Oct 29, 2022

SOLO TRAVELER RIDES TO CANDI CETHO AND CANDI SUKUH

From Solo city to Gunung Lawu Karanganyar @2022

 Sabtu, 29 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

Seperti yg dijanji wak siap tunggu diluar hotel jam 5am. 10 minit awal wak sudah keluar hotel. Mas supir datang tepat jam 5am.

Meluncur dgn kapcai ke pergunungan Gunung Lawu. Jalan yg berlubang2 dan tidak mulus membuatkan pantat (punggung) anda seperti dirobek2. Huhu.

Tiba di candi Sukuh yg wak sangka dibuka jam 7am. Tapi bila penjaga muzium dibelakang kata akan buka jam 8am. Terus wak ajak mas supir itu mencari sarapan pagi diperkampungan berdekatan.

Kemuning nama pekan berdekatan menuju candi Cetho. Kebun teh Kemuning yg baru2 ini viral. CCTV ladang menyiarkan sepasang kekasih remaja sedang mesum menikmati sup ludah dgn lazat dan enak. Wkwkwk. Link: Tindakan Tak Terpuji Di Ruang Publik.

Didepan pasar kemuning, kami singgah di warteg soto. Wak pesan soto nasi ayam. Air teh tawar. Untuk mas supir pun sekali wak pesankan. 

Kami berborak2 kosong. Mas supir ini muda lagi dan masih kuliah. Beliau sedang mengambil jurusan kaki palsu. Pertama kali wak mendengarnya. Bila ditanya tentang pembiayaan pengajiannya. Dia kata hasil usaha bawa Grab sahaja pak.

Apa Itu Ortotik Prostetik ?
Mempelajari dalam hal membuat dan memperbaiki ORTOSE (alat penguat anggota gerak) dan PROTESE (anggota gerak tiruan), mencegah dan mengoreksi kecacatan serta memperbaiki estetika dengan memandang manusia seutuhnya sehingga dapat hidup mandiri.

Sempat lagi wak guna toilet di pasar. Dan sempat lagi beli bawang putih dan spender XL 60rb.

Usai bayar makanan soto tadi. Wak terus kembali ke candi Sukuh. Olehkerana dibuka jam 8am, wak suruh mas supir pusing2 ke Tenggir Park dibelakang. Kemudian ke telaga Madirda.

10 minit ke jam 8am sudah tiba di loket untuk beli tiket masuk Candi Sukuh. Wak beli tiket 10rb dan diberikan sticker gelang tangan dan kain suci hindu tutup pantat (punggung, pinggul, pinggang).

Tidak lama wak didalam candi sebab kawasan yg kecil. Hanya ada 3 peringkat sahaja. Berbanding candi Cheto yg ada 13 peringkat (wak ada baca). Kebanyakan patung2 utama dalam candi Sukuh ini tiada kepala kerana diberitakan telah dirosakkan oleh warga tempatan yg beragama Islam pada suatu masa dahulu.

Dan ada beberapa patung2 dan objek2 lucah dalam candi ini. Tetapi tidaklah sebanyak dan sebesar objek2 erotis dan lucah yg lagi jelas di candi Cetho itu. Jangan salah faham. Bukan tujuan utama wak bersungguh2 datang kemari. #Harakmaklong.

Keluar dari candi wak suruh mas supir pulang dan kembali ke hotel Solo. Tidak sempat untuk ke candi Cetho yg agak jauh diatas gunung Lawu. Mahu kejar bis ke Jogja pula. Mas supir ikut sahaja.

Perjalanan pulang menaiki kapcai dgn jalan yg berlubang2, tidak rata dan tidak mulus selama sejam yg menyiksa pantat (punggung) dan tulang belakang. Telur pun jadi kematu. Huhu.

Sempat singgah semula di benteng Belanda Vanderburg yg tadi malam. Ambil gambiran sekali lagi.

Tiba dihotel wak mandi semula. Sementara mas supir tunggu di lobi.

