Showing posts with label NUSAJAYA KOTA ISKANDAR. Show all posts
Showing posts with label NUSAJAYA KOTA ISKANDAR. Show all posts

Feb 17, 2017

BIHUN SOTO VS CHICKEN BURGER

Restoran Hj Abu Soto Power.

Tengahari, penulis bersama AZZ and AZH (bukan nama sebenar) makan tengahari di Kampung Pasir Putih. Hajat penulis untuk makan siakap goreng di restoran Rahmat yang fofuler itu masih tidak kesampaian. Tapi melayan bihun soto juga tidak kurang hebatnya.

Jan 26, 2017

KEMBANG TELO ADA AWEK MUDA JELITA DAN BAIK HATI CAKAP WAK AWET MUDA 37 TAHUN



Untuk membaca entri terdahulu, sila terajang di Melayan Kerenah Birokrasi Kerajaan Negeri Part I dan Part II.

Selesai urusan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) bahagian perumahan Nusajaya, maka penulis kena berlarian ke pejabat Tanah dan Galian (PTG) Bangunan Dato' Mohamad Saleh Perang, Kota Iskandar pula. Walaupun jabatan kerajaan, namun bangunan bersebelahan dan urusan masing-masing. Maka berurusan selama sebulan lagi, bukankah tidak boleh dilakukan serentak? OTL.

Kelmarin, bila penulis serahkan dokumen di kaunter 14 untuk urusan pindah milik, masih ada saja dokumen yang tidak lengkap. "Kenapa borang ni pembeli tak sain lagi wak? SPA harta lain yakni rumah wak yg sekunk kena bagi sekali," kata ahkak K (bukan nama sebenar) di kaunter itu. "Kemudian, kami nak wak bawak 3 benda ni," sambil ahkak K berikan salinan dokumen lain yang diperlukan.

1. Surat dari perumahan rumah flat yang hendak dijual.
2. Resit cukai tanah terkini 2017 bagi rumah flat yang hendak dijual.
3. Resit cukai tanah 2016 untuk keseluruhan blok rumah flat yang hendak dijual.

Tengahari tadi, penulis berlarian lagi ke pejabat Tanah dan Galian Nusajaya itu bersama-sama pembeli dan dokumen-dokumen yang dikehendaki.

Dipendekkan cerita, kesemua dokumen yang diperlukan sudah penulis serahkan di kaunter 14 yang sama. "Wak kol nombor ni cakap dengan puan Suzi yang LAWA ni selepas sebulan untuk ambil surat kelulusan ya," kata ahkak K yang sama, sambil beliau melayan telefon bimbit Samsung yang dikepitkan dibahu. Kadang-kadang ahkak K juga menggunakan siku beliau untuk membelek dokumen-dokumen penulis diatas meja sambil sebelah tangan menaip seketul-seketul papan kekunci itu. "Wak bayar lima poh hinggit sudah," kata ahkak K dengan selambanya.

Sebelum meninggal dunia kaunter pejabat Tanah & Galian itu, sempatlah juga penulis mengambil dua biji telo limau mandarin yang sedap, LAWA dan manis itu (gambar diatas).

Nota lalat tajuk pula, penulis teringat lirik lagu Wali Band... Ada Gajah Di Balik Batu.

Tiap hari nanyain aku;
Sudah makan?
Sudah mandi?
Sudah tidur?
Sudah, sudah sudah sudah nanya melulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 11, 2017

JOM MENDAYUNG SAMPAN

Perspective view of a shiprepair engineer (he is not me).

Selasa, 10 Januari 2017.

Tiada yang menarik hari ini. Cuma penulis naik kapal yang sedang dibaikpulih dipagi hari. Ingatkan penulis hendak naik semula diwaktu petang, tapi hujan pula ditengahari.

Penulis hendak berpantun satu:

Penat berlari keliling kota,
Mendayung sampan dengan tenangnya,
Mengapa dicari jauh di mata,
Sedang di sini tak kurang hebatnya... Amvoiii

Nota lain lalat. Borang permohonan pindah milik untuk kali kedua telah penulis serahkan kepada kerajaan negeri di Kota Iskandar untuk diluluskan. Ahkak C telah menyuruh cik B dikaunter untuk kemaskini maklumat atas talian dan kemudian meminta lima poh hinggit dari penulis. Tanpa resit. Pelik kan?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Comparisons between the actuals and the computer aided images.

Looking out to turret and Singapore island.

Jan 9, 2017

MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI: PART 2



Salam pagi Senin kengkawan semua-semua lah.

Untuk membaca entri Melayan Kerenah Birokrasi Jabatan Kerajaan Negeri Part 1 sila hentam di SINI.

