A view from my apartment @2023 |
Jumaat, 19 Mei 2023.
Pagi2 tadi jam setengah tujuh (yakni 6.30am) sudah naik van syarikat.
Potong rumput di galangan kapal.
Sebelum itu singgah sarapan di Tanjung Uncang.
Wak pesan prata kosong (roti canai) 2 keping.
Teh tawar.
Dulu pernah cuba mie lendir. ;p
Ada drama disini.
Bila bro HAM kata tak boleh pakai baju coverall yg ada jalur gemilang.
Logo syarikat Malaysia pun tidak boleh ditayang disini.
Anti negara asing yg kuat dan menebal.
Kemudian bro IRI sanggup pinjam pen permanent wak untuk hilangkan jalur gemilang pada coverallnya.
Dan bro HAM suruh wak lipatkan bahagian atas coverall dan silang di pinggang sahaja.
Tengahari jam 11.40am keluar dari galangan.
Solat jumaat berjemaah di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, Tanjung Uncang.
Risau juga sebab wak tidak pakai selipar jepun tidak seperti rakan2 yg lain.
Tapi bagusnya di negeri ini, hampir setiap masjid dan musollah.
Ada disediakan tempat penitipan barang (simpanan kasut).
Tidak risau akan kehilangan sepatu atau kasut.
Nota kenangan lalat.
Kejadian hilang kasut wak di surau Puduraya beberapa tahun yg lampau masih menghantui sehingga kini.
Usai solat jumaat tadi, pak supir bawa ke restoran nasi padang berdekatan galangan.
Tapi wak tak jadi sertai mereka makan.
Wak lepak dalam van dan tidur (noon nap) itu yg lebih penting.
Kamus lalat.
Galangan kapal = shipyard, adalah sebuah tempat yang dirancang khusus yang dilengkapi fasilitas pendukung untuk proses pembuatan, pemeliharaan dan perbaikan kapal. Kapal-kapal ini dapat berupa jenis kapal dagang, kapal penumpang, kapal wisata, kapal militer dan sebagainya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
kenapa diorg nak Anti negara asing ye.. tak faham la.. tiba2 teringat korea utara plak hihi.. tpi perkara lain ok aje kan
ReplyDeleteBarangkali tempat mereka itu sudah cukup sempurna dari segala segi!
ReplyDeleteDah masuk kerja balik ye Wak?
ReplyDeleteSaya pun kurang faham, kenapa anti Malaysia. Kalau kat negara omputih tu, ye la, ada islamophobia.
ReplyDeleteKatak bawah tempurung tu.....
ReplyDeleteSelalu masih ada golongan orang2 yg picik seperti itu memang Wak. Biasanya takut kalah saing Ama orang asing. Tipe manusia yg tak kuat compete satu sama lain.
ReplyDelete