Ooh sempat pergi ke kantor pos konon mahu mencari kartu pos (postcard). Tapi non ado.

Tiba di terminal Tirtonadi. Kan wak janji dgn mas supir pasal harga penghantaran iaitu 100rb sahaja. Bila wak kasi duit 150rb nampak ceria sungguh diwajahnya. Kemudian ditulis dalam mesej whatsappnya, "terimakasih bapak sekali lagi, selamat sampai tujuan, dan datang lagi ke kota solo pak." 

Bersambung ...




On the way to Gunung Lawu @2022
Candi Sukuh adalah candi bercorak agama Hindu yang terdapat di lereng kaki Gunung Lawu, Karanganyar. Candi ini terkenal dengan susunan patung dan reliefnya yang berbentuk vulgar.
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see the photo.
arca yang digambarkan dalam posisi berdiri, tangan kiri memegang kemaluan dan tangan kanan memegang senjata


Candi Sukuh @2022

Candi Sukuh adalah candi bercorak agama Hindu yang terdapat di lereng kaki Gunung Lawu, Karanganyar. Candi ini terkenal dengan susunan patung dan reliefnya yang berbentuk vulgar.
Gunung Lawu @2022
Kota Solo aka Surakarta @2022

SOLO TRAVELER KE SOLO SURAKARTA

Balai Besar Wilayah Sungai (BBWS) Bengawan Solo @2022

 Jumaat, 28 Oktober 2022.

Sambungan dari Ponorogo Balik Kampung The Journey Begins.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

===============================

Turun di terminal bis Madiun yg sedang direnovasi. Tapi pemandu bis dari ponorogo tadi tidak masuk kedalam terminal, dan hanya turunkan ditepi longkang sahaja.

Berjalan didalam terminal. Masuk toilet dan solat dahulu.

Terus naik bis ke Solo = 60rb. Dipertengahan jalan ada berbincang dgn pemandu dan kelindan bas. Cadangnya wak mahu ke candi Cetho. Tapi kemudian terbatal kerana hari pun sudah sore. Takut tiada supir yg mahu menghantar ke sono. Dan masalah nanti kalau wak mahu terus ke bandar Solo.

Perjalanan didalam bas yg tidak dipenuhi orangramai. Kelihatannya hanya wak yg duduk dikerusi bahagian belakang. Pemandangan di sebelah kiri kelihatan Gunung Lawu seperti melambai2 mengajak wak datang ke sono. Gunung yg terletaknya Candi Cetho dan Candi Sukuh. Wak cubalah mengambil 2 3 gambiran gunung Lawu itu tetapi masa-elahnya problem. Sebab sentiasa ada halangan wayar2 listrik disepanjang jalan itu. 

Tiba di terminal bis Tirtonadi Solo, wak jalan2 ditepian sungai Begawan Solo sebentar. Tiba2 terus teringat lagu Bengawan Solo nyanyian dan ciptaan Gesang Martohartono. [+ youtube]

Wak pesan grab bike mahu ke hotel. Adakah patut disuruhnya wak tunggu di jambatan keris yg agak jauh nun di simpang lampu trafik. Wak terus  batalkan.

Grabbike yg kedua sampai juga akhirnya. Terus ke hotel berdekatan McD Slamet Riyadi. Dapat lagi bilik murahan berbanding kalau wak pesan dengan traveloka = 180rb.

Usai mandi, wak jalan kaki ke McD. Wak pesan double cheeseburger sudah. Hari pun masuk senja.

Dari luar mcD wak pesan Grabbike ke Jambatan Keris. Ambil 2 3 gambiran. Selepas itu wak suruh mat supir tadi hantar balik ke hotel. Tapi singgah di Benteng Belanda Vanderburg. Ambil 2 3 gambiran juga.

Dari benteng belanda tadi, wak dibawa mas supir meronda2 keraton. Tapi ada roadblock tidak boleh masuk ke satu bahagian kiri kraton. Adalah beberapa orang disitu mengambil gambar di depan keraton. Ada 2 orang petugas sedang duduk2 di meja disitu.