9.06am, pagi Ahad yang hening, penulis telah berlarian ke Jalan Dhoby untuk mendapatkan chop Pesuruhjaya Sumpah. Sebelum ini penulis hanya mendapatkan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di bandar Kulai berdekatan dengan rumah flat murah penulis itu. Tetapi uncle India selalu tidak menepati ikrar janji untuk buka pejabat pada jam 9 pagi tajam.

9.26am, dari Jalan Dhoby, penulis pun terus berlarian ke Pejabat Kerajaan Negeri SUK untuk menyerahkan dokumen-dokumen permohonan pindah milik. Dipendekkan cerita, setelah disemak oleh cik A (bukan nama sebenar), hanya bil cukai harta sahaja yang penulis tertinggal.

1.11pm, tengahari yang panas terik, penulis berlarian dan tiba di kaunter Majlis Perbandaran Kulai untuk membayar cukai harta terkini.

Dari bandar Kulai, penulis terus berlarian semula ke Pejabat Kerajaan Negeri SUK untuk menyerahkan kesemua dokumen. Sementara tunggu jam 2 petang, penulis ambil nombor giliran dan sempat makan tengahari di kafe disitu. Nasi goreng kampung sudah.

Kaunter dibuka jam 2 petang, tidak lama kemudian tiba giliran penulis. Walaupun ramai orang menunggu, nombor giliran penulis cepat saja dipanggil oleh kerani yang sama, cik A (bukan nama sebenar). Tetapi cik A telah menekan laju dan penulis terpaksa menunggu sementara cik A melayan pelanggan sebelum penulis. Pada mulanya penulis bersabar sahaja, tetapi cik B yang duduk bersebelahan menekan nombor selepas nombor giliran penulis, penulis agak terkilan juga. Urusan cik A dengan pelanggan itu agak lama dan selepas urusan pelanggan cik B selesai, penulis pun bertanya kepada cik B untuk uruskan permohonan urusan. Nasib baiklah cik B faham dan melayan penulis seperti biasa. Tapi ingatkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Dokumen penulis yang dibawa walaupun sudah lengkap masih tidak boleh diterima kerana permohonan pembatalan tempohari masih belum di kemaskini dalam sistem atas talian (online system) jabatan. Kannina. Penulis mulalah berasa hangat dan hairan kenapa tidak diberitahu bila penulis datang pagi-pagi tadi. Aiyah. Cik A (bukan nama sebenar) memohon maaf kerana kesilapan itu. Dan cik B kemudian masuk ke dalam bilik pejabat sambil membawa surat permohonan yang sudahpun disahkan kelmarin. 5 minit kemudian cik B keluar dan memberitahu, "orang yang incharge cuti lah wak, mukin dah kene langgar lori pagi tadi, mukin esok dia akan naik, dan kita akan tefon wak." Penulis agak berang ketika itu dan perli mengatakan tidak pernah seorang pun dari jabatan itu yang akan telefon! "Saya sendiri akan tefon wak, masih guna nombor yang sama kan?" kata cik B lagi. "Iyalah tuuui," getus hati penulis.

2.33pm, penulis pulang dengan rasa kuchiva.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 10, 2015

BANGUNAN MACAM TAKDE BUMBUNG

Bangunan Dato' Muhamad Salleh Perang

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 10/30
Post of the Day: 2/4

DUA minggu lepas, bila staf di Pejabat Tanah Galian Daerah Johor Bahru di Larkin menyuruh penulis ke Pejabat Tanah Galian Negeri di Kota Iskandar, beliau ada menyebut tentang bangunan rekabentuknya (baca: architecture) seperti tiada berbumbung. Minggu lepas bukankah sudah diisytiharkan cuti peristiwa dan semua pejabat kerajaan negeri ditutup. Dan kelmarin penulis sekali lagi ke Nusajaya, dan tiba di bangunan macam takde bumbung itu bersebelahan dengan bangunan Pejabat Perumahan Negeri yang penulis pernah datang dulu.

Namun begitu, urusan jual beli rumah penulis masih juga belum selesai.

Nota lalat. Berkenaan nama bangunan itu, penulis sudah meng'google'nya. Mari kita belajar sedikit sejarah negeri Johor.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Nov 3, 2015

CUTI PERISTIWA

Jessie the Yodeling Cowgirl (Toy Story) looking at the latest news.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 2/4

MINGGU kelmarin urusan penulis di jabatan tanah Nusajaya belum selesai. Ingatkan minggu ini boleh dapat geran strata di jabatan tanah galian dan terus ke jabatan perumahan. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak pun dah jadi nangka. Pasukan bolasepak JDT telah menjadi juara Piala Asia pula di Tajikistan dan hari Ahad 1 November 2015 diumumkan cuti peristiwa. Jadi semua jabatan kerajaan negeri ditutup dan urusan pindah milik flat rumah murah penulis itu tertangguh seminggu lagi nampaknya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...