Jan 27, 2017

NASI AYAM HIJAU PASIR GUDANG

My lunch with Green Chicken Rice, next to Petronas ILP Pasir Gudang, yesterday.

Salam pagi Jumaat kengkawan penulis semua-semua lah.

Semalam pagi penulis sudah memanggil (menelefon) jurujual kereta Perodua bertanya tentang bila kereta Myvi Advance 1.5 baharu yang isteri penulis (yang itu) tempah boleh diambil. Abam A (bukan nama sebenar) memberitahu, "kete isteri wak tinggal tunggu register JPJ je lagi, mungkin petang ni leh siap." Penulis memohon kalau boleh beliau tunggu sehingga jam 7 petang. Abam A kata tiada masalah.

Penulis tunggu lah juga kalau-kalau Abam A menelefon penulis sehingga jam 6 petang. Tetapi tiadalah panggilan juga. Dan isteri penulis (yang itu) pun sibuk dengan kerja dipejabatnya. Jadi bila Abam A panggil pada jam 6.33 petang semasa penulis dalam berlarian pulang ke gagang, penulis memberitahunya supaya penyerahan kereta dibuat esok pagi sahaja. Lagipun penulis tidak mahulah urusan dibuat terburu-buru. Beliau pun tidak kisah.

Cerita lalat lain. Hari ini (Jumaat 27 Jan 2017), penulis dan rakan-rakan sekerja bekerja memotong rumput seperti biasa ya. Walaupun syarikat padang (yard) tempat isteri penulis (yang itu) bercuti kerana esok raya cina, namun beliau masih juga gigih datang ke pejabat. "Harini dinda memey cuti ya, nak siapkan evaluasi KPI pekerja2 dinda kat pejabat nih," katanya yang menumpang cikputih penulis, "noon nantilah saja kita amek kete myvi dinda tu ya."

Nota lain lalat. Penulis sedang memikirkan nama poyo comel untuk kereta Myvi Advance 1.5 yang baharu itu. "CikMaiBee" macam cantik je macam comel je kan cik Shasha awek Legoland. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 26, 2017

KEMBANG TELO ADA AWEK MUDA JELITA DAN BAIK HATI CAKAP WAK AWET MUDA 37 TAHUN



Untuk membaca entri terdahulu, sila terajang di Melayan Kerenah Birokrasi Kerajaan Negeri Part I dan Part II.

Selesai urusan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) bahagian perumahan Nusajaya, maka penulis kena berlarian ke pejabat Tanah dan Galian (PTG) Bangunan Dato' Mohamad Saleh Perang, Kota Iskandar pula. Walaupun jabatan kerajaan, namun bangunan bersebelahan dan urusan masing-masing. Maka berurusan selama sebulan lagi, bukankah tidak boleh dilakukan serentak? OTL.

Kelmarin, bila penulis serahkan dokumen di kaunter 14 untuk urusan pindah milik, masih ada saja dokumen yang tidak lengkap. "Kenapa borang ni pembeli tak sain lagi wak? SPA harta lain yakni rumah wak yg sekunk kena bagi sekali," kata ahkak K (bukan nama sebenar) di kaunter itu. "Kemudian, kami nak wak bawak 3 benda ni," sambil ahkak K berikan salinan dokumen lain yang diperlukan.

1. Surat dari perumahan rumah flat yang hendak dijual.
2. Resit cukai tanah terkini 2017 bagi rumah flat yang hendak dijual.
3. Resit cukai tanah 2016 untuk keseluruhan blok rumah flat yang hendak dijual.

Tengahari tadi, penulis berlarian lagi ke pejabat Tanah dan Galian Nusajaya itu bersama-sama pembeli dan dokumen-dokumen yang dikehendaki.

Dipendekkan cerita, kesemua dokumen yang diperlukan sudah penulis serahkan di kaunter 14 yang sama. "Wak kol nombor ni cakap dengan puan Suzi yang LAWA ni selepas sebulan untuk ambil surat kelulusan ya," kata ahkak K yang sama, sambil beliau melayan telefon bimbit Samsung yang dikepitkan dibahu. Kadang-kadang ahkak K juga menggunakan siku beliau untuk membelek dokumen-dokumen penulis diatas meja sambil sebelah tangan menaip seketul-seketul papan kekunci itu. "Wak bayar lima poh hinggit sudah," kata ahkak K dengan selambanya.