Tiba dihotel. Tapi sebelum itu sudah janji dgn mas supir motor untuk hantar wak esok pagi2 ke candi Cetho dan candi Sukuh = 100rb. Dia kata dia buat Grab secara separuh masa sahaja sebab dia masih belajar di kolej. Esok tiada kuliah, jadi tiada masalah untuk hantar wak jalan2. Wak sudah periksa kalau mahu sewa mobil dgn supir online perbelanjaan akan melebihi 300rb. Lagipun wak cuma pergi separuh hari sahaja.

Perbedaan kota Solo dan Surakarta.
Seiring perjalanan waktu, kemudian Surakarta yang merupakan nama dari sebuah keraton ditetapkan menjadi nama resmi kota administratif. Sehingga untuk nama resmi, penulisan yang benar adalah Kota Surakarta. Sedangkan, nama Solo atau Sala adalah penyebutan populer atau yang umum di masyarakat. Jadi, kota Solo dan kota Surakarta itu adalah kota yg sama. 

Bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 28, 2022

PONOROGO BALIK KAMPUNG - THE JOURNEY BEGINS

Terminal Bis Grogol Jakarta @2022

 Khamis, 27 Oktober 2022,

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

===================================

3.15pm. Wak keluar dari kantor awal. Pesan Grab bike ke terminal Grogol - 35rb.

3.45pm. Tiba di terminal Grogol. Lagi 2 jam untuk berangkat yg sepatutnya jam 5.45pm. Ambil tiket dari kaunter Agra Mas yg sudah siap dicetak.

5.45pm. Azan maghrib tapi tiada kelibat bas.

6.15pm. Bas yg di tunggu baru tiba. Ingatkan terus berangkat. Duduk sahaja lah.

6.45pm. Bas pun bergerak. Bila ditanya konduktor bas kata mungkin tiba di Ponorogo jam 6am esok pagi. Dia beri air mineral dan roti dan waffle. Dan hape charger ada diatas kepala tempat penyimpan beg. 

12.02am. Tiba di hentian bas Agra Mas untuk makan malam. Turun untuk guna tandas dan mushollah. 

1.02am. Bas mula bergerak. 

5.57am. Tiba di terminal Seloaji Ponorogo. Guna jamban cangkung yg pelik.

6.17am. Lepak di masjid terminal bernama Shirataal Mustaqim. Solat, mandi dan tidur. Tiada yg ganggu.

7.38am. Wak keluar pesan Grab bike di tempat Pos Ojek. Ada kejadian yg tidak diingini berlaku. Bila mat supir datang ditempat wak menunggu itu, tiba2 segerombolan pakcik2 ojek sudah mengerumuni beliau. "Kalau mas mau angkut orang disini harus bayar 50rb, apa mas berani?" kata pak ojek itu. Akur dengan situasi disitu, maka wak suruh mat supir beredar. Dan wak pun masuk kembali keterminal dan keluar dipintu sebelah belakang.  

Nota lalat. Kenapa wak tak pilih ojek sahaja? Ini adalah soalan yg baik. Wak ada terfikir juga untuk naik sahaja Ojek kan guna tambang dari Grab. Tapi.. 

7.52am.Wak keluar dari terminal dan berjalan agak jauh untuk buat pesanan Grab bike yg baharu. Pesanan ke makam Keramat Buthoro Kotong.

8.10am. Tiba di pintu gerbang makam. Masuk ke dalam. Makam terkunci. Minta bantuan cikgu besar (pak Mansor) sekolah agama disitu untuk panggil jurukunci.

8.23am. 10minit jurukunci tiba dan buka pintu gerbang masuk ke makam. Jurukunci bernama pak Nardi. Pak Nardi beritahu tidak boleh ambil gambar dalam makam Keramat itu sahaja. Dalam makam wak sedekahkan hafazan yasin. Sebelum keluar dari makam, wak sedekah kan uang pda pada jurukunci itu. 

