May 14, 2023

TRAVELLING TO SINGAPORE AFTER PANDEMIC TO VISIT TULIPMANIA 2023

Tulipmania @2023

 Ahad, 14 Mei 2023.

Amaran lalat.
Ada banyak gambiran bunga2an dalam entri ini.

Pautan kenangan lama.
Tesselaar Tulip Festival in Melbourne 2010.
Tulipmania Singapore 2015.
Tulipmania Singapore 2023. (Official Website)

Pagi2 tadi selepas subuh sepi-e.
Wak berlarian ke seberang tambak.
Hari ini mahu naik bas dan tren sahaja.
Alone matcham biasa.

Tujuan mahu pergi ke pameran tulip Turki di Gardens by the Bay.
Berbekal hanya wang SGD10 sepoh keping dan belasan duit syiling.

CABARAN PERTAMA: PARKIR

Dulu wak pernah parkir bertingkat bersebelahan CIQ itu.
Pagi tadi dua kali wak pusing.
Rupanya untuk staf kerajaan sahaja.

Updated. Kebetulan lepas beberapa hari. Tiba2 datang MB yg baharu dan muda kecoh pasal parkir yg banyak kosong di bangunan itu utk diisi oleh motor2 pekerja Singapura. Tapi kereta awam masih tidak dibenarkan parkir disitu juga. Huhuhu. 

6.45am.
Sibbaik berjumpa juga parkir luaran tanpa bumbung.
Wak letak cik Jnulekasnova di hujung sudut parkir itu.
"Dua belas hinggit je wak satu hari," kata mamat yg jaga disitu.
Agak jauh juga berjalan kaki.

Kemudian berjalan kaki ke CIQ Malaysia.
Turun ke bawah naik bas Causeway Link warna kuning.
Naik bas CW1 hala Kranji - RM2.60 bayar bila naik bas.

CABARAN BIASA: ANTRI YG KELIRU DAN TERTEKAN

7.50am.
Sudah tiba di CIQ Woodlands.
Agak mengecewakan antri (queue up) disini.
Mula2 beratur ikut lingkaran.
Tapi kemudian ada satu barisan baharu potong dibuat sendiri.

Bila tiba giliran wak.
Tidak lagi guna borang putih seperti selalu.
Sekarang guna isi borang dalam talian.
Terpaksa keluar semula.
Sebenarnya wak sudah isi semasa beratur tadi.
Tapi silap boleh screenshot yg atas yg tidak penting.
Kena ulangi semula.
Sibbaik pegawai imigresen kata takyah beratur lagi.

8.13am.
Naik bas CW1 ke MRT Kranji.
Guna tiket bas yg tadi (RM2.60).

CABARAN TIGA: NAK BELI KAD TRANSPORTASI UMUM

8.27am.
Kena tanya kaunter pasal pas naik MRT.
Ada segerombolan pelancong remaja dari Malaysia.
Mereka pun keliru.
Mahu beli pas pelancong day trip terpaksa pergi ke MRT Woodlands.
"Tapi wak boleh guna visa kalau ada," kata makcik petugas kaunter itu lagi.

Nota.
Wak memang sudah rancang.
Mahu naik MRT dari Woodlands langsung ke Gardens by the Bay.
Kena ikut MRT Thomson East Coast Line.

Di MRT Kranji tadi wak sentuh visa.
Memang tiada masalah.
Turun di MRT Woodlands.
Mencari MRT laluan Thomson East Coast.

CABARAN EMPAT: TOILET KEJAUHAN

Kena sentuh kad visa lagi.
Ooh disini ada masalah sedikit.
Kerana toilet ada diluar stesen.
Mahu keluar stesen macam malas pula sebab baru sahaja masuk tadi.

8.37am.
Tiba di stesen MRT Woodlands.
Tukar tren East Coast Line.
Tidak perlu keluar stesen.
Cuma kena berjalan kaki yg agak jauh ke belakang.

9.37am.
Sejam perjalanan naik tren.
Tiba di stesen akhir MRT Gardens by the Bay.
Terpaksa keluar stesen dan berjalan menuju dom Flowers.
350meter yg agak jauh dengan panas berdenting.

9.49am.
Tiba di Flowers Dome.
Cari tandas dulu.
Kemudian baru sarapan, yakni makan burger McD Masai tadi.

CABARAN LIMA: MAHU SELFIE YG BAGAIMANA

10.33am.
Masuk ke dalam dom bunga.
Tempat pameran bunga yg kecil.
Tapi dipenuhi pelancong dan peminat bunga.

11.05am.
Walaupun terasa lama.
Sebenarnya setengah jam sahaja didalam dom bunga tadi.
Bayaran sebanyak SGD 53 (RM180) terasa mahal.
Tapi agak berbaloi.
Daripada melancong ke Turki yg jauh nun disono kann.
Cuma takleh naik belon udara panas (hot air balloon) itu je kann. Huhu.

Bersambung ke Bahagian 2 - Menapak ke Merlion. (KLIK)
Kemudian ke Bahagian 3 - Menyusuri ke Changi Airport, Singapura. (KLIK)

Kamus lalat.
Ejaan "travelling" atau "traveling" yg benar?
Travelling (UK) dan Traveling (US). 
Harakmaklong.


12 comments:

  1. Peminat bunga rupanya Wak hikhik ..
    Tapi berbaloi la segala kesusahan tu, bila tengok suasana taman bunga gini. Ohsem!

    ReplyDelete
  2. wahhhh cantiknya semua wak bunga tulipnya tu... hilang kepenatan jln ke sana sini sinun kan wak tgk kecantikkannya tu.

    ReplyDelete
  3. Jauh kena menapak. Hehe patut bawa isteri kut dia peminat tulip.

    ReplyDelete
  4. Dulu2 pegi woodland beli Lycheeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle tau tak kedai yg jual lychee kat woodlands tu semua dh xde dh kene roboh., huhu

      Delete
  5. Wah banyaknya. Singapore memang buat festival tulip tiap tahun ke wak. Lain kali kena terjah ni

    ReplyDelete
  6. Cantikkkkk bunganya wak... seceria warna-warni kehidupan

    ReplyDelete
  7. ada rezeki lg nak ke sini lg. thn lps msk area dpn je. almaklum laa kejar masa. so x leh nak lama2 kat sini

    ReplyDelete
  8. Cantiknya... teringin nak bawak mak ke sana sebab mak suka bunga.

    ReplyDelete
  9. Cantiiiiknya waak, bunga2 tulip tuh. Memang tak payah jauh2 ke Belanda atau turkiye lah yee 😄. Harga tiket pun sebanding kalau secantik itu yang bisa kita lihat 👍👍

    ReplyDelete
  10. Lawanya, berwarna-warni bunga semua. Terer Wak, jalan di negara orang naik MRT je. Saya tak pernah lagi sampai ke Singapore.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...