Sebelum meninggal dunia kaunter pejabat Tanah & Galian itu, sempatlah juga penulis mengambil dua biji telo limau mandarin yang sedap, LAWA dan manis itu (gambar diatas).

Nota lalat tajuk pula, penulis teringat lirik lagu Wali Band... Ada Gajah Di Balik Batu.

Tiap hari nanyain aku;
Sudah makan?
Sudah mandi?
Sudah tidur?
Sudah, sudah sudah sudah nanya melulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 25, 2017

NAK BELI KERETA PUN PERLUKAN SURAT MASUK ISLAM



Pagi semalam penulis telah menghantar anak wedok tingkatan empat itu untuk membuat rayuan ke SM Teknik Johor Bahru. Bila penulis tiba diperkarangan sekolah, hujan renyai-renyai sahaja. Bila tiba dikaunter pejabat dan bertanya borang rayuan masuk sekolah, ahkak J kerani terkial-kial juga mencarinya. "Wak kena dapatkan pengesahan semua sijil dan dokumen ya, nanti dah siap leh datang sini lagi," kata ahkak J (bukan nama sebenar) yang tergesa-gesa hendak keluar dari pejabat. Tapi penulis masih samar dan bertanya ahkak J yang sudah membuka pintu pejabat untuk keluar. Mujurlah ahkak J kembali dan cuba terangkan pada penulis akan segala salinan dokumen termasuk salinan sijil haruslah mendapatkan pengesahan dari pihak sekolah anak wedok yang sekarang. Tiba-tiba abam kerani yang agak kanan (baca, senior) dalam kaunter itu menyampuk, "tak perlu pengesahan ni Wak, rayuan je kan?" Aiyah! Terperanjatlah juga penulis, tapi berasa lega sebab tidak perlu berlarian ke sekolah anak wedok dan kembali lagi semata-mata hendak memohon rayuan. "Tapi," kata abam kerani itu lagi, "asrama kami dah penoh. Kami boleh terima anak wedok wak ni, tapi kena berulanglah dari rumah." Itu masalah lain. Bayangkan kalau penulis mengikut kata ahkak J itu yang perlukan pengesahan dari pihak sekolah yang sangatlah jauh disana disana kemudian bila sudah dapat pengesahan dan kembali ke kaunter SM Teknik itu mendapat jawapan yang sama. Bengang kan?

Semalam tengahari pula penulis sudah menghantar isteri penulis (yang itu) ke Maybank Taman Suria untuk menandatangai surat perjanjian pinjaman kereta Myvi Advance yang baru ditempah kelmarin. Maybank Taman Suria ini hanya menguruskan aktiviti pinjaman kereta sahaja. Bila sudah dipanggil, isteri penulis kena tunggu lah pula lebih 40 minit untuk mereka mencari dokumen tersebut. Aiyah. Ingatkan bila mereka telefon dan suruh datang, kita cuma turunkan tandatangan sahaja. "Isteri wak ni kena bawak surat masuk Islam ya," kata mamat kaunter bank itu pula.

Nota lalat. Untuk baca entri Pengalaman Membeli Kereta Perodua Myvi Advance Baharu, sila senggol di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 24, 2017

ABAH MINTA MAAF NAK TERLUPA BELIKAN BUKU WORD SEARCH

The new word search book as requested.

Kelmarin semasa penulis ke Key Ell, anak lanang bocah cilik penulis itu sudah memesan hendak beli buku mencari perkataan (baca, Word Search). Bila penulis tiba dirumah, ditanya lah lagi akan buku tersebut. Penulis telah terlupa kerana sibuk menguruskan perpindahan rumah di Key Ell dan rasa bersalah pula. "Tular, saper soh banyak2 dirikan umah ditepi pantai," getus hati penulis. Eyh?

