May 18, 2023

THE DAY I FLY AWAY TO BATAM 2023

Old Town White Coffee, Subang Airport @2023


Khamis, 18 Mei 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Lapangan Terbang Subang Airport
Kali terakhir ke Batam pada Julai 2022.
Tapi tahun lepas lawatan kerja cuma seminggu sebelum langsung ke Jakarta.
Kali ini mungkin 2 bulan dan wak dijangka akan beraya haji disini.

Bagasi besar seberat 14kg untuk masuk kargo.
Beg kedua seberat 7kg untuk masuk kabin.
Dan beg laptop dan juga beg silang.
Walaupun beg masuk kabin cuma dibenarkan satu sahaja yg berat tidak melebihi 7kg.
Semoga dipermudahkan. 

Sejam setengah juga penerbangan dari Subang Airport ke Bandara Hang Nadim.
Sebab kapal pesawat muter memusing mengikut dari arah selatan Pulau Bintan
Dan ke Singapura kembali.

Dari bandara ada abam supir menghantar ke Panbil Mall.
Tujuan untuk tambah nilai simcard.
Rasanya wak seorang yg tambah nilai guna kad sim yg lama, MyXL.
Sebab wak beli kad sim dan register IMEI di Batam tahun lepas - 2022.
Manakala rakan2 yg lain bermasalah dan terpaksa beli kad sim yg baharu.
Mereka kan semua beli di Gandaria Jakarta.
Mereka kini guna Telkomsel.
Lama juga di situ dan langsung makan siang.

Selepas itu barulah pak supir menghantar kami ke tempat penginapan. Pollux Habibie

Sore jam 5pm pak supir menghantar kami ke pasaraya.
Berdekatan monumen Welcome To Batam itu.
Kami beli barangan masakan didapur, beras, minyak, telur dll.
Wak cuma beli telur sepapan, sikat gigi, ubat gigi dan selipar jepun. Rp100k (RM30)
Juga wak beli teko listrik untuk rebus telur itu. Rp55k (RM17).
Kemudian di rumah wak jadi menyesal kerana teko listrik sudah ada disediakan.
Aiyah - jadi menyesal pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Thanks to Razman for taking this photo @2023
Subang Airport 


Hang Nadim International Airport, Batam @2023
Pollux Habibie Meisterstadt, Batam @2023
Bukit Indah Sukajadi, Batam @2023
Bukit Indah Sukajadi, Batam @2023

12 comments:

  1. Selamat, Wak. Tajuk entri ni macam sedih je.

    ReplyDelete
  2. Wow...menarik ni wak...Batam ni impian nak pi sini...

    ReplyDelete
  3. Ramai jugak geng yang pergi bersama Wak.

    Moga Allah permudahkan urusan kerja Wak di sana.

    ReplyDelete
  4. Belum sampai sana, ramai kata best jugak. Moga semuanya smooth & ceria.

    ReplyDelete
  5. selamat bertugas di Batam. Wah! Sedapnya buleh kerja di overseas.... abe kie ni mengajar di sek je la sampai pencen!

    ReplyDelete
  6. Selamat bertugas di Batam...

    ReplyDelete
  7. Potong rumput di Batam pula ye Wak. All the best 😁

    ReplyDelete
  8. tak pernah ke Batam. selamat bertugas ye Wak.

    ReplyDelete
  9. cantik dan selesa Pollux Habibie Meisterstadt, Batam tu

    ReplyDelete
  10. Wah, Wak sudah sampai di Batam.
    Ah, saya belum pernah berkunjung ke Batam, jadi lumayan terhibur juga melihat foto-fotonya.

    Salam persahabatan, Wak

    ReplyDelete
  11. Belum sampai lagi. Apa bestnya batam wak. Tenguk ramai je yang pi shopping kat Batam. Selamat potong rumput wak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

MENCUBA LONTONG KERING SELEPAS TURUN DARI TASIK BIRU KANGKAR PULAI 2024

  Khamis malam Jumaat, 31 Oktober 2024. Cuti umum sempena perayaan Deepavali . Pagi2 jam 4.30am sudah bangun. Untuk hantar anak lanang ke Se...