Nov 15, 2021

PUASA NAZAR YANG PERTAMA

This Quran belongs to the apartment @2021

Ahad.
Dohar, Qatar.

Hari ini wak nak bermula puasa nazar yg pertama.

Pukul 2 pagi sudah terjaga.
Solat tahajjud dan hafazan surah al-Waqiah seperti biasa.

Tunggu sehingga jam 3.45am untuk bersahur.
Ada tugasan potong rumput yg harus diselesaikan.
Sebab subuh masuk jam 4.30am.
Panaskan lauk beef curry dan nasi putih yg semalam pesan.

Semoga dipermudahkan.
Amin.

Waktu maghrib pula jam 5 petang.
Sama saja lebih kurang panjangnya waktu siang seperti di Masai.

Cerita lalat lain.
Pasal kad bank yg masih bermasalah.
Wak masih gigih dan berusaha untuk mendapatkan cash.
Tadi pagi master Lim dengan  Awi sudah suruh  wak try call customer service.
Ada nombor telefon dibelakang kad untuk dihubungi.
Mereka suruh guna telefon pejabat di tingkat 34.
Jadi tanpa berlengah, wak pun terus menghubungi.
Rupanya memang ada masalah dengan kedua2 kad wak.
Kad debit Maybank dan kad kredit RHB Bank.
Tapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya kan.

Hafazan lalat. Sabki surah at-Takwir.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...