Oct 25, 2017
THE DANGER IN TAKING YOUR SPOUSE FOR GRANTED
Petang tadi penulis telah berlarian ke UTC di Galleria Kotaraya JB untuk menemani dan memperbaharui pasport isteri penulis yang itu.
7.14pm, tiba di pintu Pejabat Imigresen. Dan mula beratur kerana kaunter masih berehat dan ditutup sehingga jam 8 malam.
7.55pm, mengambil nombor giliran.
8.01pm, nombor dipanggil, ke kaunter, mengambil gambar.
8.37pm, nombor dipanggil, ke kaunter bayaran. Keliru atau sikap tak acuh, penulis ingatkan bayaran paspot rm200 untuk setahun, tetapi sebenarnya untuk 5 tahun! Dikertas notis tepi dinding pun tidak dinyatakan tempoh untuk rm200 itu.
8.47pm, urusan pembaharuan pasport baharu selesai.
Sebenarnya sebelum berlarian ke JB petang tadi, penulis ada pesan piza, penghantaran kerumah. Itu yang lambat bertolak. Isteri penulis (yang itu) ada pesan nak piza jenis baharu Chicken Cheesy Bites. Tapi penulis tidak endahkan kerana penulis sudah pesan 2 piza besar dan sederhana. Tapi bila piza sudah tiba dihantar oleh budak penghantar kerumah yang lambat sejam, isteri penulis (yang itu) sudah tarik muka, berguling-gulingan dan merajuk kerana tiada piza idamannya itu. Aiyah, weh, siapalah tak sayang bini, tapi ada kan, makcik kannnns. Jadi, tadi sementara menunggu urusan pasportnya di UTC Kotaraya, penulis pun terus memesan piza Chicken Cheesy Bites itu. Barulah nampak sedikit ceria diwajah isteri penulis (yang itu) dan situasi kembali tenang seperti biasa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON
PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.