Nov 20, 2022

WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY 1 PART 3

Penari Jaipongan dengan Tari Remo at Cemorolawang @2022


 Sabtu, 19 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Ehh. Dah jadi part 3 pula. Layannns... 

Tari Jaipong atau Jaipongan. Gerakan2 adalah gabungan dari beberapa kesenian tradisional, seperti Wayang Golek, Pencak Silat dan Ketuk Tilu. Karakteristik tarian ini sangat enerjik dan unik. Dalam setiap pementasannya akan diiring oleh musik tradisional bernama degung. Selain enerjik, tarian ini juga dilakukan dalam suasana ceria dan humoris sehingga sangat menghibur penonton. Bahkan tidak jarang para penikmat jaipongan akan tertawa karena terbawa suasana. Tari unik dari Jawa Barat ini hingga kini masih tetap lestari dan dipelajari.

Jam 1.00pm pun berangkat naik motor scrambler. Mas Imam terangkan dia akan hantar sampai ke kaki gunung Bromo dgn harga yg kami setujui. Kalau wak nak naik kuda ada dua gerbang. Gerbang pertama had jeep naik kuda 150rb PP. Tadi bapak naik kuda yg kejar wak masa naik jeep mula2 sampai ada mintak 150rb. Gerbang kedua selepas candi pura itu naik kuda hingga kekaki tangga bayarannya 100rb sahaja.

Iklan sabun lalat. Semasa perjalanan ke kaki bukit Bromo tadi. Wak ternampak penari2 Jaipongan ini di tepi pagar. Wak pun suruh mas Imam puter balik (u-turn) sebab nak bergambar. Dan semasa sessi pergambaran itu bila diapit dengan cewek2 yg muda dan montok sebegitu. Tiba2 siku wak secara tak sengaja terkena pula renjatan elektrik yg padu. Kiri dan kanan siku dan lengan. Sakitnya tuh disini. Bergetar rasa nak copot jantung wak. Korang yg tahu tu - faham2 jelah. Kasihan kan wak eh sekian.

Mas Imam hantar wak dgn motor scramblernya sehingga melepasi candi pura. Wak pun jalan kaki perlahan2 keatas. Cuaca pun terang tiada mendung sangat. Cahaya matahari pun memancar dgn cerianya juga. Suhu agak sejuk tapi wak sudah berjaket kan. Bila wak turun je nanti wak tanggalkan jaket sebab agak hangat didalam ditambah dengan kefenattan.

Wak berjalan kaki ditempat laluan kuda (tengah). Untuk mengelak bau najis kuda yg segar dan bersepah2 boleh sahaja berjalan diatas batas satu lagi. Wak tiba di penghujung batas kuda. Diatas sikit wak lepak sekejap dan pesan indomie goreng. Boleh bapak itu dibaginya indomie celup. Dahlah tak panas langsung. Olehkerana agak lapar wak pun bedal sahaja. Wak cari air aqua tapi sudah kosong (kehabisan). Tapi bapak itu berjalan ke penjual di lantai atasnya sedikit untuk mendapatkan air mineral. Rupanya diatas ada ramai lagi penjual seperti itu.

THERE ARE 242 STEPS, BATU CAVES GOT 272 STEPS

Mendaki anak tangga yg mencanak 60 darjah tidaklah mencabar seperti yg wak sangkakan. Perlahan2 sahaja memanjat.

13 menit sahaja sudah sampai ke puncak. Tidak seperti di puncak gunung Kinabalu. Di puncak gunung berapi Bromo ini rasa biasa sahaja. Kecuali ada perasaan takut kalau tiba2 tercemplung kedalam kawah gunung berapi yg mendidih dan berasap2 itu. Huhu.

Kamus lalat. Tercemplung tidak sengaja masuk (jatuh) ke dalam air (sumur dsb): contoh ayat - telefon bimbit Rosmah itu tercemplung ke dalam kawah gunung berapi.

Lebihkurang setengah jam wak di puncak. Orangramai pun tidak ramai mana. Matsalleh adalah dua orang. Pelik mereka tidaklah suka mengambil gambar. Mereka lebih suka menjiwai dengan memerhati alam semulajadi. 

Sempatlah bertafakur sebentar memohon hajat yg murni2 sahaja. Aminn.

