May 28, 2023

TEMPAT MENGINTIP SINGAPUR DARI PANTAI TANJUNG PINGGIR

 

Ahad, 28 Mei 2023.

Pagi tadi hujan turun.
Wak kena tunggu hujan reda sehingga jam 9.30am baru pesan Grabbike.
Kalau hujan turun nanti akan kebasahan atas dan bawah kann.

PRELUDE: BATAM TO PEKANBARU

9.51am - tiba di Terminal Ferry Domestik Sekupang.
Lepak2 dahulu didalam terminal.
Sambil tanya2 harga tiket dan jadwal keberangkatan ke Dumai.
Rupanya hanya ada satu feri ke sono setiap hari.
Rute perjalanan akan singgah di Tanjung Balai (Karimun), Selat Panjang, Bengkalis.
Feri berlepas jam 7.30am.
Dijangka tiba di terminal feri Dumai jam 2.30pm.
Perjalanan selama 9 jam.
Harga tiket ialah Rp550ribu (termasuk boarding pass Rp10ribu).

11.30am - sudah keluar dari terminal.
Rencana wak mahu ke pantai Tanjung Pinggir yg dekat sahaja.
Punyalah ramai ulat2 teksi disitu.
Mereka minta Rp40ribu.
Padahal apps Grab cuma tawarkan Rp8,500.
Bila wak tunjukkan harga Grab, ada yg tawarkan Rp15ribu.

Terpaksa wak keluar dari parking terminal ke tepian jalan.
Wak pesan Grabbike  dua kali dibatalkan oleh pak supir.
Kemudian kena pasang Gojek barulah diterima. Rp12ribu.

11.39am - naik Gojek ke pantai Tanjung Pinggir.
11.52am - tiba di pintu masuk. Bayar Rp10ribu.

Janji dengan pak supir Gojek untuk tunggu setengah jam.
Wak cuma mahu tangkap gambiran 2 3 keping sudah.
Bukan wak baru sampai Singapura minggu lepas ke?
Link: Tulipmania, Merlion & Vortex Rain Singapore.

12.15pm - sudah naik Gojek untuk pulang ke bandar.

12.45pm - tiba di apartment.

DILEMMA TO WITHDRAW USING MAYBANK CARD

Sore wak cuba keluar kan duit dari Maybank mesin ATM.
Tapi tidak boleh walaupun wak sudah periksa tarikh pengeluaran telah di siapkan sehingga esok (29/5). Aiyahh. 

Malam wak cuba sekali lagi ke mesin ATM Bank BCA pula dgn bro ASY.
Sama kuchiva.
Bro ASY siap mahu tolong keluar kan uang melalau akaun banknya. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

5 comments:

  1. rajin wak jalan-jalan cuci mata hujung minggu...

    ReplyDelete
  2. beza ya harga grabbike dgn gojek...lamanya perjalanan ke Dumai, 9jam dlm feri...huhu..

    ReplyDelete
  3. lamanya wak perjalanan dr laut tu sampai 9 jam aduh capek. Boleh tahan depa punya kelentong sampai 40k sedangkan tak sampai 10k pun ye. cantik gambar laut, gambar laut tak pernah tak lawo

    ReplyDelete
  4. Langit dan lautnya sama² membiru 😍

    ReplyDelete
  5. Saya pergi SG tahun lepas tengok PG dari Punggol.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...