9.00am. Ada drama lagi dengan pak Grab bike tadi. Dia hantar orang lain untuk ke tasik Telaga Ngebel. Harga tak cantik seperti diperjanjikan tadi. Wak pesan Grab bike baharu. 

9.15am. Gerak ke tasik. Dalam perjalanan kami bincang u tuk hantar wak kembali ke kota Ponorogo. Cadangnya wak nak dia tunggu 2 jam. Dia minta tambah 30rb. Pastu kena tunggu solat jumaat. 

9.45am. Sampai di tasik. Lepak di tepian yg ada bot sewa. Tiada yg menarik disini.

10.22am. Wak tukar fikiran. Tidak mahu lama2 di sini. Beritahu mas grabbike tadi untuk terus pulang ke kota Ponorogo. Tapi singgah nak beli pizza hut sebab mcd dgn kfc tiada di kota Ponorogo. Pelik kann?

11.25am. Tiba di restoran pizza hut Ponorogo. Wak pesan veggie lover personal pizza sahaja. Mas grabbike hantar wak lagi terus ke terminal bas. Janji tadi 127rb, kemudian wak kasi sahaja 150rb. Lebih itu sedekah. 

1149am. Sudah naik bas ke Madiun dari terminal Seloaji tadi. Dan kedengaran dari corong2 speaker masjid sekitaran melaungkan azan zohor dan solat waktu jumaat.

Bis, bus, bas ., hahaha layannns.

Bersambung... 



Oct 27, 2022

KENAPA HARUS SOLO TRAVELING KE PONOROGO

After rains this morning @2022

Rabu, 26 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend
===================================

Prelude.
Wak pernah dengar dari orang2 tua keluarga wak dahulu asal usul keturunan dari Ponorogo. Tapi tidak pasti. Oleh kerana sudah sampai di pulau Jawa, mending wak pulang ke kampung itu.
Disclaimer. Pengalaman wak balik kampung ini tiada kena mengena dengan wak Zahid Ponorogo yg sedang sibuk berkempen menjelang pilihanraya ya. Harakmaklong.

Mode transportasi ke Ponorogo.
Ada 3 kaedah - pesawat, keretapi dan bas.
Setelah memeriksa dan menyelidiki kesemua kaedah2 transportasi itu.
Wak ambil pesanan tiket bas sahaja walaupun 13 jam perjalanan.
Pada wak yg penting ianya murah dan tepat menuju tujuan destinasi iaitu bandar Ponorogo.
Kalau naik pesawat 1 jam dari Jakarta akan turun di bandara (Solo) Surakarta atau New Yogyakarta.
Dari Surakarta atau New Yogyakarta, akan naik bas juga 3 jam ke Ponorogo.
Tambang tiket pesawat juga diluar bajet gitu.
Kalau naik keretapi akan turun di bandar Madiun.
Dan dari bandar Madiun akan naik bas juga ke Ponorogo.
Jadi pilihan terbaik dengan menaiki bas ekspres malam akan terus langsung ke sono.
Semoga kelapa wak tidak jadi mumet (pening) gitu.
Dan muga2 perjalanan wak ini dipermudahkan.
Aminn ya robbal alamein.

Pembelian tiket bas. Mula2 wak guna redbus, tapi masalah nak bayar guna kad kredit. Tiga kali mencuba tapi semuanya gagal. Jadi wak pilih traveloka. Gampang banget. Dulu pun wak pernah guna traveloka semasa pembelian tiket keretapi ke Bandung. 

Cerita lain lalat.
Pagi tadi sudah suruh mas riCKY belikan nasi uduk - 15rb x 2.
Sebelum itu wak ada teringin mahu beli singkong gorengan.
Tapi pakcik penjual gorengan itu memang parkir ditepi tong sampah.
Dan selalunya pada jam sebegini akan ada lori sampah tiba disitu.
Tidak tahan dengan bahu sampah yg menusuk kalbu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Google Map from Jakarta to Ponorogo @2022



On Jalan Kyai Maja @2022

 

On Jalan Kyai Maja @2022

Oct 26, 2022

IT'S NOT MY LAUNDRY

Traffic jam in the morning @2022


Isnin, 24 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Malam tadi balik dari kantor dengan mgr EIN.
Membebel dia pasal laundry di kost.
Banyak baju2 mahal, tudung dan anak tudung yg hilang.
Sudah dilaporin pada kak Milla.
Tapi sehingga kini harapan agak tipis.