Wak pun turun dengan perlahan2 juga. Manalah tahu takut tercedera lagi buku laliku. Alhamdulillah selamat tiba dibawah dimana mas Imam menunggu dgn motor scramblernya.

Mula2 wak teruja mahu naik kuda sekadar untuk bergambar sahaja. Tetapi tiada kuda yg tersedia disitu. Banyak kuda yg sudah ada penunggang pelancongnya. Tapi wak tiba2 mahu tunggang kuda besi pula, yakni motor scrambler Imam itu. Dia pun layan ambil gambiran wak sahaja. Bayar sudah mahal kann.

Dan kami pun pulang ke Cemorolawang diatas bukit itu. Tapi adalah dua tiga tempat yg wak suruh Imam berhenti dan ambil gambiran wak lagi dan lagi. Dia pun layan sahaja.

Sebelum tiba di guesthouse wak minta Imam berhenti di hotel Cemara Indah. Dulu 2013 ada rakan blogger menginap disini dgn harga 250rb. Tapi sekarang (2022) bilik paling murah pun sudah dua kali lipat - 415rb. Dan rakan itu cerita gambar gunung Bromo disitu ohsem.

Memang betullah bagai diceritakan. Memang memukau pandangan. Wak lepak2 situ beberapa menit. Mas Imam pun nampak tak mendesak pulang.

Masih tidak puas disitu, wak pun ingat mahu datang lagi bila senja nanti. Harap2 tidak hujan. Wak pun ajak mas Imam pulang.

Di kamar guesthouse 4.12pm, wak cuba kemaskini blog ini. Hanya dapat beberapa perenggan. Kepala pun sudah mengantuk ya amat. Set kunci jam 5.15pm.

Tiba2 sedang terlelap tidak sampai 13 menit. Mas Imam ketuk2 pintu pula. Demm kurang asam urat betuĺ lah. Dia mahu tahu samada wak mahu dia hantar ke Seruni Point untuk sunrise. Dia suruh bersiap jam 2.30am - 150rb. Wak iyakan sahaja walaupun tahu jam 2.30pagi itu terlalu awal.

Wak tak sambung tidur. Layan tiktok dan fesbuk sekejap. Tengok jam sudah pukul 4.45pm. Harus bersiap berjalan kaki ke hotel Cemara Indah yg tadi itu. Tidak jauh mana pun.

Bila wak sampai, adalah satu keluarga orang kampung sudah ada disitu untuk ambil gambar pemandangan juga.

Wak layan sahaja sehingga matahari betul2 tenggelam.

Hari sudah gelap dan wak pulang kaki menghala ke guesthouse. Singgah dikedai cenderamata. Wak beli baju tshirt saiz XL - 4 helai 100rb. Dan beli penutup kepala ada tulisan Ijen - 20rb. Boleh tuankedai itu tegur.

"Wak ni dari Malaysia ya?"
"Macamana bapak tahu?"
"Orang2 dari Malaysia aja yg sukak fridge magnet, keychain bagai.."
"Orang2 Indon mana suka benda2 pelik seperti ini.." - ehh yg ni wak tambah ;)

Nota lalat. Sebenarnya tidak perlu pun beli sarung penutup kepala disitu sebab kalau beli di bukit Seruni ada yg tertulis Bromo! Harga pun kurang lebih sama.

Tapi tak beli pun poskad dan fridge magnet disitu.

Wak keluar dan singgah di warteg. Penjualnya seorang nenek tua. Wak pesan nasi goreng jawa telur dadar dan teh tawar. Total 17rb. Wak bagi 18rb keep the change. Tapi dia salah dengar ke apa. Dipulangnya duit 2rb sebab tiada uang recehan. 

"Ehh ibu simpan aja."
"Terimakasih ya wak."

Usai makan nasi goreng, wak kembali ke kedai cenderamata semula. Tanya pasal ojek untuk wak balik ke Malang. Dia pun tak pasti.

Dalam perjalanan ulang alik antara warung makan mbah tadi dan kedai cenderamata tadi. Wak ternampak cewek ada jual jagung bakar. Macam teringin nak usha cewek eh makan. Wak pun terus pesan dan tunggu sebentar disitu. 10rb.

"Bayarnya dikasir ya wak."

