Jul 17, 2022

BATAM DAY 2

Breakfast at 89 Hotel Batu Selicin, Batam @2022

 Ahad, 17 Julai 2022.

Pagi2 sebelum Subuh sudah bangun dan buat ibadah sedikit.
Tunggu solat Subuh dan sambung tidur sebentar.

Pukul 7 bersarapan di kafe hotel.
Makanan berat - kenyang ya amat.

7.30am tumpang pak WAR ke galangan.
Dengan pak GAS.
Tiba di galangan wak dikasi coverall terpakai.

Ada taklimat keselamatan atas kapal.
Kerja sehingga petang.

Tengahari ada mamat kapal tu pesankan makanan.
Nasi campur dengan daging rendang -  25,000 rupiah.
Sedap juga.
Terlelap sekejap atas sofa.

Jam 6pm sudah turun dari kapal.

Usai mandi, solat di hotel.
Wak terus ke Grand Batam mall.

Baru beberapa langkah keluar pintu hotel.
Sudah ada makcik minta duit  pula.
Wak abaikan sahaja.
Teringat makcik yg minta duit di Kota Damansara minggu lepas.
Wak tak beri dan makcik maki wak pula.

Ingat tak tuari wak cuba tukar duit Qatar riyal di JB?
Tiada pengurup wang yg mahu terima.
"Tak laku lah wak kat sini," kata ahmoi tu.

Jadi, tadi wak cuba tukarin duit Qatar riyal itu disini.
Ahsoh kedai money changer kata boleh terima.
"355 hibu wak," kata ahsoh sambil tunjuk mesin kalkulator dia.
Tapi dia kena periksa dengan taukeh kedai.
Wak tunggulah juga tak berapa lama - agak2 sepuluh minit.
Wak tukar dulu 683 riyal.

Selepas itu, wak cari kedai makan.
Terasa mahu makan caesar salad pula.
Air putih bersamaan air mineral.

Dalam  perjalanan pulang ke hotel.
Singgah beli air kelapa sebiji.
Bila  ditanya, "13 hibu wak," kata abam itu.
Tapi wak berikan 20 hibu dan suruh simpan baki.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...