Bila sampai di kost.
Laundry wak yg sepatutnya dikembalikan semalam baru tiba.
Tapi termasuk sekali dalam bungkusan laundry bro FAR.han
Padahal kami hantar asing2.

Sebelum itu, wak ingatkan laundry yg diletakkan di tangga itu milik wak.
Wak angkut dan buka didalam kamar kost.
Rupanya bukan wak punya.
Wak pun hantar mesej dalam kumpulan whatsapp.

Wak pergi ke kamar FAR.han
Kami agih2kan pakaian.
Satu untuk kau, satu untuk aku.

Kami pun bengang dengan kedai laundry yg digunakan kak Milla.
Disebabkan disini tiada kedai2 dobi layan diri seperti di Masai.
Agak sukar untuk mendapatkan servis laundry terbaik.

Bila dikomplen pada kak Milla.
Dia bilang sudah 3 kedai dobi ditukarin.
Tapi tetap dapat tahap servis yg lemah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is not my laundry @2022

Oct 24, 2022

BACK TO CITY CENTER AND VISITED TWO MUSEUMS

Masks at Museum Wayang @2022

 Ahad, 23 Oktober 2022.

Dipendek cerita. Dari pelabuhan, wak naik angkutan ke terminal bis Muara Angke - 5rb. 
Angkutan ini kena tunggu penumpang lain juga dan menahan bau busuk muara selama lebih setengah jam di tengah kepanasan yg berdeting.
Kemudian diterminal wak terpaksa pesan Grabbike ke museum Wayang - 23rb.
Pak supir motor Grabbike itu guna motorsikal yg lain pula.
Tiba di Kota Lama, wak terus cari bilik musholla dan toilet - 3rb.
2.10pm - masuk museum Wayang - 5rb. Padahal lagi sejam museum mahu ditutup (3pm). Terpaksa wak tumpang sekaki ikut pemandu pelancong yg juga bergegas. Bolehlah serba sedikit memahani pameran patung2 dalam museum ini. Ramai orang kata museum wayang ini angker. Jadi wak berwaspada sahajalah. Harap2 tiada apa2 yg ikut wak pulang. Huhu.
Museum Seni Reka - gratis. Tiada yg menarik sangat disini, cuma pameran lukisan2 tangan dan belanga2 cina dulu2.

=================================

Informasi lalat.

Museum Wayang memamerkan berbagai jenis dan bentuk wayang dari seluruh Indonesia, baik yang terbuat dari kayu dan kulit maupun bahan-bahan lain. Wayang-wayang dari luar negeri ada juga di sini, misalnya dari Republik Rakyat Tiongkok dan Kamboja. Hingga kini Museum Wayang mengkoleksi lebih dari 4.000 buah wayang, terdiri atas wayang kulit, wayang golek, wayang kardus, wayang rumput, wayang janur, topeng, boneka, wayang beber dan gamelan. Umumnya boneka yang dikoleksi di museum ini adalah boneka-boneka yang berasal dari Eropa meskipun ada juga yang berasal dari beberapa negara non-Eropa seperti Thailand, Suriname, Tiongkok, Vietnam, India dan Kolombia.

Museum Seni Rupa dan Keramik  Museum ini menyajikan koleksi dari hasil karya seniman-seniman Indonesia sejak kurun waktu 1800-an hingga saat sekarang. Sedangkan koleksi keramik menampilkan keramik dari beberapa daerah Indonesia dan seni kreatif kontemporer. Selain itu ada juga koleksi keramik dari mancanegara seperti keramik dari Tiongkok, Thailand, Vietnam, Jepang dan Eropa dari abad 16 sampai dengan awal abad 20.

