Nov 17, 2022

APAKAH NASIB DIRIKU YG MALANG MAHU PERGI KE MALANG

Lontong sayuran @2022

Khamis, 17 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Hari ini wak masih cuti sakit.
Tapi mgr EIN suruh WFH.

Tetapi ada banyak urusan kantor potong rumput harus disiapkan.

Sambil itu wak selidik juga itinerari ke Gunung Bromo esok (Jumaat). Semagat sehh.
Tambang pepe (PP, pulang pergi) dari Jakarta ke Malang - sudah (Traveloka).
Guesthouse di Cemoro Lawang - sudah (Booking).
Cuma cara pengangkutan umum (awam) dari Malang ke Cemoro Lawang masih belum jelas. Ada bas Damri dari Malang ke Wonokitri via Tosari. Tapi mati di Wonokitri yg tidak berapa jauh dari Cemoro Lawang. Selepas itu mahu naik apa? Biasa orang akan ke kota Probolinggo dan ada angkotan terus ke Cemoro Lawang. Ada juga rakan blogger yg naik ojek motor dari Pasar Tumpang terus ke Cemoro Lawang lewat Coban Pelangi (air terjun). Tapi pengalaman wak naik motor dari kota Solo ke Candi Sukuh (Gunung Lawu) selama 2 jam (PP) membuatkan wak berfikir dua kali.

Prelude ke Gunung Bromo.
Sebenarnya gunung Bromo tiada dalam kamus pengembaraan sangat wak. Walaupun sudah ramai rakan2 blogger tiba disana dengan jaya. Tapi bila berada di pulau Jawa ini, wak terfikir juga tempat2 utama pelancong datang dan ziarah. Rupa2nya gunung Bromo ini adalah salah satu destinasi yg popular didunia. Melihat dari gambar2 juga membuat wak teruja. Cuma jarak yg jauh dari Jakarta. Ehh, Ponorogo yg kelmarin wak bepergian juga agak jauh juga. Dengan keadaan kaki yg tercedera dan terhencot2 begini, dapatkah wak mendaki gunung Bromo hingga ke puncaknya. Kita tunggu. Aminn ya robbal alamein.

Kamus lalat.
Mending - lebih baik; contoh ayat - kaki wak yg sakit udah mending kan?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 16, 2022

KECUNDANG JUGA AKHIRNYA

Hospital RSPP after the x-ray @2022

Rabu, 16 November 2022.

Sepatutnya ada mesyuarat jam 9am. Tapi kesakitan buku lali makin menjadi2. Buku lali pun semakin membesar bengkaknya. Rakan2 sekantor pun ramai yg datang ziarah di lantai 5.

Wak dihantar ke rumah sakit (hospital) bersebelahan. Ada driver hospital datang dan bro NIZam temankan wak dengan bawa uang juta2. Petty cash atau kas kecil adalah dana khusus yang dicadangkan perusahaan untuk pembayaran pengeluaran rutin dan jumlahnya relatif kecil. Mana tahu kena masuk wad.

Tiba di lobi kecemasan, daftar dan periksa covid yg negatif. Tunggu untuk di xray. 

Keputusan xray tiada keretakan tulang. Tapi ada sedikit asam urat aka gout. Huhuhu. 

Selepas mendapatkan surat MC untuk 3 hari. Wak mengesot2 diri ke kaunter pembayaran - 1,2juta. Kalau di hospital Ampang bil baru seringgit kakros yg bayar. Huhuhu. Usai urusan pembayaran bil sakit. Wak pesan Grabcar untuk terus pulang ke kost. Singgah di kantor bersebelahan untuk ambil kunci kamar kost dari bro razMAN dan ambil duit petty cash dari bro NIZam.

Petang tadi wak bayar laundry tambahan untuk 9 helai pakaian - 77rb. Sebab harga mengikut barang, bukan mengikut kiraan timbang per kilogram. Tapi sekarang ini wak sudah tahu cara memanipulasi laundry gratis itu. Sekurang2nya dapat meminimize (mengurangkan) harga laundry.

