Oct 24, 2017

BERKUNYIT DI CAR WASH SEPOH HINGGIT

Perjiranan 9, Pasir Gudang this afternoon.

Sila abaikan dua orang Bangla yang sedang kepenatan itu.

Sejak balik dari Pengerang kelmarin dengan tubuh badan cikPutih yang masih penuh dengan tanah kemerahan, penulis masih tidak berkesempatan untuk mencuci cikPutih itu. Tengahari tadi baru tergerak menghantar ke tempat cuci kereta walaupun langit sudah mendung dan hujan gerimis sudah mula turun. Biarkan biarkan. Bagusnya di sini, harga mencuci kereta masih belum naik harga. Tempat cucian lain sudah menjangkau rm14.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 23, 2017

WEEKEND CITY BREAKS

KLCC View from Bukit Belacan this morning.

Hari hujung minggu penulis telah berlarian ke bandaraya. Tujuan hanya untuk menjenguk rumah merpati penulis yang itu dan membeli sebongkah berlian.

Nota sangsi lalat. Penulis perasan ada satu bangunan menara lebih tinggi dari KLCC di sebelah kiri itu yang sedang dibina dengan gigihnya. Ada kawan beritahu, itu menara Najib utk kekasih hati seperti Taj Mahal di Indon. Mungkin nanti namanya "Ros Mahal" agaknya. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is Bukit Belacan greens.

Oct 19, 2017

TELUR BAWAH AYAM KAMPUNG



Hari ini hari cuti umum sempena perayaan hari Deepavali.

Projek ke pulau Batam juga tergendala kerana ketidak-tenteraman jiwa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 16, 2017

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE MYEG ATAU POS MALAYSIA



Kelmarin kan sudah harijadi anak wedok. Jadi lesen memandunya pun sudah mampus. Link: So I ate my favorite salmon steak.

Petang tadi, penulis sudah berlarian ke Tesco. Mula-mula penulis bertanya di kaunter Myeg. Awek muda jelita beritahu, "kami amek masa 3 hari wak, kami pakai runner, pastu anak wak kene bagi gambar dgn background hitam atau putih." Pening kepala penulis sebentar. "Tapi wak boleh tanya di pejabat pos sebelah tu kalo nk cepat," beritahu awek muda jelita itu lagi.

Di kaunter pejabat pos, ahkak beritahu, "cuma perlu lesen lama." Bila ditanya tentang gambar, "tak perlu wak, kami tak sama dgn myeg, sistem kami berbeza," kata ahkak pos lagi.

Olehkerana tidak ramai orangramai, urusan pembaharuan lesen memandu anak wedok tidak sampai 5 minit sudah siap. Negara sudah maju kan.

Nota lalat. Kalau anak sudah dewasa besar dan panjang, sudah bekerja sendiri, lebih eloklah bayar pembaharuan lesen guna duit gaji sendiri ya. Tidak perlu lagi mengharap bantuan ayahanda.

Nota lalat 2. Sekarang lesen mati pada tarikh lahir. Jadi kalau tak mahu datang renew setiap tahun pada harijadi di kaunter pejabat pos, sila renew 5 tahun sekali ya. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

STULANG LAUT SUNRISE THIS MORNING



Pagi-pagi subuh sepi-e penulis sudah berlarian di tepian tambak Stulang Laut. Penulis tak ke seberang tambak tapi. Tengahari pula berlarian semula ke Melaka menghantar anak lanang pulang ke hostelnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 14, 2017

A PROBLEM HAS BEEN DETECTED TO YOUR COMPUTER

On Jalan Wong Ah Fook this morning.

Hari Sabtu yang biasa-biasa. Tengahari sempat lagi ke pasaraya Todays membeli baju untuk anak lanang yg tinggal di asrama itu.

Nota error lalat. Penulis ternampak sistem pada beberapa papan tayang iklan di Jalan Wong Ah Fook yang rusak pagi tadi. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2017

SO I ATE MY FAVORITE SALMON STEAK



Sebenarnya harijadi anak wedok jatuh pada hari Ahad, 15 Oktober. Hari ini hari jumaat 13hb (baca, Friday the 13th). Tapi hari hujung minggu ada kaum kerabat yang ada urusan lain. Jadi penulis pun berlarianlah meraikan harijadi anak wedok malam tadi. "Nak makan sushi lah bah," katanya seperti biasa. Makan di Sushi King Aeon Tebrau City sudah. Tiada kek harijadi tapi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MEE KOLOK MACHAP



Semalam petang penulis telah berlarian ke Simpang Ampat untuk mengambil pulang anak lanang dari hostelnya. Esok Jumaat kan cuti cuti sempena harijadi Sultan Melaka Yang Dipertua Negeri Melaka. Eh, Melaka mana ada raja kan?

Dalam perjalanan pergi, singgah di RnR Machap arah utara. Penulis pesan mee kolok padahal baru semalam penulis menjamah mee maggie di rumah. Kesian kan, hari-hari makan mee maggie. Usai makan, baru perasan ada seekor lalat tergolek dalam mangkuk hayun itu.
Yo wes. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 12, 2017

SEPETANG DI PENGERANG



Petang tadi penulis telah berlarian ke Pengerang untuk berjumpa dengan kawan kenalan. Bukan urusan kerja. Hajat hati hendak menangkap gambiran jeti lama di sini ketika matahari terbenam pun tidak kesampaian. Kalau ada jodoh dan rezeki, insyaAllah nanti kita berjumpa lagi. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 10, 2017

HOW TO TRAP A RAT IN YOUR HOUSE



Kelmarin isteri penulis yang itu sudah guling-guling kegelian dan membebel pot pet pot pet kerana ada tikus didalam rumah. Penulis sudah gunakan perangkap yang lama yang sudah rosak tapi tidak berkesan. Umpan dimakan tapi pintu sangkar tidak tertutup. Olehkerana tiada kesabaran yang tinggi, isteri penulis yang itu juga telah membeli perangkap jenis gam guna duit dia sendiri tapi masih tidak berhasil.

Jadi, semalam penulis telah berlarian ke kedai hardware milik budak Bangla itu membeli perangkap sangkar yang baharu (RM13).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 7, 2017

15 MUHARRAM



Selamat malam minggu kawan-kawan.
Malam ini sudah 15hb Muharram 1439 tahun Hijrah.
Malam yang terang bulan, langit di Masai pun cerah tanpa awan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KLCC VIEW FROM LOTUS'S AMPANG 2024

  KLCC view from Lotus's Ampang @2024 Rabu, 15 Mei 2024. Petang tadi berlarian ke Lotus's Ampang. Tujuan mahu beli pembalut (casing)...