=================================

Jalan kaki ke halte Kali Besar untuk ambil bis no 1 ke Blok M - 3,5rb (rm1).
Ada bapak ini dengan henfon lama Nokia tapi skrin berwarna bertanya mahu ke Grand Hyatt.
Wak suruh turun di Bundaran HI.
Tiba di halte Bundaran Senayan dan pesan Grabbike untuk terus pulang ke kost - 15rb.

Total damage panggilan pulau Tidung.
Pengangkutan: bis (3500+3500), angkutan (10rb+5rb+25rb), kapal kayu (87rb+77rb), sepeda (15rb) = 226rb (rm69)
Penginapan: Mutiara Resort chalet - 218rb (rm67)
Makan minum: 9rb+8rb+70rb+10rb+5rb = 102rb (rm31)
Miscellaneous: sabun (5rb) + anduk (40rb) +cable charger (10rb) = 55rb (rm17)
Total = 601rb (rm182) - overbudget of 500rb ;( mungkin kalo pergi berdua mungkin boleh kurangkan kos. Tapi bukan senang nak ajak rakan2 pergi kann. Ciksal khannns.

Kesimpulan trip ke Pulau Tidung 2022.
Pengalaman pertama wak pergi ke kepulauan Seribu ini.
Kali Adem itu adalah dermaga di Muara Angke.
Bau longkang ikan kering dll teramatlah busuk di Muara Angke.
Terbeli pengecaj kabel henfon padahal tersorok dalam baju.
Chalet tidak sediakan anduk (tuala mandi), tiada AC, tiada sabun mandi.
Chalet sudah sediakan kelambu kerana nyamuk memang banyak bermaharajalela.
Air dalam bilik mandi pun terasa air masin - jadi melekit2 badan.
Keseluruhan pulau tidaklah secantik mana - sampah merata2 juga.
Pemandangan sunset di hujung pulau (Saung Sunset Point) itu memang cantik.
Makanan biasa2 sahaja sama spt di Masai, nikmat mana yg kamu dustakan - yg penting tidak sakit perut.

Link terdahulu.
1 - Day 1 Part 1 Harapkan Pagar, Pagar Pun Tak Boleh Diharap - Pulau Tidung
2 - Day 1 Part 2 Pulau Tidung
3 - Day 2 Part 1 Sleepless Night on the Island
4 - Day 2 Part 2 Back to City Center and Visited Two Museums

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 23, 2022

SLEEPLESS NIGHT ON THE ISLAND

Pulau Tidung morning cycling @2022

 Ahad, 23 Oktober 2022.
Pulau Tidung Day 2 

Informasi Pulau Tidung. Mungkin masih banyak juga yang bertanya Pulau Tidung di mana ? Secara Geografis pulau tidung terletak di gugusan kepulauan seribu, provinsi DKI Jakarta, Memiliki 2 pulau yang terpisah yaitu pulau tidung kecil dan pulau tidung besar, dengan di hubungkan dengan jembatan yang sebagai ikon terkenal yang bernama jembatan cinta. Pulau tidung besar adalah pulau penduduk yang memiliki warga sekitar +/- 4700 jiwa. Untuk pulau tidung kecil sendiri bukan pulau penduduk dan hanya di tempati oleh badan konservasi. Menjulur dari timur ke barat, pulau tidung kecil terletak di bagian timur dan pulau tidung besar di bagian barat. Untuk jembatan cinta letaknya di bagian antara kedua pulau dan sebagai pusat wisata. Untuk mata pencarian sebagian besar penduduknya adalah nelayan, wiraswasta, karyawan swasta dan pegawai negeri. Fasilitas yang ada yaitu : Fasilitas untuk Warga dan Umum : Puskesmas, Kantor Polisi, Sekolah SD, SLTP, SMK, Kantor Kelurahan, ATM (Bank DKI). Fasilitas tempat untuk pariwisata : Dermaga, jembatan cinta, pantai pulau tidung besar bagian timur dan barat lalu pulau tidung kecil. Nota kecil: Jembatan cinta sedang direnovasi ketika wak ke sono (Oktober 2022).

