Terminal South Port Klang @2023 |
Isnin, 1 Mei 2023.
Hari Buruh.
PENGENALAN - PULAU KETAM
Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku. Perkampungan terapung asalnya lantai daripada papan kayu dan sekarang banyak sudah bertukar kepada berkonkrit lantainya. Tiada kereta atau pun motosikal di pulau ini yang ada hanyalah basikal dan basikal elektrik yg senyap. Pulau Ketam sudah lengkap dengan kemudahan asas dan merupakan penyumbang utama bahan mentah laut seperti ikan, ketam dan udang kepada kawasan Lembah Klang. Penduduk tempatan majoriti adalah kaum cina dari keturunan Teochew dan Hoklo (Hokkien). Tapi public toilet masih tahap atas pokok!
Pulau Ketam from Port Klang map @2023 |
PRELUDE - KENAPA PULAU KETAM?
Ini adalah kali pertama wak ke Pulau Ketam.
Gara2 sudah diracuni oleh rakan wak (yg itu).
Beliau sudah pergi kelmarin dengan menaiki tren komuter.
Dari stesen komuter Pelabuhan Klang sepelaung saja ke terminal feri.
Tiada apa yg menarik di sono.
Ada makanan seafood sahaja - dia kemaruk dgn chili crab Cikgu.
Siap disuruhnya wak tapau chili crab itu. Amboii.
Tapi antara pulau yg agak dekat dengan KL kann.
Mahu ke Pulau Pangkor juga agak kejauhan.
PARKIR DISEBELAH INDAH WATER
10.04am - tiba di parkir Terminal South Port Pelabuhan Klang.
Jangan parkir di luar pagar kalau tidak mahu disaman oleh majlis tempatan.
Kadar bayaran parkir ialah rm1 untuk sejam.
Biasa kalau terlambat abam macha itu suruh parkir disebelah kiri.
Dekat dengan loji kumbahan Indah Water yg harum semerbak.
Harga tetap sama tapi agak jauh berjalan kaki ke terminal.
DISAMBUT ULAT2 TIKET
10.11am - sudah beli tiket feri air-cond. RM17 pe-pe (PP - pulang pergi).
Feri akan berangkat pada jam 11.00.
Jangan terus beli pada apek2 ulat cina yg mengejar ketika mahu masuk terminal.
Untuk speed boat biasa (fresh air) ialah rm12.
Nota.
Ada pilihan blogger untuk beli tiket Alibaba Pulau Ketam Cruises.
Nasib baik wak tak beli sebab lagi mahal (RM20 PP).
PERJALANAN NAIK BOT 45 MINIT
10.51am - sudah masuk ke feri.
11.15am - feri mula bergerak memecah ombak ke pulau Ketam.
12.02pm - tiba di jeti Pulau Ketam dengan selamat.
Perjalanan dari jeti Port Klang selama 45 minit mengikut jadual.
TANDAS AWAM TAHAP ATAS POKOK
12,10pm - guna tandas awam sebelah tulis KETAM yg besar itu.
Tandas secara free flow.
Masalah tandas tiada kunci dari dalam. Demm.
Jadi terpaksa guna inisiatif sendiri untuk membuat pintu tidak ditolak dari luar.
Sebab itu wak kagum dengan tandas awam di Indonesia dan Thailand yg tiptop!
Takkanlah nak migrate ke luar negeri pula gara2 tandas awam kann.
12.15pm - sudah tiba di depan balai polis.
SATU2NYA KEDAI MAKANAN HALAL
12.20pm - sudah berjumpa kedai makan Cikgu yg viral di tingkat atas.
Wak pesan nasi putih, ikan kaci 3 rasa, ketam sambal (chili crab), telur dadar.
Kemudian tambah sotong goreng tepung - ni pun ahkak indon pelayan ni boleh terlupa pula.
Minum air sirap ais sahaja.
Rupanya cikgu itu sorang sahaja yg jadi tukang masak.
Didalam kedai makan cikgu tadi.
Ada 4 orang pelanggan remaja cina dari tanah besar China.
Mereka pelajar UIA Gombak.
"Orang dari cina pun tak mahu singgah makan di restoran cina yg berlambak kat bawah tuh, walaupun ada tanda digantung halal..."
"Dorang ni cina muslim wak, " kata Cikgu itu.
"Dorang pun prihatin kalau bab2 makanan halal,"
Nota.
Sebenarnya semasa berjalan2 ke Maybank naik motor selepas ini.
Wak ada ternampak kedai makan muslim.
Disebabkan ada tulisan 'bismillah' diatas pintu kedai itu.
Juga ada warung melayu di depan balai islam.
