Apr 30, 2023

NASI LEMAK AKKA INDIA DI SERI KEMBANGAN JADI VIRAL, ORANGRAMAI SANGGUP BERATUR 7 JAM

Warung Bunian @2023
Jalan Sungai Merab

 Ahad, 30 April 2023.

Perhatian lalat.
Entri ini tiada kena mengena dengan tajuk nasi lemak Akka India yg tengah viral itu.
Disebabkan tular sehingga menimbulkan kekecohan dan huru hara.
Link: Malaysia Dateline

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke warung bunian.
Tiba jam 7.15am pun orang sudah ramai.
Tapi kaunter pesanan hanya dibuka jam 7.30am.
Nampak ada perubahan sedikit.
Biasa kena beratur baru boleh duduk di meja walaupun ada yg kosong.
Siap kena marah dengan awek pelayan yg tidak mesra alam sungguh.
Tapi pagi ini boleh duduk dahulu tapi kena beratur juga untuk pesanan.
Siap mamat penjaga kaunter tanya nombor meja dimana.

Tapi ada sahaja pelanggan yg tidak puas hati bila kena beratur begitu.
Mereka bandingkan dengan kedai mamak yg servis tiptop tahap dewa 24 jam.
Kedai mamak kan kalau kita belum duduk siap ada pelayan datang ambil pesanan.

Dipendek cerita.
Wak pesan nasi lemak bungkus dan roti canai seperti biasa. 
Air teh kosong, gula asing.

Tapi terdengarlah juga ketidak puasan hati pelanggan yg duduk disebelah wak.
Walaupun makanan sudah tiba diatas meja. 

"Kita bukan taknak sokong orang kita niaga,"
"Kalo banding dengan mamak marah pulak," kata abam itu bisik2 dgn bini dia.

Tengahari pula wak berlarian pula ke Ikea Damansara.
Tapi lepak2 sahaja di restoran siam Tuk Tuk di One Utama East Wing.

Kemudian berlarian ke Taman Cheras Utama.
Iktikaf dalam masjid sampai solat zohor berjemaah.
Usai solat, sempat terlelap beberapa minit.
Sehingga hujan turun anjing dan kucing lebatnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Warung Bunian @2023
Near Ikea Damansara @2023
Restoran Tuk Tuk One Utama @2023

6 comments:

  1. Nama kedai tu betul kedai bunian ye, Wak?
    Entah orang sekarang sanggup beratur 6-7 jam untuk nasi lemak.

    ReplyDelete
  2. Macam-macam ye Wak... saya berangan nak buka warung nasi ambeng depan rumah lepas bersama nanti.

    ReplyDelete
  3. Panasaran lah Wak Ama rasanya 😄. Saya dah rindu sangaaaat dengan nasi lemak, roti canai, nasi kandar 😅. Tak sabar juli ini ke Penang, lalu nak puasin kuliner Malaysia. Tak taulah sempat ke tidak mampir KL.

    ReplyDelete
  4. huh! Kalu sy la x sanggup beratur lama2 mcm tu biarpun makanan kat situ org kata sedap... baik cari kat tempat lain je...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...