Feb 17, 2017

BIHUN SOTO VS CHICKEN BURGER

Restoran Hj Abu Soto Power.

Tengahari, penulis bersama AZZ and AZH (bukan nama sebenar) makan tengahari di Kampung Pasir Putih. Hajat penulis untuk makan siakap goreng di restoran Rahmat yang fofuler itu masih tidak kesampaian. Tapi melayan bihun soto juga tidak kurang hebatnya.

Malam pula, penulis telah membawa sebahagian kaum kerabat ke restoran Burger King berdekatan kerana ada keratan baucer dengan potongan harga yang menarik.

Cerita lalat lain. Tengahari kelmarin jam 12.09pm, penulis telah memanggil Puan Siti yang Lawa (bukan nama sebenar) di Pejabat Tanah Galian itu. Rakan sekerja lelaki menjawab, puan Siti tiada di meja beliau. "Dia pegi jamban la Wak," jawab lelaki itu lagi. Penulis beritahu akan telefon semula. Pagi semalam jam 9.32am, penulis telefon lagi. Puan Siti yang Lawa itu menjawab. Penulis nyatakan hajat penulis untuk mengetahui status permohonan pindahmilik rumah murah yang telah dihantar beberapa pekan yang lalu. "Aiseh Wak," balas Puan Siti yang Lawa, "sekarang takleh check komputer, line down!" Kannina, getus hati penulis. Penulis beritahu akan telefon sebelah petangnya. "Wak, sila telefon semula sebelum 3.30 ye," Puan Siti berkata dengan tegas dan lantang. Ada keraguan disitu, kenapa tidak sebelum jam 4.04 petang, sebelum pejabat ditutup? "Mukin malam ini malam jumaat agaknya, semua kaum ibu harus pulang dengan segera!" getus hati penulis dengan nada geram.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Burger King Seri Alam.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...