Apr 14, 2023

HOW TO FIND YOUR UNREAD AND MISSED EMAILS

 

Masjid Riyadhus Solihin Serdang Jaya @2023

Jumaat, 14 April 2023.

Pagi tadi ke kantor.

Tengahari sudah berlarian ke Seri Kembangan.
Mencari masjid untuk bersolat jumaat tidaklah sesukar mana.
Walaupun di kawasan perumahan yg tidak pernah dijejaki sebelum ini.
Hanya dengan bantuan paman Google Maps tentunya.

Ooh.
Tadi ada kekecohan sedikit.
Kerana surat penyambungan kontrak potong rumput wak masih belum diterima.
Padahal kontrak sudah tamat hujung bulan lepas.
Peliknya rakan sekerja yg sama2 mula bekerja sudah terima lama suratnya.
Selepas ke hulu hilir.
Rupanya pihak penyelia sudah hantar emel sebulan yg lepas.
Wak sahaja yg terlepas pandang dan tidak membacanya. Huhu.

Movie lalat.
House of Gucci 2021. Apabila Patrizia Reggiani (Lady Gaga), orang luar yg biasa2 yg tiada apa2 kemewahan, berkahwin dengan keluarga Gucci (Adam Driver), cita-citanya yg tidak terkawal mula merosakkan warisan keluarga dan mencetuskan rangkaian khianat, kejatuhan, membalas dendam - dan akhirnya pembunuhan. Hancurnya sebuah empayar Bosskur. pengajarannya: semasa muda bujang trang tang tang jangan terjebak dgn tipu daya seorang pompuan sechantek dan sejelitter Lady Gaga ataupun Rosmah.. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. Haha..menarik pengajaran cerita. Email termasuk spam folder ke, Wak?

    ReplyDelete
  2. Waduh, kok ilang surat kontraknya...

    ReplyDelete
  3. wak-wak kepriye lah boleh tertinggal emel yg penting tu...

    ReplyDelete
  4. Hero selalunya dapat (kontrak) yang terakhir...

    ReplyDelete
  5. boleh pulak terlepas membaca ye. masuk spam lah tu

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....