Sambungan dari Pulau Tidung Day 1 Part 2.

Malam tadi wak tidur2 ayam sahaja. Dengan banyaknya nyamuk dan panas ya bilik berbekal kipas berdiri sahaja. Tapi wak perasan nasib baik ada kelambu yg di sediakan. Itupun adalah 2 3 ekor nyamuk yg terperangkap dlm kelambu dahulu.

Subuh jam 4.15am.

5.50am - Gerak naik sepeda (basikal) ke hujung pulau.  Dan kemudian patah balik ke hujung sebelah Barat ke jembatan cinta yg sedang dinaikpulih. Total jarak kurang lebih 5km. Sempat tadi beli pisang goreng tepi rumah orang - 8rb utk 4 biji. Di medan Selera dermaga itu, wak sempat berikan uang pada pak Tarsan untuk beli tambang kapal kayu. 

6.45am - sudah kembali ke chalet. Mandi tapi rasa air laut pula. Melekit badan.

7.45am - checkout, pulangkan pada penjaga chalet yg sedang membersihkan laman. Masa keluar dari pagar chalet, tak sangka terserempak dgn pak Tarsan yg wak makan diwarungnya tadi malam. Sanggup dia hantar wak pulangkan sepeda dan langsung ke dermaga. Wak lepak dulu diwarungnya sementara dia belikan tiket pulang ke Kali Adem. Keberangkatan jam setengah sepuluh (9.30am) dia kata. 

8.50am - wak gerak ke dermaga. Pak Tarsan yg beria2 mahu menghantar wak ke kapal kayu itu. Padahal dekat aja. Dia dah paksa wak naik motor dia. Dia turun dan bawa wak naik kapal kayu Cahaya Laut. Wak ikut sahaja. Disuruhnya duduk dibelakang pengemudi kapal di tingkat atas. Wak nak duduk dibawah sama seperti semalam. Dia kata nanti ramai orang, ada lebih 90 orang. Wak diamkan aja. Kemudian bila dia sudah tiada diatas kapal, wak turun ke bawah lagi nyaman. Ada pilihan duduk dikerusi empuk berbanding kerusi papan diatas tadi. Kerusi pengalas badan yg agak tinggi senang kalau mahu terlelap.

9.30am - kapal masih tiada orang. Kemudian ada dua tiga keluarga masuk. Hampir jam 10 barulah segerombolan orang2 tiba. Sekejap sahaja kesemua kerusi dipenuhi orangramai. Adalah pembesar suara menyuruh kami memakai jaket keselamatan. Wak pun gigih pakai juga. Tapi kemudian ramai yg tanggalkan jaket sebab kepanasan termasuklah wak.

10.05am - kapal kayu pun mula bergerak. 

10.15am - singgah di pulau Tidung Kecil ambil penumpang lagi.

10.45am - singgah ke pulau ketiga ambil penumpang lagi dan lagi. Penuh dan padat jadinya kapal kayu ini. Jangan tenggelam di tengah lautan sudah. Tapi ada pepatah yg tiada kena mengena, asam di gunung garam di laut bertemu dalam satu belanga. Gituu. Dan lautan api sanggup ku renangi - pun tiada kena mengena.

1.00pm - tepat 3 jam berlayar di Laut Jawa, maka sampailah kami di dermaga Muara Angke. 3 jam jugalah menahan kencing didalam kapal kayu tadi. Memang wak tidak berganjak pun kerana ramainya orangramai. Satu lagi masalah pencemaran udara dan air dipelabuhan ini ialah bau busuk menusuk hidung. Dan lagi malangnya nasib bila di pelabuhan Muara Angke tiada bekalan air pula. Mahu solat zohor pun tidak boleh. Takkanlah mahu tayammum pula. Terpaksalah wak berjalan kaki ke luar dermaga.

Bersambung ke entri BACK TO CITY CENTER AND VISITED 2 MUSEUMS.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.