May 21, 2023

TOO EARLY GOING TO NAGOYA HILL MALL

Nasi Campur, Nagoya Hill Mall @2023

 

Ahad, 21 Mei 2023.

Pagi2 tadi jam 8am sudah berlarian ke Nagoya Hill mall.
Wak pesan Grabcar tapi pin gps kesasar ke seberang jalan. Rp30,000 (RM9)

Nagoya Hill mall akan dibuka jam 10am.
Makan nasi campur dahulu di medan selera tingkat atas.

Guna tandas awam yg bersih walaupun dimana2.
Tidak seperti di Masai.

Mahu cari toko pengurup wang (money changer).
Tapi toko tukar uang akan dibuka jam 11am.
Aiyah.

Berjalan kaki ke tengah bandar.
Banyak sungguh kedai2 (toko) money changer di tepian jalan (rumah kedai).

Kadar tukaran uang.
RM1 = Rp3,200
RM600 = Rp1,950,000

Dari kost ringin pitu Nagoya.
Pesan Grabcar tapi wak tak tetapkan pin gps.
Pak supir sudah tunggu di hotel yg lain.
Wak terpaksa batalkan.
Kemudian wak tempah Grabbike. Rp20,000 (RM6)
Hujan gerimis menitis2 sahaja.

Kamus lalat.
Traktir = belanja makan yakni membayar harga makanan dan minuman dll.
Belanja = berbelanja membeli belah dan shopping barang2 dapur dll ya kawan2.

=====================================================

Ahad, 21 Mei 2023.

Malam pula wak berlarian ke Kuliner Malam Batam.
Terletaknya monumen Welcome to Batam.
Tapi monumen tulisan Welcome to Batam itu masih tiada lampu.
Wak tengok tidaklah semeriah tahun lepas.
Mungkin disebabkan bukan malam minggu.
Wak beli jagung rebus sahaja. Rp8,000
Masa datang tadi wak berjalan kaki sahaja.
Tidak jauh sangat cuma satu kilometer.
Tapi balik terasa malas pula mahu berjalan kaki.
Wak pesan Grabbike sahaja. Rp8,500

Kali terakhir wak tiba di kawasan ini pada tahun lepas - 16 Juli 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nasi Campur, Nagoya Hill Mall @2023
Kost Ringin Pitu Nagoya @2023
Welcome to Baram mural @2023
Pollux Habibie Batam @2023
Monumen Welcome To Batam @2023
Monumen Welcome To Batam @2023
Monumen Welcome To Batam @2023
Monumen Welcome To Batam @2023

4 comments:

Comment at your own risk.

MENCUBA LONTONG KERING SELEPAS TURUN DARI TASIK BIRU KANGKAR PULAI 2024

  Khamis malam Jumaat, 31 Oktober 2024. Cuti umum sempena perayaan Deepavali . Pagi2 jam 4.30am sudah bangun. Untuk hantar anak lanang ke Se...