Nota ubat lalat.
Kaku otot - Myonal 50 mg tablet
Nyeri - Meloxicam 7,5mg tablet

Nota Bromo lalat.
Baru tadi wak cuba pesan kamar di Good Karma Guesthouse - 214rb.
Peliknya homestay itu tiada dalam Traveloka.com.
Tapi ada di Booking.com.
Tambang keretapi yg sudah dibayar dari Jakarta ke Malang - 1,366juta.
Bromo, wak will walk there. Aminn.
*Lupa pasal kaki tercedera pula. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 


KAKI ZEN REFLEXOLOGY

Kaki Zen Reflexology @2022

Selasa, 15 November 2022.

Olehkerana buku lali wak kesakitan pagi tadi. Wak pesan Grabbike dari kost - 11,5rb.

Petang wak sudah berlarian ke kedai urut kaki refleksologi - Kaki Zen. Disyorkan rakan2 yg pernah dtg kemari. Tapi masa kami datang tadi, hanya ada 1 slot sahaja yg boleh dipijat. Dan pijatan bermula jam 8pm. Wak balik dulu ke kost. Mandi dan solat.

Jam 7.48pm sudah tiba di kedai pijat itu. Cewek kaunter terus bawa wak ke bilik pijatan. 10 minit kemudian datang tukang urut profesional. Mamat pijat badan kecil sahaja. Pijatan selama 60 minit - 120rb. Ada mamat dok selang satu kerusi yg dipijat oleh kakak cewek.

Komen wak. Pijatan yg biasa2 sahaja. Tidaklah sehebat dan sesakit tukang2 urut di Malaysia. Wak kasi 4/10 bintang sahaja. Sakit buku lali wak masih terasa lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 14, 2022

TIBA-TIBA BUKU LALIKU SAKIT

KFC Chicken Combo 47rb (RM15) Blok M Square @2022

 Senin, 14 November 2022.

Hari ini tertinggal uang dalam seluar jeans di kost. Wak pergi Plaza Blok M dan naik lantai 3 sebab mall masih tutup. Cuba keluarkan uang di mesin ATM CIMB. Tapi cuma had limit 1,5juta dan akan dikenakan caj rm12 per transaksi. 

Catatan. Hutang nasi uduk dgn bro asyRUL. 44rb. 

Petang dari kantor. Wak pesan Grab bike ke MAYBANK. Tapi titik GPS MAYBANK tidak ketemu dalam apps Grab. Wak pilih bank BNI Santa. 11,5rb. Oleh kerana ada jalan sehala dihadapan terpaksa mamat supir ikut jalan tikus.

Nota lalat.
Pertukaran uang. 3juta rupiah = rm933. Yakni, 1juta rupiah = rm311.

Usai keluar kan uang. Wak tengok mamat supir masih dalam talian dan dia masih parkir disitu. Wak tak boleh pesan Grabbike baharu untuk pulang ke kost. Dia masih disitu. Wak tanya, dia kata baru tukar hape. Tapi dia kata boleh hantar wak - 12rb offline. Tengah Jalan wak mahu dia hantar ke KFC pula.

Cerita lain lalat.
Punca sakit sendi buku lali paling sering terjadi adalah kecederaan, penuaan sendi atau arthiritis. Dalam bahasa Melayu, ada macam-macam istilah yang digunapakai antaranya terseliuh, salah urat, tergeliat, terpelecok, keseleo. Buku lali terseliuh adalah sebab paling sering keluhan orang datang ke klinik dengan sakit buku lali.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Nov 13, 2022

HAUSE ROOFTOP JAKARTA SUNSET

Jakarta city during blue hour @2022

 Ahad, 13 November 2022.

Ini adalah entri kedua untuk hari ini.
Sebab pagi tadi wak sudah berlarian ke Tanah Abang.
Link: Nasi Lemak Malaysia dan Tanah Abang.

Minggu lepas kan wak sudah berlarian ke Peron Skycafe.
Untuk tangkap gambiran senja juga.

Petang tadi, dalam jam 4.40pm.
Wak pun berlarian ke Blok M Square terminal.
Mahu naik bis nomor 1 ke pusat bandaraya.

