May 26, 2023

NASI CAMPUR JOWO PACITAN DI BATAM

Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023

 

Jumaat, 26 Mei 2023.

Pagi tadi semasa turun untuk naik van ke kantor potong rumput.
Sempat lagi melayan matahari terbit di ufuk timur.
Sebelum hujan turun lebat secara tiba2.

Tengahari hujan masih turun dengan lebat.
Usaha ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang.

Malam pula bersama pak NGA dan KOM.
Berjalan kaki ke kedai makan Jowo Pacitan.
Wak makan nasi campur stail wong Jowo.

Ooh.
Masa pulang dari makan malam tadi.
Pak KOM kasi tahu famili dia tinggal di bandar Tasikmalaya.
Jaraknya sejauh 5 6 jam pemanduan kereta melalui lebuhraya bertol.
Tapi aslinya dia berasal dari Betawi.

Ooh lagi.
Petang tadi wak kasihan dengan bro NAZ.
Sebab tiba2 folder dalam laptopnya hilang.
Bila mamat IT Jakarta cuba tolong pun tidak dapat buka fail2 itu.
Malangnya semua fail2 tersebut jadi rusak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023
Pollux Habibie Apartments Surnise @2023
Pollux Habibie Apartments Surnise @2023
Afternoon at the shipyard @2023
f
Friday prayer at Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang @2023
Nasi Campur Jowo Pacitan @2023
Nasi Campur Jowo Pacitan @2023

4 comments:

  1. Nasi campurnya bukan macam Nasi Padang ke wak?

    Macam mana folder boleh hilang? Atau ada yg sabotaj?? Hahhaa.. banyak tengok filem sy ni.

    ReplyDelete
  2. Kena backup kat cloud lepas ni wak... projek juta2 tu!

    ReplyDelete
  3. Lorr..di Batam rupanya wak...padan ler tak nampak di Bunian..hehehehe..Selamat bertugas wak..

    ReplyDelete
  4. kena buat backup lain kali macam tu..kalau folder hilang, nangis...maklumlah kita sekarang ni semua suka simpan dalam laptop/pc...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

WAK DAH TRY VIETNAMESE PEACH TEA KAT WARKOP KOPI SAIGON KAMPUNG BARU 2024

  Jumaat, 19 April 2024. Pagi tadi singgah di warung Mak Leha. Kampung Baru