Nov 2, 2022

MAYBANK ATM MACHINE

 Selasa, 1 November 2022.

Pagi2 tadi dari kost wak jalan kaki ke Maybank berdekatan.
Sejauh 1.2km.
Arah bertentangan ke kantor.

Wak pilih mesin ATM Maybank sebab wak perasan tidak dikenakan caj rm12 disetiap pengeluaran uang tunai.

Tapi bila wak periksa untuk pengeluaran 3juta tadi.
Pertukaran uang ringgit ialah RM957.
Tiada surcaj RM12 seperti pengeluaran mesin ATM lain.
Tapi kalau periksa ikut apps, kadar semasa ialah RM905.
Ada perbedaan ketara sebanyak RM52.
Sekadar nota disini.

Dan dari Maybank tadi wak terus berjalan kaki ke kantor.
Sejauh 1.9km.
Habis berpeluh atas dan bawah.

Malam balik dari kantor. Wak pesan teksi Bluebird guna apps. Teksi berada tidak jauh dari lobi kantor. Tapi mula2 wak ragu2 sebab nombor yg beda dari apps. Rupanya nombor kode teksi itu lain dan ada tertampal di dinding tingkap dashboard. Yg penting teksi pakai meter, dan tidak perlu bergaduh bergolok tawar menawan pasal harga tambang. Dan bila sampai di kost, meter tunjuk harga 17rb. Sebagai pengguna prihatin wak bayar lah dgn uang secukupnya. Tapi boleh pak supir teksi itu komplen kata minima tambang harus 20rb pak. Manala wak tahu kann. Sepatutnya dalam apps Bluebird itu sendiri harus dinyatakan had minima tambang seperti dalam apps Grab kan senang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



8 comments:

  1. Macam lagi banyak kena charge je tu wak. Nak elakkan dari charge Rm12 jadi Rm52. Banyak tu beza

    ReplyDelete
  2. Kira berbaloi jugalah Wak jalan hampir 2km tu ya...
    Dah bayar dengan uang secukupnya pun kena jugak ya Wak hurmmm nak marah tapi kena sabar

    ReplyDelete
  3. ada pula min charge ye.. apps dia tak user firndly tu

    ReplyDelete
  4. Mahal juga tu chargenya. Kita kat Malaysia ni charge RM1 pun ramai bising. huhu...banyak pengeluaran tu wak.

    ReplyDelete
  5. wahhhhh juta-juta level juragan kan Wak? hehehe

    ReplyDelete
  6. Kalau di Malaysia cuma RM1 tetapi di sana agak tinggi juga ya sobat hehehe

    ReplyDelete
  7. Hati-hati Wak jalan jauh-jauh bawak wang banyak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2024

  Masjid Jamek Bandar Seri Alam @2024 Rabu, 10 April 2024. Selamat hariraya aidilfitri 2024. Maaf lahir batin dari wak yg jauh dimata. Pagi2...