Nov 22, 2021

SEPERTI PUNGGUK RINDUKAN BULAN

Thanks to the arab girl who shares this moon picture just now.
Souq Waqif, Doha, Qatar @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Semalam wak ada terlihat dalam tiktok.
Ada seorang pakcik ditengah laman di Souq Waqif.
Dengan seketul teropong jauh (baca, telescope).
Boleh melihat bulan dengan dekat.
Dan boleh nampak planet Musytari (baca, Jupiter), dan Zuhal (baca, Saturn).
Musytari dengan 79 bulan2.
Zuhal dengan  lingkaran cincin yg menarik.
Marikh tidak kelihatan, kena tunggu 2 - 3 bulan lagi.

Nama pakcik arab ini ialah Amro Mahmoud dari Mesir.
Harga penggunaan teleskop ialah 5 riyal sahaja.

Dipendek cerita.
Wak pun berlarian ke Souq Waqif usai maghrib.
Tapi maghrib masuk jam 4.46pm.
Awal sangat untuk ke sana.
Lagipun pakcik arab ini akan bermula aktiviti pada jam 8 malam.

Jadi wak singgah di City Center mall dahulu.
Tengok2 henfon model terbaharu disudut henfon lah.
Dan sempat solat isyak dahulu di surau.
Waktu Isyak pula ialah pukul 6.16pm.

Wak naik lrt dari DEEC dan turun di Msheireb.
Kemudian naik lrt laluan kuning ke Souq Waqif.

Bila tiba di laman Souq Waqif.
Jam baru pukul 7.30 malam.
Tapi pakcik arab sudah ada disitu.
Dan ramailah juga orang2 yg berebut2 mahu melihat planet2.

Rasa tidak selesa pula wak.

Bila tiba giliran wak.
Rasa tidak puas hati pula.
Sebab melihat planet menggunakan kanta lensa yg kecil.
Bila pakcik arab itu cuba tangkap gambar guna henfon cap ayam wak.
Dia kata tidak boleh sebab kamera henfon wak tidak sesuai.
Aduhai.

Kebetulan ada awek arab ini.
Tiba2 datang bertanya dan juga mahu menggunakan teleskop.
Pakcik arab terus tangkap gambar guna henfon awek.

Pakcik arab kemudian janji akan bagi gambar melalui whatsapp.
Pakcik arab berikan nombor henfonnya.
Dan wak minta nombor henfon awek arab juga.

Sebelum pulang ke gagang.
Wak singgah  di kedai2 disitu.
Tengok2 harga baju t-shirt Qatar.
Dan terbeli topi besbol - 2 biji.

Bila sampai dirumah.
Pakcik arab sudah hantar gambar2 planet.
Tapi masalahnya - problem.
Gambar2 planet semua tidak terkini.
Gambar bulan pun tidak mengambang macam tadi.
Walaupun ada gambar bulan gerhana merah.
Dan video2 bulan yg lain.
Wak pun tanya pakcik arab tadi nak dapat gambar bulan penuh seperti malam tadi.
Sampai sekarang pakcik arab pun tidak balas.

Wak sungguh tidak puas hati.
Kebetulan wak ada nombor henfon awek arab tadi.
Wak pun tanya dengan elok2.

Tidak sangka juga awek arab itu sungguh baik hati.
Dia pun layan wak dan berikan gambar2 yg diambilnya tadi.

Wak pun berasa gumbira lah sedikit.

Ooh. Esok Isnin, wak nak puasa nazar hari ketiga dan terakhir.
Sempat tadi beli burger chicken mushroom di McD untuk bersahur.

Nota lalat. Wak perasan perwatakan pakcik arab ini agak keras. Komunikasi pun tidak mesra alam. Dia larang wak ambil gambar awek arab tengah guna teleskop. Dan dia macam marah2 bila wak minta nombor whatsapp awek arab tadi. Tapi kalau awek tidak bagi nombor henfonnya, sudah tentu tidak dapat gambar bulan yg cantik dan jeliter seperti diatas kan. Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Souq visitors get a chance to see some planets through a telescope.
Please hover your mouse to see my own camera capture of the moon.


No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...