungapi merecik2 ditengah malam tadi.
Eh, itu kat Kl daa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.