May 6, 2023

TIADA LAGI KERIS MELAYU TEGAK BERDIRI DI TUGU PERINGATAN KELAMAH

Looking at Segamat KTM Railway @2023

 

Sabtu, 6 Mei 2023.

Pagi tadi bersarapan di Restoran RZ.lagi sekali.
Sebab tiada kedai mamak dan restoran Melayu lain.
Selepas itu wak terus berlarian ke Jambatan Putus Buluh Kasap.
Kali terakhir wak tiba di sini lebih 14 tahun lepas- Okt 2009.

Sejarah Jambatan Buloh Kasap.
Jambatan bersejarah semasa Perang Dunia Kedua.
Terletak di Pekan Buloh Kasap, Segamat, Johor, Malaysia.
Dibinia oleh kerajaan British pada tahun 1926 dan siap 1930.
Semasa Perang Jepun, ianya diletupkan oleh tentera British pada 20/1/1942.
Tujuan menghalang kemaraan tentera Jepun menuju Singapura.

Kemudian meneruskan perlarian ke Gemenceh.
Singgah di tugu peringatan perang Sungai Kelamah.
Ada lencongan disebabkan kerja2 pembuatan jambatan yg baharu.

Ooh.
Kali terakhir kemari -Mei 2009.
Ketika itu wak nampak ada replika keris gergasi yg sudah terkulai layu.

Sejarah Tugu Peringatan Sungai Kelamah.
Tugu dibina memperingati bekas tentera Australia dan Jepun yg terkorban.
Pertempuran berlaku pada 14/1/1941.

Nota. Papan tanda yang didirikan oleh Kementerian Pelancongan telah meletakkan tarikh yg salah 1941 dan ejaan Australia yg salah.

Kemudian dari situ wak akhirnya beraya di Taman Enstek. Shahrol

Movie lalat.
Lady Chatterley's Lover (2022)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jambatan Putus Buloh Kasap Segamat @2023
Jambatan Putus Buloh Kasap Segamat @2023
Jambatan Putus Buloh Kasap Segamat @2023
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah @2023
Japanese vs Australian 1942
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah @2023
Japanese vs Australian 1942
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah @2023
Japanese vs Australian 1942

9 comments:

  1. takde gambar lama keris tu ke wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. gmbr lama ada keris wak letak link tu., yg skrg keris tu dh xde dh kene buang., huhu

      Delete
  2. Hush pusing dunia sungguh ni wak. Dari muar pi segamat pi gemencheh. Bandar segamat asyik banjir je akhirnya landasan hah tu dia buat tinggi supaya tak kena banjir.

    ReplyDelete
  3. banyak sejarah...tugu keris Taming Sari masih ada di Kuala Kangsar..

    ReplyDelete
  4. Pernah beberapa kali ke Segamat, sayangnya tidak tahu akan kewujudan jambatan putus itu :(

    ReplyDelete
  5. Saya pulak baru tau kewujudan tugu peringatan perang Sungai Kelamah tu.

    ReplyDelete
  6. seronok pergi ke tempat macam ni, dapat belajar sejarah.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...