Petang tadi selepas turun dari kapal, dan bila pulang ke gagang, penulis berjanji akan membelikan buku Word Search itu di Kompleks Pasir Gudang. Nasib baiklah anak lanang bocah cilik itu tidak meroyan dan meragam dengan kelemahan memori ayahanda mithalinya. OTL.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Title of the word search book: Fantastics Exhilarating Jumbo Word Search (Cari Kata). Jangan cakap wak tak payong. ;p

Dr Martini's safety shoes. The claim buying the shoes has not been reimbursed yet. Updated. The claim is cleared ;p

A view of the Johor Straits from the ship. Next time, I promise myself,  I shall come back to this spot for beautiful sunset.

Masai town view from on top of the helideck.

Jan 23, 2017

THE CHEAPEST WAY TO MOVE OUT OF STATE

The purple mattress full of DNA.

Minggu lepas, penulis telah berjaya memindahkan barang-barang perabot, elektrik, periuk belanga dan tilam yang penuh dengan DNA dari rumah merpati penulis di Bukit Belacan itu. Sewa lori sebanyak rm900 dalam negeri sahaja memanglah agak mahal kalau tidak beserta pekerja.

Dalam perjalanan kesana, penulis dapatlah juga melihat kereta perodua Myvi warna biru hitam yang isteri penulis (yang itu) baru tempah. "Cantik molek juga kete Myvi biru nih," getus hati penulis. Tapi, kalau semua orang hendak yang cantik, yang molek, habis siapa pula yang hendakkan yang tak cantik tak molek tak lawa? OTL.

Pulang dari Kuala Selangor pula, penulis dihadiahkan setandan pisang kepindit atau pisang lemak manis. Teringat pantun hutang emas boleh dibayar lah sangat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Near Sekinchan on Jalan Kuala Selangor.

Pisang kepindit @lemak manis.

Nota video lalat:

Jan 21, 2017

HOUSING LOAN INTEREST SUBSIDY

On Jalan Taman Molek, off Jalan Masai Lama, this noon.

Pagi semalam, isteri penulis (yang itu) telah menghantar teks pesanan ringkas. Tentang arahan untuk permohonan mendapatkan subsidi atas bunga bagi pinjaman perumahan (baca, housing loan interest subsidy) dari pihak syarikatnya. Setiap awal tahun, selama lebih 10 tahun sebelum ini, penulis akan uruskan permohonan di ranting bank Jalan Sultan Ismail KL. Tetapi kali ini penulis terpaksa lakukan di ranting bank Taman Molek pula. Dokumen2 yang diperlukan oleh pihak syarikat ialah penyata akaun pinjaman dan pembayaran balik pinjaman secara terperinci.

"Kanda kena pohon secepat mungkin ya! Segera! Jgn terhegeh2," perintah permaisuri itu. Bila penulis teliti tarikh tutup adalah pada 28 Febuari, maksudnya ada sebulan lebih lagi. Aduhai, siapalah tidak sayang bini. Tapi ada makcik kan. Kannns?

Nota lalat. Mungkin ada yang keliru. "Housing Loan Intereset Subsidy" ialah skim subsidi BR1M yang diperuntukkan oleh syarikat tempat isteri bekerja untuk mengurangkan kadar bunga yang penulis bayar setiap bulan kepada pihak bank. Jadi, penulis kena pohon penyata akaun tahun lepas (2016) sebagai lampiran untuk permohonan kepada syarikat tersebut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 20, 2017

THEN & NOW: VIVA ELITE & MESJID RIMBUN

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (5 Jan 2017).

Salam pagi Sabtu kengkawan penulis semua-semua lah macam biasa.

Untuk baca entri kejadian kemalangan 2 pekan yang lepas, sila jentik di SINI.

Semalam, abang ahKuang bengkel tempat baiki kereta cikbiba pepel yang kemalangan tempohari telefon penulis memberitahu kereta boleh diambil. Penulis bertanya kalau ada bayaran dikenakan sebelum mengambil kereta. Abang ahKuang beritahu, "wak, lu datang sini kasik sign dokumen saja."

Tengahari, bila sampai di bengkel, abang ahKuang tiada pula. Salah penulis juga kerana tidak menelefon terlebih dahulu. Bila telefon beliau sudah pulang makan tengahari dirumah. Adik beliau, ahHwee juga tiada. Jadi, penulis sudah cakap baik-baik minta tolong nak ambil kereta sekarang juga. "Gua mau pegi semayang maa," rayu penulis.

