Jan 23, 2023

APA ARTI ARI MANEH SAHA DALAM BAHASA SUNDA

Maxx Coffee, Lippo Mall Kemang @2022

 Isnin, 23 Januari 2023.

Pagi2 tadi wak berlarian ke kantor.
Sebab ingatkan mahu buat kerjaan potong rumput.
Disebabkan kelajuan wifi di kamar kost laju macam siput khinzir.

Tak bila wak sampai.
Pintu di dua2 lantai 5 dan 8 masih ditutup kencang.
Yo wes lah.

Jadi wak pulang ke kost dgn sangat kuchiva.
Degil sangat konon mahu buat kerja di kantor.
Tapi hari ini kan cuti bersama sempena hari Imlek (CNY).

Selepas itu, wak berlarian ke Lippo Mall Kemang.
Tempat wak mula2 datang ke restoran Papparich.
Gara2 mahu makan nasi lemak.
Tapi kali ini wak lepak2 sahaja minum air green tea latte - 52rb (rm15) yg manis potong kaki.
Terpaksa pesan air mineral juga.

Kemudian wak berlarian ke Muara Angke.
Naik busway no 6C ke Blok M Square.
Kemudian tukar bis no 1 ke Kota.

Di halte Kota, tukar bis no 5A ke Pliut.
Turun di kampung nelayan Muara Angke yg bau terasi (belacan).
Tujuan mahu jalan2 tengok rusun (Rumah susun, aka PPR) disini.
Masuk sekejap ke rusun Buddha Tsu Zhi sahaja.
Keadaan rumah tidaklah seburuk dan seteruk yg wak sangka.
Mungkin disebabkan rusun ini baru diduduki.

Kamus lalat.
Ari maneh saha bermaksud kamu siapa?

Kemudian wak pun balik ke gagang.

Hafazan lalat.
Surah as Shuraa 42 ayat 19 - Allahu lathifum bi'ibadihi yarzuqu may yasya', wahuwal qowiyyul 'aziz.
 اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ ࣖ ( الشورى: ١٩ )

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. Kalau air manis, bisa ditawar dengan mineral water, cuma kandungan gulanya tetap sama, kalau kita minuum semua air manisnya.

    Oh, itu maksud ari maneh sara. Susah nak hafal la wak.

    ReplyDelete
  2. Kamu siapa? dua suku kata manakala ari maneh saha tiga suku kata...kurang sikit tona jawaban kekurangan ajaran disitu...

    ReplyDelete
  3. Pekerja contoh rupanya Wak ni. Hari cuti pun datang kerja :D

    ReplyDelete
  4. Pekerja contoh rupanya Wak ni. Hari cuti pun datang kerja :D

    ReplyDelete
  5. Rajin plak wak ni..orang suruh cuti kan...pi la jenjalan....

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

CUTI UMUM SEMPENA HARI NUZUL QURAN 2024

  Surah al-Alaq @2024 Khamis malam Jumaat, 28 Mac 2024. Hari cuti umum sempena Nuzul Quran untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.