Sungai Merab Sunset just now @2023 |
Isnin, 10 April 2023.
Pagi2 tadi sebelum berlarian ke kantor.
Wak singgah di kedai cuci kereta di pekan Dengkil.
Bodi cikputih pun sudah berdebu dan penuh lumpur.
Balik dari Taman Negara kann.
Comot atas dan bawah.
Tiada kenderaan lain disitu ketika itu.
Ada 4 pekerja Nepal rasanya dari tulisan pada tshirt mereka.
Dan ada satu supervisor berbangsa India disitu.
Usai cuci kereta, bila ditanya harga cucian.
"lima belas hinggit wak," kata macha.
Wak agak terkejut juga.
Kerana biasanya harga cucian cikputih (kereta sedan biasa2) cuma rm12 sahaja.
Tidak kiralah samada di KL atau di Masai.
Kalau rm13 pun terasa agak kemahalan.
Tapi wak tidaklah hilang akal.
Wak bayar sahaja lah.
Olehkerana wak tidak cukup uang kecil.
Wak kasihlah duit dua poh hinggit sekeping.
Macha tiada pula uang kecil.
Mungkin disebabkan masih pagi lagi dan wak pelanggan pertama agaknya.
"Berapa wak ada?" tanya macha itu lagi.
"Tak cukup, cuma tiga belas hinggit," sambil wak tunjuk duit juta2 dalam wallet wak.
Tidak mahu terima pula. Aiyahh.
Habis tadi kenapa kamu nanya? Kamu bertanya-tanya?
Langsung macha pergi ke kedai runcit sebelah untuk tukaran.
Dan kemudian dikembalikan juga uang lima hinggit.
Nota lalat.
Tadi malam tiba2 dapat panggilan dari nombor yg tidak dikenali.
Rupa2nya anak wedok wak yg sedang kuliah itu.
Dia guna henfon rakan serumah.
"Bah, henfon anaknda dah rosak,"
"Ringtone ada, tapi tak masuk call,"
Dipendek cerita, sudah terbeli Samsung A34 5G. RM1600
Kali terakhir beli Redmi Note 8 pada tahun 2020 - No S-Pen.
Semoga dapat bertahan sekurang2nya 3 tahun lagi.
Movie lalat.
Win It All 2017.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
From her phone via whatsapp @2023 |
Betul Wak..depa dah mula suka hati letak harga..Kalau pergi carwash yang budak2 kita pula,kalau tak bagi tips moncongnya boleh sangkut baldi.Dah jadi wajib pula kena bagi tip.nak basuh sendiri..memang tak laaa🤣
ReplyDeleteKat sini, kete biasa, RM15. Mpv RM20. Huuu...
ReplyDeletelama sangat tak basuh kete sendri..malas betul nk ke carwash wak
ReplyDeletealamak sudah harga rm15 ye? area Perak masih dpt rm10-rm12.
ReplyDeletekat area rumah, masih lg RM10...
ReplyDeleteSkrg foreign workers ramai berlagak tuan, itu yg suka-suki letak je harga.. apa² service pun main quote je harga. Takde pula pemantauan :(
ReplyDeletekereta saya RM25 sebab guna water wax..tahan sebulan tak basuh..
ReplyDeleteTadi saya convert ke Rupiah, tak jauh beda dengan harga cuci mobil di tempat langganan saya Wak 😅. Apalagi kalo tambahkan tips, makin mahal 🤣. Tapi mau cuci sendiri, dah tak nak memang.
ReplyDeletetu sebab suka pergi kedai yang tunjuk siap-siap harga
ReplyDelete