15 minit penulis tunggu dan bila abang ahKuang sampai, masuk ke pejabat dan tandatangan tiga helai surat pengambilan kereta dan juga surat penilai kerosakan (baca, adjuster). Itu sahaja, dan penulis pun boleh membawa pulang cikbibah pepel dengan selamat. "Lain-lain barang nanti gua uruskan," kata abang ahKuang.

Walaubagaimanapun, kalau ada pembaca ingin membuat rujukan proses claim insurans kereta boleh melawat di blog Ana-mizu yang manis jelita dan kreatip itu.

Cerita lalat lain. Petang tadi sempat lagi penulis berlarian ke perkarangan masjid yang baharu siap dibina ditaman itu. (Gambar bawah).

Cerita lain lalat. Jurujual Perodua Plentong sudah memberitahu isteri penulis bahawa kereta Myvi pesanannya telah tiba. Pinjaman bank juga sudah dapat kelulusan. Tetapi masalahnya - problem. Sebab kelmarin, penulis sudah memberitahu jurujual untuk menempah nombor 3 digit, tetapi kena tunggu lepas raya cina. Kalau hendak pakai kereta cepat, kenalah daftar nombor 4 digit. Aiyah. Untuk baca entri terdahulu pengalaman membeli kereta perodua myvi advance baharu, sila selak di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (8 March 2016).

GOOD MORNING MASAI



Selamat pagi Jumaat kawan-kawan penulis semua-semua lah.

Sekarang ini kalau petang saja turun hujan. Kalau hujan saja mesti diwaktu petang. Yang tidak seronoknya bila pejabat dalam kotak sardin ini pun selalu banjir. Biarkan. Biarkan.

Cerita lalat lain. Setiap pagi pekerja-pekerja baju merah (gambar bawah) akan berebut-rebut menaiki bas no. 2 dan no. 3 disimpang itu. Bukan tiada bas lain yang datang, tapi sanggup berebut-rebut seperti sardin juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jan 19, 2017

THE STORM IS COMING

Mekar Bergading.

Hari ini penulis tiada cadangan untuk naik kapal. Tapi tiba-tiba ada pula kerja yang harus diperiksa diatas kapal. Cuaca pun mendung seperti hendak turun hujan nampaknya.

Ingatkan panas hingga kepetang, rupanya hujan pada jam 4 petang semasa penulis masih diatas kapal. Hujan pun turun dengan lebat anjing dan kucing. Guruh berdentum dengan halilintar sambar menyambar. Aduhai. Terpaksa penulis bertahan sejam lamanya sehingga hujan reda dan turun ke pejabat.

Nota pengajaran lalat. Lain kali bawalah payung sebelum hujan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Temporary bridge to the ship.

Tie the ship to the ground.

Inside the engine room.

A view from the ship.

Oh hi.

Blame it on the rain.

People says, keria melaka memey sedap dan nikmat. Tq.

Video pendek penulis sempat rakam dan persembahkan untuk rujukan masadepan sahaja:


Jan 17, 2017

NO MERCY

Nasi goreng kampung, Warung Kampungku, Tesco Seri Alam.

Tadi malam, anak wedok penulis tiba-tiba datang kepada penulis dan menunjukkan dua borang dari sekolah.

1. Borang memohon derma untuk hari maulud rasul. "Sekurang2nya lima hinggit ye bah," kata anak wedok.
2. Borang kebenaran melibatkan diri aktiviti kokurikolum. Bila ditanya, anak wedok menjawab, "boleh je, tapi tuari balik dari merentas desa masih sakit2 belakang."

Kedua-dua borang haruslah ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga.

Nota lalat. Anak wedok itu bukan anak bongsu ya. Kalau hendak mengetahui maksud anak wedok sila baca komen dibawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 15, 2017

PENGALAMAN MEMBELI KERETA PERODUA MYVI ADVANCE BAHARU

Johor Premium Outlets (JPO), Kulai

Semalam pagi, selepas menghantar pembantu rumah di Senai Airport untuk pulang terus ke kampungnya di Surabaya, penulis terus singgah di JPO. Tetapi kedai-kedai JPO belum dibuka lagi. Walaupun begitu, penulis dan isteri (yang itu) lepak-lepak sahaja di kafe Starbucks sambil berborak-borak kosong dan berbincang tentang hala tuju masa hadapan.

