Oct 16, 2017
CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE MYEG ATAU POS MALAYSIA
Kelmarin kan sudah harijadi anak wedok. Jadi lesen memandunya pun sudah mampus. Link: So I ate my favorite salmon steak.
Petang tadi, penulis sudah berlarian ke Tesco. Mula-mula penulis bertanya di kaunter Myeg. Awek muda jelita beritahu, "kami amek masa 3 hari wak, kami pakai runner, pastu anak wak kene bagi gambar dgn background hitam atau putih." Pening kepala penulis sebentar. "Tapi wak boleh tanya di pejabat pos sebelah tu kalo nk cepat," beritahu awek muda jelita itu lagi.
Di kaunter pejabat pos, ahkak beritahu, "cuma perlu lesen lama." Bila ditanya tentang gambar, "tak perlu wak, kami tak sama dgn myeg, sistem kami berbeza," kata ahkak pos lagi.
Olehkerana tidak ramai orangramai, urusan pembaharuan lesen memandu anak wedok tidak sampai 5 minit sudah siap. Negara sudah maju kan.
Nota lalat. Kalau anak sudah dewasa besar dan panjang, sudah bekerja sendiri, lebih eloklah bayar pembaharuan lesen guna duit gaji sendiri ya. Tidak perlu lagi mengharap bantuan ayahanda.
Nota lalat 2. Sekarang lesen mati pada tarikh lahir. Jadi kalau tak mahu datang renew setiap tahun pada harijadi di kaunter pejabat pos, sila renew 5 tahun sekali ya. OTL
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI
Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.