Showing posts with label RUMAH KONDO AMPANG. Show all posts
Showing posts with label RUMAH KONDO AMPANG. Show all posts

Oct 23, 2017

WEEKEND CITY BREAKS

KLCC View from Bukit Belacan this morning.

Hari hujung minggu penulis telah berlarian ke bandaraya. Tujuan hanya untuk menjenguk rumah merpati penulis yang itu dan membeli sebongkah berlian.

Nota sangsi lalat. Penulis perasan ada satu bangunan menara lebih tinggi dari KLCC di sebelah kiri itu yang sedang dibina dengan gigihnya. Ada kawan beritahu, itu menara Najib utk kekasih hati seperti Taj Mahal di Indon. Mungkin nanti namanya "Ros Mahal" agaknya. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is Bukit Belacan greens.

Jun 14, 2017

GOOD MORNING MASAI

Sunrise this morning | MMHE yard | Pasir Gudang | Johor 2017

Selamat pagi kawan-kawan.

Nota rumah lalat.
1. Status jual beli rumah kondominium Ampang, kelmarin penulis sudah tandatangan semula surat permohonan tukar milik gunakan borang rasmi yang baharu dari jabatan tanah. Sudah selesai urusan hantar balik dokumen ke peguam.
2. Status jual beli rumah murah flat Kulai, kelmarin peguam bank minta salinan cukai tanah terkini 2017 dari pihak pengurusan rumah flat. Sudah selesai urusan pembeli menghantar resit cukai tanah ke peguam bank juga. Updated. Tapi, 3 hari selepas itu (hari ini, Jumaat), peguam bank mahukan pula salinan cukai tanah satu blok flat rumah itu kembali. Aiyahh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cracks in dry soil near my office this morning | MMHE yard | Pasir Gudang | Johor 2017

May 23, 2017

SURAT AKUAN DENGAN KHUSYUK DAN TAWADHU SERTA TULUS IKHLAS

The "Surat Akuan" received from the lawyer in KL yesterday, printed 2 copies, signed with black pen and done couriered it back to them on the same day.

Urusan jual beli rumah penulis di Bukit Belacan hampir selesai.
Urusan jual beli rumah di Kulai juga masih dalam proses.
Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 23, 2017

THE CHEAPEST WAY TO MOVE OUT OF STATE

The purple mattress full of DNA.

Minggu lepas, penulis telah berjaya memindahkan barang-barang perabot, elektrik, periuk belanga dan tilam yang penuh dengan DNA dari rumah merpati penulis di Bukit Belacan itu. Sewa lori sebanyak rm900 dalam negeri sahaja memanglah agak mahal kalau tidak beserta pekerja.

Dalam perjalanan kesana, penulis dapatlah juga melihat kereta perodua Myvi warna biru hitam yang isteri penulis (yang itu) baru tempah. "Cantik molek juga kete Myvi biru nih," getus hati penulis. Tapi, kalau semua orang hendak yang cantik, yang molek, habis siapa pula yang hendakkan yang tak cantik tak molek tak lawa? OTL.

Pulang dari Kuala Selangor pula, penulis dihadiahkan setandan pisang kepindit atau pisang lemak manis. Teringat pantun hutang emas boleh dibayar lah sangat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Near Sekinchan on Jalan Kuala Selangor.

Pisang kepindit @lemak manis.

Nota video lalat:

Jan 2, 2017

MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI



Semalam ditengahari yang panas tapi mendung seperti mahu turunnya hujan, pembeli rumah flat murah itu menelefon selepas penulis menghantar anak lanang bocah cilik penulis ke sekolah agamanya. Pembeli sudah pening dan panik sebab surat pembatalan pindah milik rumah tersebut masih belum dilepaskan oleh jabatan perumahan negeri di nusajaya. Sepatutnya surat tersebut sudah diterima 2 minggu lepas, tetapi sekarang sudah masuk 3 minggu masih lagi berada diawang-awangan. Pembeli sudahpun menelefon pejabat tersebut tetapi ahkak yang bertanggungjawab masih belum naik bercuti sejak cuti Krismas lagi. Dipendekkan cerita, penulis pun berlarian ke SUK Nusajaya dan masuk ke pejabat dengan tenang. Bila sudah tiba didalam bilik gelas itu, abang pegawai (baju batik dan beruban) pun tidak tahu menahu tentang surat itu dan memberitahu ahkak yang bertanggungjawab baru saja naik dari bercuti. Jadi, penulis pun tunggulah disitu kehulu kehilir menanti ahkak yang menghilang entah kemana. "Mungkin sedang lena tidur disurau agaknya," getus hati penulis yang bersangka baik-baik belaka. 23 minit kemudian, penulis datang kembali ke bilik gelas yang sama, masih tiada bayangan ahkak yang MIA itu, tetapi ada abang sorang lagi (baju batik dan agak muda) sedang melayan anak lanangnya yang masih kecil bermain komputer pejabat yang akhirnya menjumpai surat pembatalan hakmilik dan segera menyerahkannya kepada penulis. Penulis amatlah berasa gumbira. Walaupun begitu, urusan permohonan pindahmilik yang baharu belum lagi bermula. Dan nampaknya penulis akan sering kembali ke pejabat yang sama melayan kerenah orang-orang yang sama untuk 6 bulan mendatang. Aduhai.

Cerita lain lalat. Petang pula, penulis terpaksa menguruskan borang-borang dari 2 orang anak penulis yang baru memulakan sessi persekolahan itu. Dan penulis terpaksa ke kedai fotostat untuk menyalin kad pengenalan yang berkenan. Alhamdulillah, urusan penyalinan fotostat selesai juga. Sebelum pulang, penulis dan anak lanang bocah cilik singgah mengeteh di kedai mamak bersebelahan. Dan sempat juga penulis membeli cd lanun terbaharu bertajuk "Moana" dan "Doctor Strange" yang "gambarnya belum jelas lah wak," kata uncle penjual cd haramjadah itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PASANG SURUT AIR LAUT ADALAH FENOMENA ALAM YG DIPENGARUHI OLEH GRAVITASI BULAN

  Ahad, 28 April 2024. Sepatutnya wak terbang pulang ke gagang esok (Senin). Tapi banyak kerja lah pula.