Boleh pula ternaik platform yg untuk penumpang turun.
Sudah rugi 3,5rb (RM1) walaupun mamat penjaga antri cuba menahan tadi.

Dari Blok M wak turun di halte Tosari 2.
Sepatutnya wak turun di Dukuh Atas 2.
Tapi halte Dukuh Atas 2 sedang di renovasi.

Dari Tosari, wak terpaksa pesan Grabbike ke Hause Rooftop - 11,5rb.

Bar rooftop itu berada di lantai 6.
Tapi bila sampai diatas, tiada lagi tempat duduk di luar restoran.
Terpaksa lepak sorang2 di dalam bar.

Wak pesan air buah naga merah - 77,5rb.
Aduhai. Tapi tiba2 hujan gerimis pun turun.
Ramai yg diluar (tanpa bumbung) pun masuk ke dalam. 😅 😅 

Tidak lama diatas rooftop.
7.30pm wak pun turun ke bawah.
Mencari musholla di basement untuk solat maghrib.

Kemudian berjalan kaki ke luar ke halte Bumiputera.
Tidaklah jauh mana.

Dari halte Bumiputera naik bis nomor 1N pula.
Turun di terminal Blok M kembali.

PERBEDAAN ANTARA PERON SKYCAFE DAN HAUSE ROOFTOP

  • Peron lebih murah harga BnF
  • Free seating dan pemandangan ke luar tidak terhalang di Peron
  • Peron lebih terbuka
  • Hause lebih dekat dgn jalan utama

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jakarta city during blue hour @2022
Hause Rooftop in Jakarta @2022
Jakarta city during blue hour @2022
Blok M Bus Terminal @2022

NASI LEMAK MALAYSIA DAN TANAH ABANG KALI KE EMPAT

Nota larangan di kost Jalan Panglima Polim @2022

 Ahad, 13 November 2022.

Pagi sudah berlarian ke Tanah Abang mall.
Terpaksa berlarian naik bis alone matcham biasa.
Kerana teman2 semua masih belum bangun lagi.

Dari kost baharu ini, wak jalan kaki ke stasiun MRT Blok M.
Naik MRT dan turun di stasiun Setiabudi.

Singgah di gerai nasi lemak Malaysia hari minggu sahaja.
Wak pesan nasi lemak telur.
Dan roti canai bawang.
Teh tarik potong kaki juga.

Kemudian bro farHAN tiba dengan berpeluhnya.
Dia jogging dari kost lama.

Kemudian rakan2 berjogging yg lain pun tiba.

Usai makan wak pun beredar.
Mula2 wak ingat gedung Tanah Abang itu dekat sahaja.
Tapi rupanya ditipu juga dengan gps.

Terpaksa wak pesan Grabbike - 13,5rb.

Tiba di gedung Tanah Abang jam 8.19am.
Wak beli 3 baju putih lengan pendek - 50rb sehelai.
Kemudian di gerai lain wak beli kopiah - 25rb untuk 2 lai.
Itu sahajalah.

Dan kemudian wak cuba naik bis ke Monas.
Sebab di Monas ada baju t-shirt dengan perkataan Jakarta.

Dari Tanah Abang, wak naik bis nomor 1H.
Turun di stasiun Tanah Abang.
Ada kekeliruan disini.
Cewek indon (co-pilot) itu pun tak pasti mahu turun dimana.
Sehingga bapak supir bis kata wak boleh turun di halte perpustakaan.

Sebenarnya halte perpustakaan ini terletak didepan sahaja dari Monas.

Di gerai yg panas berdeting itu wak pesan air kelapa sebiji - 20rb.
Teringat wak masa beli air kelapa muda di pulau Batam.
Siap kopek masuk plastik ikat tepi baru 13rb.
Link: Batam Day 2 (Julai 2022)

Kemudian barulah wak pusing keliling gerai2 yg jualan cenderamata.
Wak beli baju T-shirt Jakarta - 6 keping 100rb.
Dan baju yg berkualiti sedikit - 40rb selai.

