Jul 21, 2022

BATAM SHIPYARD LAST DAY

 

Bye bye Batam shipyard, Tanjung  Uncang @2022

Khamis, 21 Julai 2022.

Pagi tadi kena keluar awal, jam 6.30am.
40 minit pun sudah tiba di galangan.
Ada pejumpaan keselamatan (safety briefing) jam 8am.

Hari ini adalah hari terakhir di galangan (limbungan kapal) dan atas kapal.
Kerja2 potong rumput atas kapal siap jam 2pm.
Tapi wak kena tunggu lagi 3 jam.
Sebab kena tumpang supir pak PUR dan pak GAS.

Pegawai keselamatan yg itu suka speaking dengan wak.
Takut wak tak faham agaknya.

 Masa dalam perjalanan pulang tadi.
Kami borak2 juga pasal kaum pendatang Chinese.
Walaupun di sini tiada SJKC, tapi masalahnya juga sama.
Dimana2 pun sama.
Pasal ekonomi, politik dan kemasyarakatan.

Pak Pur ada bercerita.
Semasa beliau bekerja di pekan Medan (Sumatera).
Sebagai projek manager beliau mahu membeli perkakas alatan yg urgent.
Tetapi taukeh dan kawan2 dia disitu berbahasa cina.
Mula2 dia bersabar.
Kemudian kerana terasa terlalu sangat diperlekehkan dan rasa dibuli.
Kemarahan pak PUR meletus juga.
Ditengking dan dimarahi kesemua orang2 cina disitu.
Dan yg paling dia jengkel bila ada orang pribumi disitu juga ngomong chinese.
Padahal rakyat indonesia bukankah sudah diasimilasi berbahasa Indonesia?
Kalau di Malaysia itu normal.

Ooh.
Esok pak GAS akan pulang dan terbang ke Jakarta.
Dia berpengalaman pernah tidak dibenarkan naik ke pesawat.
Walaupun ketika itu dia sudah pun beratur panjang.
Pelik juga kann.

Malam tadi wak pesan piza sahaja guna Grabfood.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...