Wak pun langsung pulang ke guesthouse. Tapi sempat singgah di rumah utama guesthouse jumpa mas Imam berbincang pasal penghantaran wak ke bukit Seruni (Penanjakan 2) esok dinihari. Mas Imam memang mula2 suruh wak bersiap jam setengah tiga (jam 2.30am). Tapi wak bilang tidak mahu lama2 kedinginan diatas - 2jam lebih. Kemudian dia cakap jam 3am. Akhirnya setuju dia akan hantar jam 3.30am.

7.13pm Sedang update blog merapu wak ni tiba2 blackout pula. Wak keluar kamar dan lihat satu pekan Cemorolawang gelap guliter. Ada beberapa rumah yg start generator masing2. Tapi nasib baik jugalah blackout tidak lama. 

Nota lalat. Wak memang suka update blog guna henfon cap aiyam wak ini bila2 masa ada peluang walaupun sedang dalam perjalanan bercuti seperti ini. Tulis yg penting2 sahaja dahulu, nanti boleh update lagi dan lagi. Tidak perlu tunggu berbulan2 baru nak update. Agar aku tidak lupa. ;p
Ooh. Ini entri sengaja tertunggak 10 hari yg lepas ya kawan2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The soft touch of Penari2 Jaipongan at Cemorolawang @2022


KKN di Desa Penari2 Jaipongan at Cemorolawang @2022
My Top Commentators at Gunung Batok & Bromo @2022

Kawah Gunung Bromo @2022
Apakah ini? @2022
Kawah Gunung Bromo @2022

Kawah Gunung Bromo @2022
Kawah Gunung Bromo @2022
Kawah Gunung Bromo @2022
Kawah Gunung Bromo @2022
Gunung Batok @2022
Gunung Batok @2022
Me at Gunung Batok @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
A view from Cemara Indah Hotel Cemorolawang @2022
Sunset view of Gunung Batok & Bromo @2022
Sunset view of Gunung Batok & Bromo @2022

Chilly night at Cemorolawang @2022

13 comments:

  1. Subhanallah gambiran semua cantik-cantik. Seronok baca kisah Wak. Gigih menulis sambil bercuti,kalau saya tunggu balik baru update

    ReplyDelete
  2. cantikkkkknyaaaaaa kawasan niiiii patutlah ramai dtg ke sini...kawah pun tak nmpk mcm kawah. lbh kpd tasik je...

    ReplyDelete
  3. Terperinci cerita. Kuat stamina Wak naik gunung, tengok matahari terbit.

    ReplyDelete
  4. bergambar dengan penari terus hilang jambang!

    ReplyDelete
  5. Bestnya Wak bawa ibu Aqil jalan2 kesana dengan entry ni.. Salam kenal wak terima kasih sudi singgah ke blog ibu Aqil.. ;) Ibu follow blog wak ya..

    ReplyDelete
  6. Saluuut lah Ama Wak, langsung update ditulis 😄. Saya biasanya tunggu balik liburan 😂.

    Kawah Bromo dah datang, berarti nanti harus ke kawah Ijen di Banyuwangi ya Wak 😁. Atau jangan2 dah pernah pula 😁?

    ReplyDelete
  7. Macam biasa, cantik betul gambar-gambar Wak. Pastu bila tengok gambar penari tu terus teringat cerita seram dari Indonesia yang viral baru-baru nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. waduh wak penari jaipongnya cantik banget patutle kena kejutan letrik

    ReplyDelete
  9. Lama tak dengar ayat tercemplung....sesekali kuar ayat german perghhh

    ReplyDelete
  10. Modelnya udah gaya cowok indon je buat sinetron Indon Kena viral kat jakarta ni biar femes

    ReplyDelete
  11. Cantiknya sunrise kat Bromo....rindunya nak pergi lagi.

    ReplyDelete
  12. Model scrambler tu kalah baim wong wak... hehehe

    ReplyDelete
  13. Tenguk kawah bromo tu aduhaiiiii fikir yang bukan-bukan je. kalau terjatuh abis le

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SILA PATUHI HAD LAJU YANG DITETAPKAN

  Near Ampang Point @2024 Rabu, 27 Mac 2024. Petang tadi singgah di pasaraya Lotus's Ampang . Berbuka puasa di restoran Kluang Station ....