Dan wak pun pulang ke kost.
Mula2 naik ke halte mahu ke stasiun Monas depan Museum Nasional.
Tapi tiba2 wak ternampak ada bis nomor 1P yg selalu wak naik untuk ke Blok M.
Wak pun keluar ke halte tepi longkang diluar.

Tiba di terminal Blok M sudah jam 10.40am.
Berjalan kaki sahaja wak pulang ke kost dengan selamat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


From mrt Blok M to Setiabudi and having nasi lemak Malaysia @2022
Shirts I bought at Tanah Abang @2022
From Tanah Abang to Blik M bus terminal @2022
Kopitiam with chinese building @2022
Random images this morning @2022
Older me and farHan @2022
Quiet shophouses at Blok M Square terminal @2022

Nov 12, 2022

KENAPA NGGAK PAKAI TAS YG RAMAH LINGKUNGAN AJA SIIIH?!

Indomaret on Jalan Panglima Polim @2022

 Sabtu, 12 November 2022.

Pagi tadi rakan2 sekantor yg tinggal satu kost sudah berlarian ke Tanah Abang mall.
Mereka ajak tapi wak baru bangun tidur.

Tengahari wak pun berjalan kaki ke Blok M.
Mula2 ke Plaza Blok M.
Makan nasi jepun, yakni Bento Beef Original - 50rb.

Usai mengalas perut, wak masuk kedalam Farmer's Market.
Beli pengumur mulut Listerine, buah2 pisang dan pir - 100,5rb.

Dari Plaza ke Square Blok M mall pula.
Beli seluar kerja - slack bergetah saiz 35 - 125rb.
Beli 2 pasang setokin (15rb).
Dan juga senaskah quran perkata untuk hafalan - 70rb (rm21).

Dalam perjalanan pulang, singgah di kedai mudah dan senang (convenient store Indomaret).
Wak beli roti gardenia (beli 2 dapat 1 gratis).
Beli air manis untuk diletak dalam kulkas (peti sejuk).
Total damage - 50,5rb.

Nota tas lalat.
Sekarang ini kalau wak ke supermarket atau kedai mudah dan senang.
Harus bawa beg kecil untuk barang2 yg dibeli.
Kalau tidak terpaksa beli dari kaunter pula.

Movie lalat.
Falling In Love 1984 (Starring Robert De Niro & Meryl Streep).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS WHY I AM FAT

Ice cream also not good for yourself @2022

 Jumaat, 11 November 2022.

Tengahari wak sudah berlarian ke masjid RSPP (Rumah Sakit Pusat Pertamina) berhampiran.
Usai solat jumaat berjemaah tadi, wak terus ke kedai mudah dan senang (convenient store).
Tidak makan siang sebab pagi tadi sudah makan nasi kuning.
Di kedai Indomaret, wak beli aiskrim Cornetto dan buah nanas potong.

Updated. Aku suspect gara2 mkn eskem cornetto ni aku kene gout. Demm. 

Petang tadi balik dari kantor.
Mgr EIN belanja makan di restoran Sapo Oriental.
Sempena sistem audio di laptop wak berjaya difungsikan.

Dalam perjalanan pulang, singgah di Blok M Square diseberang jalan sahaja.
Wak beli 3 helai baju batik.
Wak juga beli seluar kerja (bukan jeans).
Sebab di kost yg baharu ini, seluar kerja bukan jeans pencucian adalah gratis.

Nota Bromo lalat.
Akhirnya wak berjaya menempah tiket traveloka ke Malang - 1,3juta.
Kali ini wak pilih naik keretapi malam.
Sebelum ini puas rasanya naik bis 13 jam dari Jakarta ke Ponorogo.
Dan dari Jogja pulang ke Jakarta naik bas selama 14 jam.
Olehkerana entri ini sengaja di paparkan seminggu lewat.
Seharusnya ketika ini wak pun sudah dalam perjalanan ke gunung Bromo. 
Oh Bromo, wak will walk there too. InsyaAllah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid RSPP from 2nd floor @2022
Mal Blok M Square @2022

Nov 10, 2022

ISOTONIC DRINK IS NOT GOOD FOR YOURSELF

Highly sugar content Kratingdaeng aka Redbull @2022

Khamis, 10 November 2022.