Tapi warung itu kosong.
BASIKAL BERBATERI MENGUNDANG BAHAYA SECARA SENYAP
1.28pm - sudah tempah dan pakai motor elektrik basikal berbateri.
Kadar sewa ialah RM20 sejam x 2 jam.
Deposit ialah RM50 sahaja.
Masalah dengan motor elektrik basikal berbateri ini.
Kerana enjin yg senyap agak bahaya untuk pejalan kaki.
Tapi bunyi hon yg kuat dan bising sangat buat orang terkejut.
Tidak guna minyak petrol, tapi ada bateri yg dicaj guna elektrik.
1.47pm - naik motor sehingga ke hujung jalan.
Ada dewan besar dan berhala.
BALAI ISLAM (MUSHOLLAH)
2.10pm - sudah tiba di Balai Islam berdekatan jeti.
Usai solat, wak pun terlelap (noon nap) disitu.
Tidak boleh solat qasar atau jamak sebab tidak lebih 2 marhalah.
SATU2NYA ATM MAYBANK
3.02pm - sudah gerak mencari Maybank.
Bertanyalah juga wak pada mamat2 cina tempatan disitu.
Berdekatan sekolah sahaja.
TAHFIZ DAN RUMAH PELANGI PUN ADA
3.14pm - jalan2 mencari sekolah Maahad Tahfiz Mandarin.
3.19pm - merentas jambatan dan jumpa rumah pelangi (Rainbow House).
3.30pm - pulangkan motor elektrik dan ambil deposit RM50.
3.54pm - tiba di tulisan besar KETAM dan toilet tahap atas pokok.
MASA UNTUK PULANG KE TANAH BESAR
3.56pm - tiba di jeti.
Kalau ikutkan naik feri jam 5pm.
Tapi sudah tiba dan feri pun sudah ada.
Langsung wak naik ke dalam feri dan ada tempat duduk.
4.15pm - feri pun bergerak membelah lautan.
4.24pm - boleh pula feri singgah di jeti Sungai Lima Pulau Ketam.
Ramainya orang masuk walaupun sudah penuh.
Ramai yg berdiri sehingga feri menjadi senget.
Seram juga.
Jangan feri tenggelam sudah.
5.06pm - tiba di jeti terminal South Port Klang dengan selamat.
5.15pm - naik cikputih yg parkir bawah kepanasan matahari.
Bayar RM8 (8 jam) untuk parkir pada abam macha yg sedia menunggu.
Begitulah serba sedikit pengalaman wak ke Pulau Ketam balik hari.
Wak segera letak disini agar wak tidak lupa.
Tidak perlu tunggu berbulan2 untuk update blog! Kanns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Ulat at Terminal Penumpang South Port Klang @2023 |
Terminal South Port Klang @2023 |
On the way to Pulau Ketam @2023 |
Warning signboard for Nothing! Pulau Ketam @2023 |
Kedai Makan Cikgu @2023 His specialty is the chili's crab |
Hiring Electric Motorcycle @2023 |
Pulau Ketam @2023 |
Maahad Tahfiz Mandarin, Rainbow House Pulau Ketam @2023 |
Pulau Ketam @2023 |
Maybank, Pulau Ketam @2023 |
Rainbow House, Pulau Ketam @2023 |
Inn and Mini Post Office, Pulau Ketam @2023 |
Warning notice for Police Department, Pulau Ketam @2023 |
Going home from Pulau Ketam @2023 |
Port Klang town mural @2023 |
Wak kalo bahasa Malaysia PP apaan? Dulu pas saya masih di Penang, saya sebutnya roundtrip, tapi itukan bahasa inggris. Saya ingat2 tetap tak ingat bahasa melayunya 🤣.
ReplyDeleteMoga2 nanti saya bisa juga ke pulau ketam nih. Tapi pulau2 seribu di jakarta saja saya belum datangin 😅
PP tu Pulang Pergi dalam bahasa Melayunya Pergi Balik.. gituu la ;p
DeleteEh... uncle ada kat sana masa mural tu di lukis... Ni ha --->
ReplyDeletehttps://blogbeginsatforty.blogspot.com/2019/01/january-30-2019.html
Asiiknya Wak jalan dan jajan...seru banget wak😀
ReplyDeleteDay trip cara Wak memang sempoi dan terbaik! Pernah dengar dan tengok aje kat map pasal Pulau Ketam ni Wak. Terima kasih berkongsi pengalaman sebenar masih ada tempat di Malaysia ni hanya guna beskal/beskal elektrik kekdahnya. Btw statement last tu I is terasa tau
ReplyDelete