Pagi Isnin yang biasa-biasa, penulis rakamkan sekeping gambiran (diatas) sebuah
tangki besar yang dibawa dari
bengkel ke
limbungan kapal. Besar
giler.
LIFE IS FRAGILE.Pagi tadi juga, penulis diberitahu melalui
wassap bahawa
kakak penulis telah dimasukkan ke
hospital Sultanah Aminah JB kerana terkena
angin ahmar (baca,
stroke). Maka tengahari, penulis pun berlarian ke
hospital. Bila tiba jam 12.15pm, penulis bertanya kepada
abang polis kemudian diarahkan bertanya ke
kaunter sambut pesakit untuk mencari
katil dan wad dimana kakak penulis berada. Dipendekkan cerita, penulis pun tiba dan kelihatan anak saudara ada disitu.
Kakak penulis terkena
angin ahmar dua hari lepas dan menyebabkan sebelah
badannya lumpuh. Jika keadaan beransur pulih,
doktor akan memindahkan kakak ke
hospital Pontian pula petang ini.
Updated. 3/4/17 Isnin,
Alfatihah Dzaimi binti Salamah.
Waktu lawatan di
Hospital Sultanah Aminah (HSA JB) ialah seperti berikut:
Ahad -Khamis: 12.30pm - 2.00pm, 4.30pm - 7.30pm
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 12.30pm - 7.30pm
Perhatian & mohon maklum: Kanak2 di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.
SOARING REAL ESTATE PRICES EXPECTED TO CONTINUE.Selepas itu, penulis berlarian kembali ke
Tanjung Puteri Resort untuk meninjau di
pejabat jualan samada masih ada
kekosongan rumah. Sebelum pulang ke padang memotong rumput, penulis singgah di
restoran Top Ten Kampung Pasir Putih untuk menjamah
nasi ayam penyet yang garing itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.