Jul 23, 2022

ZERO KM BATAM

Jambatan Barelang Bridge sunrise @2022

 Sabtu, 23 Julai 2022.

Hari ini hari liburan.
Esok sudah berlayar ke pulau Jawa pula.

Walaupun wak sudah kunci alarm clock tepat jam 4.00am.
Terlelap lagi sehingga azan subuh berkumandang, yakni jam 4.44am.

Sempat mandi manda.
Jam 5.00am sudah turun ke cafe dibawah untuk bersarapan.

Jam 5.15am, naik taksi sewa untuk jalan2 pulau.
100k (rm30) untuk sejam.
Updated. Bila2 wak check semula, mmg dh kene scam dgn pak supir tu.

5.50am tiba di tebing menghadap jambatan Barelang.
Kemudian ke bawah jambatan, yakni Tanjung Penarik.
Kembali ripit ke tebing menghadap jambatan yg mula2 tadi.
Kemudian ambil gambar pula diatas jambatan pertama.

Kautan tahun 2011 dengan anak lanang.

7.17am tiba di pintu gerbang Ex-Camp Vietnam.
Tapi wak tidak masuk ke dalam muzium.

Teruskan perjalanan ke hujung bawah pulau.
Dan tiba di titik 0 (nol) pada jam 7.38am.
Titik nol atau zero kilometer.
Bayaran parkir sebanyak 20k (rm6) pada bapak yg sedang menyapu disitu.

Perjalanan pulang, singgah di Welcome to Batam pada jam 9.05am.
Tidak jadi ke pantai Coastarina.

Total jam perjalanan pagi tadi ialah 4 jam. 

Cerita kampungan.
Minggu lepas, isteri wak sudah hantar gambar surat dari LHDN.
Surat untuk membayar hasil cukai.
Wak cakap bahawa wak sudah hantar kenyataan cukai.
Tapi mungkin terlepas tarikh akhir itu yg terima surat cinta.

Dan pagi tadi wak periksa dalam akaun bank wak.
Sudah terima duit lebihan bayar dari LHDN juga.
Barulah lega rasanya.

Movie lalat.
The Black Phone 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...