Nov 27, 2022

MUSEUM MACAN TAPI NGGAK ADA MACANNYA 2022

Sabtu, 26 November 2022.

Amaran lalat.
Entri ini mengandungi grafik yg agak meresahkan.
Kali ini wak malas nak tapis ya. Huhu.

Kamus lalat.
Macan = harimau bintang (bukan harimau belang yg biasa)
Museum MACAN = Modern Art and Contemporary in Nusantara.

Sebenarnya wak sudah pesan tiket masuk ke museum MACAN ini atas talian Traveloka agak lama. Dari mana wak dapat informasi? Mulanya wak ketemu seni kereta bulat (Beetle Sphere) VW di gedung Gandaria mall. Gedung mall yg ada patung perempuan terkangkang dan kue pukis. Tertarik dengan seni kereta bulat ini, wak terus mahu ke sini. Link

Pagi tadi wak sudah pesan burger mcd sahaja. Makan burger muffin with eggs diluar kost dengan bro NAZiri yg baru lepas berjogging.

Lepas itu berjalan kaki ke terminal bis Blok M Square. Naik bis nomor 1 ke Bundaran Senayan. 3,5rb sahaja. Keluar dari halte terus pesan Grabbike ke Museum Macan. 27rb.

9.50am tiba di bangunan AKR yg ada museum Macan. Atas arahan pakguard terus naik lantai M.

Berantri (beratur) untuk masuk galeri.


Tengok pameran peribadi mbak Chiharu Shiota dari Jepang yg kini menetap di Jerman.

Link: Tied with Threads Chiharu Shiota

Walaupun sudah bayar tiket masuk selama 2 jam yakni dari jam 10 hingga 12. Tapi galeri pameran yg kecil sahaja tidak sampai 30menit sudah habis dilayan. Tiada galeri umum yg lain. Jadi wak keluar sahajalah pulang ke Blok M.

10.44am maka wak pun berjalan dari museum macan menyusuri jalanraya yg agak sibuk ke halte bis Kebon Jeruk sejauh 7 menit.

Naik bis nomor 8 turun di halte Permata Hijau RS Medika.

11.24am naik bis 8D ke Blok M (dari Joglo). Tidaklah lama sangat.

Tiba di Blok M, rakan2 yg mahu merayakan pemergian budak kantor sudah berada di Blok M Plaza mall. Wak pun sempat join sekaki sebelum bro asyRUL membuat pembayaran di kasir.

Wak pesan seperti rakan2 yg lain - special beef rice yg tak sedap. Makan pun tidak habis. Nasib baik mgr EIN belanja dan claim pada syarikat.

Selepas itu wak kena masuk kantor untuk menenami mgr EIN. Tapi wak kena balik dahulu untuk ambil laptop dalam kost.

Cerita lain. Sore tadi laundry wak yg dihantar di toko dobi luar 3 hari lepas sudah sampai. Gratis delivery gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



6 comments:

  1. Waduh art berat ni. Tak mampu nak ditafsirkan

    ReplyDelete
  2. waduh wak sangat 18sx artnya, ku cari-cari di mana macannya wak hhehhehe. Payah ye wak nk jumpa menu yang sedap, sebab wak selalu dapat makan yang kureng sedap walau di kedai makan yang mahal

    ReplyDelete
  3. Berselirat kepala otak tenguk nya wak.

    ReplyDelete
  4. susah nak faham mesej tersirat di sebalik setiap karya seni tu hehe.

    ReplyDelete
  5. Wow.. Lain macam art dia.. Nampak sangat wow even dalam gambar.. Kalau tengok berdepan ini mesti lain feelnya.. hurm..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2024

  Masjid Jamek Bandar Seri Alam @2024 Rabu, 10 April 2024. Selamat hariraya aidilfitri 2024. Maaf lahir batin dari wak yg jauh dimata. Pagi2...