Semalam wak kembali semula ke kost yg baharu.

Pagi2 tadi sudah berjalan kaki sendirian ke kantor.
22 minit sejauh 1.5 kilometer. 
Berpeluh juga.

Petang tadi sudah berjalan kaki ke kost yg lama.
Tujuan utama mahu ambil laundry yg sudah siap dicuci.
Ada sedikit kekeliruan di kost itu.
Rupanya memang laundry wak sudah siap siaga.
Dan wak bayar kesemua hutang2 laundry yg tertinggal.
Ada dua laundry  sebanyak 82rb (rm25).

Dan wak pesan Grabbike ke kost yg baharu.

Di kost yg baharu.
Laundry tidak dihantar ke kedai luar.
Ada tukang cuci pakaian ditingkat kayangan.
Dan pihak kost sudah berikan hak istimewa. 
6 pakaian (baju, seluar, setokin, baju tidur dan spender) akan dicuci gratis setiap hari.
Cuma kalau ada pakaian lain, baru dikira per helai.
Bukan mengikut kebiasaan yakni per kilogram.

Tadi sudah siap cuci pakaian dihari pertama.
Ada 3 pakaian dicuci gratis.
Dan ada 9 pakaian lain yg harus dibayar.
Dan bayaran harus diselesaikan di setiap hujung minggu - secara tunai.

Dan malam ini kami tukar kamar ke bawah, yakni lantai 2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Nov 9, 2022

RESIDENT EVIL RE:VERSE

Greens on the pathway @2022

 Rabu, 9 November 2022.

Siang tadi rakan2 bertiga baru tiba dari KLIA.
Dari bandara CGK terus ke kantor kami.
Wak dengan mgr AYU pun ikut sekali.
Langsung terus ke kost baharu lah sangat.

Pasal kost baharu, mgr AYU mati2 tidak mahu tinggal disitu.
Tinggallah kami berempat sahaja menginap.
Kalau tidak mahu kehilangan uang deposit jutaan rupiah.

"Kalo korg berani sangat duduklah sini," perli mgr AYU.
"Bukan sebab berani ke tak berani," kata wak dengan geram juga.
"Ni sebab akan hangus satu juta, banyak tu," kata wak lagi.
Bro NAZ pun setuju, diikuti dgn ASY dan RAZ.

Semoga tiada gangguan mistik.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Roti gardenia ikan bilis from KLIA @2022
Indonesian kentang goreng @2022
Gandaria City Mall @2022
Jalan Panglima Polim @2022
NAZiri, RAZman & me at Gandaria City mall @2022
Gandaria City Mall @2022

Nov 8, 2022

BLOSSOM RESIDENT EVIL 2022

 Selasa, 8 November 2022.

Malam selepas solat Isyak.
Wak pun berlarian ke kost yg baharu di Jalan Panglima Polim.
Bawa kesemua barang2.
Konon mahu terus pindah dari kost yg wak pernah inap 3 bulan.
Atas perintah urusan seri baginda.

Siapa Panglima Polim?
Panglima Polim merupakan pejuang asal Aceh. Panglima Polem bernama komplit Teuku Panglima Polem Sri Muda Perkasa Muhammad Daud
Ia berjuang melawan penjajahan Belanda di Aceh bersama dengan Teuku Umar.

Di kost yg baharu.
Semuanya lengkap - ada kulkas (peti sejuk), dan bathtub (tempat mandi).

Tapi ... [+ add your own horror music]
Entah macamana terpaksa balik kembali ke kost yg lama.

Sekarang masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan syarikat.

Updated.
Oleh kerana sudah lama, lebih 6 bulan.
Wak cuma nak cerita sikit apa yg berlaku pada malam tersebut.
Kan wak dengan mgr AYU kena pindah ke kost yg baharu (Blossom) itu.
Kenapa tiba2 kena kembali ke kost yg lama (Purnawarman) pula?
Ini adalah kerana gara2 mgr AYU yg jiwa tak keruan.
"Dh mcm hospital lama," katanya.
Harap dia tak baca entri ini. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.