Dari JPO, penulis berlarian ke kedai pameran kereta Toyota di Saleng. Seperti yang dijangka, jurujual Toyota amatlah peramah. Isteri penulis pada mulanya berminat untuk membeli Toyota Vios. Barulah penulis ketahui beza antara model Vios J (RM76,500), G (RM89,800) dan TRD Sportivo (RM96,400).

Kemudian kami singgah di kedai pameran kereta Perodua bersebelahan Toyota juga. Tetapi jurujual di situ tidak bersemangat melayan kami. Mungkin melihat penulis berpakaian selekeh sahaja dia ingat penulis tidak mampu berhutang bank untuk membeli kereta Perodua agaknya.

Dalam perjalanan pulang, penulis singgah juga di Perodua Plentong yang terletak di hujung jalan yang sunyi. Penulis bernasib baik kerana jurujual disitu dapat melayan kami dengan baik. Kami pun mula bertanya beberapa model Myvi dari 1.3 Standard (RM40,862), 1.3 SE (RM52,968) ke 1.5 Advance (RM56,578). Akhirnya isteri penulis (yang itu) memilih kereta Myvi Advance. Jadi harapan penulis untuk menjadi pemandu Vios akhirnya ke laut.

Proses memesan Myvi amatlah mudah. Cuma perlukan salinan kad pengenalan, dan lesen memandu, serta wang deposit sebanyak rm500 sahaja. Salinan slip gaji boleh dihantar kemudian melalui emel sahaja. Jurujual menjanjikan penghantaran kereta akan tiba sebelum raya cina tahun ini. Jurujual juga berjanji boleh mendapatkan nombor pendaftaran plat JRY *** (3 digit, RM250) yang penulis idamkan.

Kenapa memilih Myvi, bukan Vios?
Itu kena tanya isteri penulis. Penulis kan cuma bekas pemandu Uber eh? Membandingkan Myvi dengan Vios bukanlah perbandingan epal dengan epal. Tetapi penulis telah memberitahu isteri penulis (yang itu) supaya janganlah pisang berbuah dua kali. Sebab dulu pernah isteri membeli CRV tetapi tidak sampai setahun sudah mahu tukar ke Viva pula. "Besar kete susah nak parking lah kanda," katanya.

Kenapa mahu membeli Myvi, walaupun Viva Elite masih ada?
Selama 4 tahun isteri (yang itu) memakai cikBibah pepel (Viva Elite) itu tiada masalah yang ketara. Cuma masa mula2 membelinya, lampu pandu isyarat tidak boleh mati secara otomatik walaupun sudah ditukar di bengkel servis Perodua Taman Cendana. Dan sekarang, isteri penulis bercadang mahu membeli Myvi kerana anak wedok penulis yang baru saja habis belajar dan sedang mencari kerja. Dengan cikbibah pepel diharapkan anak wedok penulis itu akan mudah mencari kerja nanti. Amin ya robbal alamin. Dan gara2 ingin membeli Myvi, makanya cikBibah pepel penulis itu pun merajuk sehingga sanggup melibatkan diri dalam kemalangan tempohari. Aduhai.

Warna Myvi yang dipilih?
Mulanya isteri (yang itu) amat berkenan dan termimpi2 akan warna kuning Bumblebee untuk Myvi baharunya. Tetapi jurujual memberitahu warna tersebut tidak lagi wujud di tahun 2017. Warna terdekat cuma warna oren madu yang tidak berkenan dihati isteri (yang itu) kerana sama dengan warna Myvi kawan satu opisnya. Jadi, setelah berfikir selama 13 minit, isteri (yang itu) telah memilih warna campuran biru (bodi) dan hitam (bumbung) seperti kereta mini cooper.

Akan bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JPO flower.

Starbucks at JPO.

Coffee time, Starbucks, JPO.

Toyota Vios.

Perodua Showroom, Plentong.

Myvi Advance gets a new look with two-tone colour, Electric Blue (body) and Ebony Black (Roof & Pillars).

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.