Jul 22, 2022

THE REST DAY

My new room @2022 89 Hotel Batam

 Jumaat, 22 Julai 2022.

THE BROKEN PROMISE 

Tugasan potong rumput atas kapal sudah selesai.
Hari ini harus berjimba2, tapi...

Pagi2 tadi usai breakfast.
Wak ingat mahu ikut pak PUR ke galangan sahaja.
Selepas itu ajak pak supir jalan2 pusing2 pulau seperti yg kami rancang.

Tapi pak supir ada program lain pula.
Dia mahu ke bandara lah, standby untuk hantar orang lain lah.
Iya lah tu.

Cuma wak kirim pada pak PUR untuk menghantar baju dan pakaian kotor ke laundry sahaja.

CHANGING YOUR ROOM FOR BETTER SHOWER

Olehkerana syarikat menyambung beberapa hari lagi penginapan wak disini.
Syarikat pun memberitahu pihak hotel.
Dan wak berjaya juga menukar kamar ke lantai 6.
Sebab pancuran air di kamar wak sekarang agak tidak mulus pancutannya.

NEGOTIATING YOUR CAR AND DRIVER IN BATAM

Sambil itu, wak ada tanya pada pak supir taksi di luar hotel.
100k untuk satu jam, kata pak RIS itu.
Jadi, kalau 3 jam jadi 300k (RM90).

Sebab wak ada tanya beberapa supir lain yg agak mahal.
Sampai yg mahu cekik dara sehingga 600k.

SOLAT JUMAAT PERTAMA DI BATAM

Tengahari tadi, sempat berlarian ke masjid  berdekatan.
Masjid ar-Rahman Baloi Kusuma berdekatan dengan Batam Center Mall.
Solat jumaat seperti di Doha - agak pantas. Tapi tidaklah sepantas solat terawih 23 rakaat dalamasa 7 menit kann. 😅😅

AYAM PENYET DI DPENYETS

Di Batam Center Mall, wak makan siang di DPenyets.
Wak pesan nasi putih, ayam penyet dan cendol.
Ayam penyet peha yg kecil bahagiannya.
Dan cendol yg keras ais batunya.

NEW SIMCARD

Di lantai bawah mall ada banyak kedai menjual simcard dan peralatan ha-pe.
Ingat tak kelmarin masa mula2 tiba di Batam?
Wak cuba mahu membeli simcard di Batonia mall.
Tapi perlukan pendaftaran IMEI dan kena bayar cukai dan bea bagai.
Tapi di sini semuanya gratis untuk pendaftaran.
Wak pilih yg harga 100k utk 16GB sudah.
Tak sampai 13 minit pun siap.

Petang, tunggu pak PUR dengan pakaian wak yg sudah dicuci.
Dia panggil wak tapi ha-pe dalam mood senyap.
Tapi wak terus bergegas ke bawah bila terlihat panggilan sipi (miss-calls).
Bila ditanya berapa harga cucian.
Pak Pur kata tidak perlu bayar - gratis.

DILARANG MEMBUKA KEMASAN

Malam tadi usai solat maghrib.
Wak terus berlarian ke Grand Batam mall di seberang jalan sahaja.
Wak masuk ke supermarket.
Wak beli baju batik Batam (85k), kain pelikat Upin Ipin (30k) dan setokin (15k).
Bila ditanya samada kain pelikat itu sudah dijahit atau belum.
Awek Indon di kaunter jadi huru hara sebab dia pun tidak berani mahu membuka plastik itu.
Dipanggilnya supervisor diluar sana untuk kepastian.

Baju batik sebab wak nampak ramai orang pakai semasa dimasjid tadi.
Kain pelikat - langsung tidak dibawa.
Setokin - hanya satu sahaja dan sudah berbau masem.

Dan wak beli buah2an potong - betik, barli dan nangka.
Semuanya 43k.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...