Nov 20, 2022

WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY2 PART 1

Mount Bromo Sunrise @2022

 Ahad, 20 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Pukul 3.15am, wak bangun dan bersiap untuk ikut mas Imam naik motor ke Seruni Point. Keadaan pagi yg masih gelap guliter. Langit memang cerah dan tidak mendung. Bintang2 berkerlipan dan bulan sabit terang diatas langit. Maka pengembaraan mengejar Bromo sunrise pun bermula.

3.30am sudah naik motor scrambler dan gerak. Ada beberapa pasangan bule (mat salleh) berjalan kaki.

Mula2 dia nak bawa ke Penjanakan 1 yg jauh tapi lagi tinggi dan lebih panorama dengan upahnya lagi mahal - 150rb. Mas Imam mati2 tidak mahu kesana disebabkan kemacetan, ramainya orangramai dan jarak agak jauh.

Yg ini (Seruni Point aka Penanjakan 2) agak dekat dan upah 100rb. Mahal juga tu tapi demi sunriseku.

Tiba dikaki bukit dimana sudah banyak jeep2 bersusun parkir. Dan ramai orang sudah berkumpul masing2 untuk bergerak.  

Olehkerana itu, wak ikut sahaja kumpulan tersebut menaiki jalan tar yg agak curam. Dan tuan2 punya kuda juga rancak mencari mangsa. Kalau dari sini naik kuda ialah 150rb.

4.10am Maka tibalah kami ke bawah anak tangga untuk mendaki ke puncak Penjanakan 2 aka Seruni Point. Wak guna toilet dulu - 5rb.

4.22am Tidak sampai 10menit pun daki anak tangga. Tidak lah jauh mana, tapi agak memenatkan. Orang pun sudah mulai ramai. 

Maka lepak lah wak diatas pelantar tinjau itu menanti munculnya matahari diufuk timur pada jam 4.54am.

Alhamdulillah. Memang bernasib baik pagi ini tidak hujan seperti semalam pagi. Semalam memang tidak kelihatan langsung sebab hujan lebat turun dari jam 3.00am. Maka terima lah gambar sunrise pagi tadi dengan keinsafan. Kesimpulannya - memang wak berpuashatilah dapat menyaksikan sinaran matahari terbit (sunrise) dari ufuk timur. Walaupun Gunung Semeru yg paling tinggi di belakang nun disana tidak kelihatan dek terlindung oleh awan tebal.

5.15am wak pun turun ke bawah. 

5.22am wak ambil gambar salah seorang bapak pemunya kuda itu. Kemudian rakan2 beliau bercanda mahu minta uang. Wak gelakkan sahaja. Tapi kemudian wak patah balik dan berikan 10rb. Mula2 dia menolak kemudian wak bilang untuk beli rokok pak. 

5.38am tiba di tempat bapak ini menjual baju2 t-shirt. Bila wak tgk ada chop tulisan bromo dan dia kata 5 lai 100rb. Wak pun berminat dan mula memilih. Tapi bila mahu membayar dia minta 200rb pula. Ada salah faham disitu.

"Yang lima seratus itu jenis murahan wak."
Terus tak jadi wak membeli dan dia kata, "tak jadi beli ya gapapa." 

5.43am tiba di parkir yg ada menara peninjau. Tempat mas Imam menunggu dari pagi tadi. Tapi wak cakap nak panjat menara dulu. Turun dari menara wak nak makan indomie basah dan gorengan. Air teh tawar wak pesan tak sampai2 jadi wak kensel dan bayar. Sibuk juga mbak itu didapur membuat banyaknya indomie goreng dan air teh untuk para wisatawan.

6.02am naik motor scrambler mas Imam turun ke guesthousenya. Singgah di Cemara Indah hotel untuk kali terakhir. 

6.21am tiba di guesthouse. 

Dalam toilet tadi, terdengar mas Imam ketuk2 pintu. Kemudian wak call dia. Dia datang kemudian dan bagitau pasal ada rakan beliau yg mahu ke Probolinggo jam 10am. Wak iyakan sahajalah. 

Masa mahu mandi tadi, water heater shower pula bermasalah. Air panas ga konsisten. Sekejap hidup dengan air panas ya dan tiba2 mati pula. Wak panggil mas Imam lagi dan dia datang tengok. Dia kata ok dan dia blah keluar. Bila wak cuba semula pun masalah berlaku lagi. Bayangkan tengah mandi bugil dan bersabun tiba2 air panas tidak keluar? Ditambah dengan bilik yg sejuk sedingin es mencungkam. Aduhai. Bersabar sahajalah. Nanti lah wak beri ulasan  buruk tentang guesthouse ini. 

Bersambung... 


Blog bukanlah hakmilik kekal. 


>

16 comments:

  1. Gigihnya Wak bangun pukul 3pagi nak ke Seruni Point tu.

    ReplyDelete
  2. Ya ampuuuun Wak ini bikin envy laaah 😄. Dah sampai pula ke Bromo. Saya je sampai saat ini ga jadi2 kesana 🤣🤣🤣. Dulu sempat mau, tapi karena sebelumnya kami baru dari Dieng dan naik sikunir, jadinya pas besok hari ke Bromo, tak bangun lah Wak. Terlalu capek 🤣🤣

    Tau payah kalo beli souvenir Kat Bromo, Krn pasti harganya di Mark up sama mereka Trutama utk turis asing. Ada yg bilang mending belinya di tempat lain, jgn terlalu Deket dengan bromonya.

    ReplyDelete
  3. Indah sangat foto fotonya wak...Mbul juga suka indomie basah...kalau kata kami disebutnya nyemek..kalau di tempat wisata suka gitu dilema pas beli cendera mata ya wak tawar menawar harga heehhe...kaos juga pengen yang bahannya bagus biar ga cepat sobek..kalau air shower ga panas sih mbul agak problem..tapi tak apa lah sekali kali mandi di air dingin biar kata bromo suasananya pasti dingin sangat ya wak

    ReplyDelete
  4. Rejeki Wak dapat tengok that beautiful sunrise.
    Indomie goreng tu nampak nyaman ya Wak.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, cantiknya pemandangan tu wak. Nasibla kaki wak udah sihat ye

    ReplyDelete
  6. Cantik betul pemandangan mata terbit di Seruni Point.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya view.. gambar pun cantik..

    ReplyDelete
  8. Cantik gambar2 yang wak ambik, view nya stunning!

    ReplyDelete
  9. view mmg 👍👍👍👍👍 terasa berbaloi2 dpt daki dan nikmati keindahan alam

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tercapai misi Wak. Memang cantik, berbaloi keluar pukul 3 pagi.

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah indahnya pemandangan sunrise puncak Bromo.

    ReplyDelete
  12. wah...menarik sungguh tempat ini wak....bahasa yang wak guna pun semakin seperti seberang dah hehehe

    ReplyDelete
  13. Dari gelap menunggu matahari terbit memang memori terindah. Melihat keindahan ciptaan Tuhan. Memang indah bila sikit demi sikit suasana berubah. SuhanaAllah indahnya

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

CUTI UMUM SEMPENA HARI NUZUL QURAN 2024

  Surah al-Alaq @2024 Khamis malam Jumaat, 28 Mac 2024. Hari cuti umum sempena Nuzul Quran untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.